Nuffnang

Rabu, 22 Februari 2012

tomok - Google Blog Search

tomok - Google Blog Search


Gambar <b>Tomok</b> Di Stadium Old Trafford Manchester-Jemputan Khas <b>...</b>

Posted: 10 Feb 2012 08:16 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Akhirnya, impian penyanyi Tomok untuk menjejakkan kaki ke Stadium Old Trafford, Manchester tercapai jua. Segalanya direalisasikan dan terlaksana setelah Tomok dijemput khas oleh pihak Mister Potato, selaku Rakan Snek Rasmi Global ...

Jamal Abdillah - Google Blog Search

Jamal Abdillah - Google Blog Search


Konsert Raja Pop <b>Jamal Abdillah</b>, Ipoh. « azamnecrone.com

Posted: 11 Feb 2012 08:28 PM PST

Alhamdulillah,
diberi peluang utk berehat sebentar sambil melayan hiburan bersama raja pop tanah air,Jamal Abdillah di satu konsert pada 28 Januari 2011 bertempat di Stadium Indera Mulia baru-baru ini.saya berpeluang pergi bersama sahabat saya, bee dan juga beberapa rakan yg lain seperti ariff (muke brutel tp jiwa taman),naqshi serta abam kudin kita.

Konsert dianjurkan bersama Geng Bastand Ipoh dengan kerjasama beberapa nama besar lagi menarik ramai penonton dari seluruh pelusuk negeri disemananjung malaysia.Persembahan dimulakan oleh Bombay band (katanya berasal dr ipoh) dan juga diacarakan oleh saudara yop aziz kita dari perak.fm yg kita sedia maklum celoteh berloghat perak.saya tidak terasa ingin membuat review konsert ini kerana berlainan genre dgn mana-mana konsert yg saya reviewkan.cuma kali ini saya bawakan gambar bagi tontonan kita semua…"selamat menonton"

Ghazal untuk Rabiah

Sandarkan Pada Kenangan

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search


Video: Shila Amzah & <b>Sharnaaz Ahmad</b> Jawab Soal Obsesi Cinta <b>...</b>

Posted: 15 Feb 2012 07:48 AM PST

Satu Malaysia rasa'nya sudah tahu akan hubungan cinta yang terjalin antara Shila Amzah & Sharnaaz Ahmad. Ada yang suka, ada juga yang sebenarnya kurang senang dengan perjalanan kisah cinta mereka.

Baru baru ini, ada segelintir peminat hiburan di forum tempatan menzahirkan rasa kurang senang mereka dengan Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad yang di'katakan terlalu menunjuk dan obses terhadap satu samalain.

Menurut Shila Amzah, apa yang terjadi anda beliau dengan Sharnaaz Ahmad merupakan urusan mereka berdua dan harap peminat faham yang mereka berdua memang agresif & gila gila orang'nya.

Pasangan yang bakal muncul dengan telemovie berjudul Patah Seribu arahan Michael Ang ini juga ada menjawab persoalan panas dari wartawan kami yang gemar mengunyah tentang soal kahwin. Enjoice!

Amyza Aznan - Google Blog Search

Amyza Aznan - Google Blog Search


TV9 - Eksperimen Pertama Azma Aizal Yusof

Posted: 16 Feb 2012 08:00 AM PST

Eksperimen Pertama Azma Aizal Yusof

Tahap kualiti drama-drama tempatan telah banyak meningkat dengan adanya idea-idea serta bakat kreatif yang dimiliki oleh semua yang terlibat dalam menjayakan drama tersebut. Dengan adanya slot 9X di TV9 pada tahun ini yang menyasarkan kepada penonton muda serta menyokong penglibatan golongan belia di belakang tabir, ia akan menyiarkan drama Pulau di bawah arahan Azma Aizal Yusof. Ini merupakan eksperimen pertama Azma dalam menghasilkan sebuah drama yang diberi nafas baru dan di luar sangkaan orang ramai dalam industri hiburan tanah air.

Drama 8 episod yang menjanjikan kelainan ini turut dilakonankan oleh pelakon-pelakon berkebolehan seperti Sharifah Amani, Bront Palare, Natasha Hudson, Amyza Adnan, Chomatt Samad, Sufian Mohamed dan Fazlina Dato' Hj Ahmad Daud. Setiap watak mempunyai identiti dan cabaran tersendiri yang mampu memberi impak kepada sesiapa sahaja yang menontonnya. Drama ini juga adalah terbitan penerbit terkenal Puan Hajjah Ziela Jalil.

Menurut Azma, "Pulau merupakan sebuah karya berbeza bagi diri saya selaku pengarah. Pulau adalah sebuah cerita yang lari dari konsep drama biasa. Cerita berunsurkan 'thriller' ini turut mengadun elemen komedi selain dari babak yang pasti mengujakan penonton. 90 peratus penggambaran dilakukan di Pulau Pangkor. Dengan berlatarbelakangkan keindahan Pantai, Hutan dan Laut, pastinya memberikan perubahan baru kepada pentonton yang sentiasa di sajikan dengan drama-drama cinta biasa di kaca televisyen."

"Cabaran paling utama dalam menghasilkan drama Pulau ini ialah proses menyiapkan skrip yang dipenaoleh Eenaz Mokhtar, Alfie Palermo dan saya sendiri. Dalam menghasilkan sebuah drama 'thriller', kami harus mengambil kira cara penulisan yang bijak tetapi pada masa yang sama tidak terlalu berat untuk sajian penonton Jadi setelah berbincang, kami telah menghasilkan satu skrip yang bagi saya sangat jujur untuk cerita Pulau ini."

"Saya dan warga kerja drama Pulau sentiasa berharap agar karya kami ini akan mendapat tempat di hati penonton TV9. Kalau penonton rasa terhibur dengan drama ini, pasti kami akan lebih teruja untuk menghasilkan karya-karya lain yang berbeza dari apa yang seringkali disajikan di kaca tv. Dengan sokongan dari penonton juga kami pasti produksi-produksi lain juga akan turut bersemangat untuk menghasilkan karya-karya " out of the box"," tambahnya lagi.

Pulau mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang telah memenangi pakej pelancongan ke Pulau Sanggar. Pelbagai cerita misteri tentang pulau ini telah didengari, namun adakah ia cuma khabar angin... atau adakah ia benar? Antara mereka yang mengikuti pelancongan ini adalah Yana (Sharifah Amani), seorang blogger terkenal yang sering mengupas tentang isu-isu semasa, Azri (Bront Palarae), seorang usahawan muda, Aqilah (Natasha Hudson), seorang pramugari, Noni (Amyza Aznan), Pali (Chomatt Samad) dan Pian Komando (Sufian Mohamed), krew bot dan Madam Zara (Fazlina Dato' Haji Ahmad Daud), pemilik agensi pelancongan tersebut.

Dalam perjalanan ke Pulau Sanggar, mereka menemui kemalangan yang menyebabkan bot mereka rosak lalu terdampar di pulau itu tanpa sebarang keperluan asas. Setelah mereka sedar, bot mereka tidak kelihatan lagi dan lebih mengerikan apabila mereka menemuimayat salah seorang daripada pelancong itu. Mereka mula belajar cara hidup di hutan, menyedari hakikat yang mereka tidak boleh berhubung dengan dunia luar serta tiada makanan dan punca air yang bersih.. Lebih mengerikan ialah apabila seorang demi seorang daripada mereka mati dibunuh kejam tanpa mengetahui siapa pembunuh sebenar di antara mereka. Misteri pulau ini dan setiap kematian di situ makin lama makin terungkai apabila masing-masing yang masih hidup nampak signifikasi setiap kejadian yang berlaku.

Singkap misteri yang menyelubungi pulau ini di dalam drama Pulau menerusi slot 9X pada setiap hari Rabu jam 10.30 malam dan juga siaran ulangannya pada hari Ahad jam 10.30 malam.

Neelofa - Google Blog Search

Neelofa - Google Blog Search


(Gambar) <b>Neelofa</b> Sambut Harijadi Yang Ke 23 Tahun | Malaysia <b>...</b>

Posted: 13 Feb 2012 12:06 AM PST

Gambar Harijadi Neelofa ke 23

Selamat Hari Jadi Neelofa! Pada 11hb Februari yang lalu, Neelofa telah meraikan Harijadi beliau yang ke 23. Majlis Harijadi Neelofa telah disambut meriah dengan kehadiran sahabat artis dan Awal Ashaari selaku hos pada malam majlis tersebut. Ramai jugak sahabat artis yang hadir ke Majlis Harijadi Neelofa nie.

Nama Neelofa yang kini sudah menjadi sebutan ramai dan filem sulung lakonan beliau Azura 2012 masih lagi ditayangkan di pawagam tanah air. Oh ya, gambar Harijadi Neelofa nie telah diambil oleh Bora Asmara dan telah dikongsikan di laman Facebook Bora Asmara.

Neelofa

Neelofa

Klik Untuk Banyak Lagi Gambar! 

Neelofa birthday

Neelofa birthday

Neelofa birthday

Neelofa birthday

Gambar Kek yang berbentuk kasut sayang untuk dimakan… :)

Sumber Gambar : Bora Asmara

MEOW! Errr… Mana Mr. 'H'? Tak nampak pun? Busy kot… Hehehe…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Anda?

Adi Putra - Google Blog Search

Adi Putra - Google Blog Search


<b>Adi Putra</b> Dan Izara Aishah Hiasi Majalah Media Hiburan Mac 2012 |

Posted: 21 Feb 2012 09:04 PM PST

Memang satu idea yang bijak untuk menggabungkan Adi Putra dan Izara Aishah untuk dijadikan cover majalah Media Hiburan Edisi Mac 2012. Kedua-duanya ada aura dan pengikut yang tersendiri. Adi Putra dengan populariti drama Tentang Dhia manakalah Izara dengan drama paling hangat sekarang ini, Vanilla Coklat.

adi putra dan izara aishah

Kalau anda seorang jejaka dan berminat untuk menackle Izara, lupakanlah sahaja hasrat itu. Melalui pembacaan Abang Nara, Izara mengakui yang dia sudah memiliki kekasih hati. Khabarnya mereka sudah lama bercinta sejak zaman sekolah lagi. Abang Nara faham kalau anda kecewa, siapa yang tak jatuh hati dengan kemanjaan yang ditunjukkan oleh Izara di dalam Vanilla Coklat.

Apa pun jangan lupa dapatkan naskhah Media Hiburan di kedai buku berhampiran anda sekiranya anda peminat Adi Putra ataupun Izara Aishah.

P.S: Potret haiwan yang super cute mute.

Baca Yang Ini Pulak:-


kumpulan Estranged - Google Blog Search

kumpulan Estranged - Google Blog Search


Friends of HAFIZ: MANIA MENCETUSKAN REVOLUSI SUPER STAR!

Posted: 20 Feb 2012 04:33 PM PST

Bagi mencapai matlamat untuk mengukuhkan lagi kedudukan sebagai peneraju utama kandungan dalam dunia penyiaran, Astro dengan berbesar hati membawakan sebuah lagi projek hebat berjudul Mania yang bakal menggegarkan industri muzik tanah air. Program yang akan menyaksikan pertembungan sengit penyanyi-penyanyi hebat berbakat besar yang akan bekerjasama dengan penerbit muzik tersohor di rantau ini bakal bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam bermula 17 Mac 2012 secara eksklusif di saluran 104.

Berkonsepkan pertandingan nyanyian, program Mania ini akan dikemudikan oleh Aznil Haji Nawawi yang telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara selama 10 minggu bersiaran.

Program Mania bakal menyaksikan dua belas (12) penyanyi terkenal iaitu Stacy AF6, Jaclyn Victor, Hafiz AF7, Shila Amzah, Hazama AF9, Atilia, Akim AF7, Alyah, Kumpulan Estranged, Adira AF8, Kumpulan Kristal dan Awi Rafael yang akan berentap untuk membuktikan bakat dan kebolehan menyanyi masing-masing sekaligus dinobatkan sebagai juara di kalangan yang terbaik.

Tiga (3) orang ikon muzik tersohor telah diberi amanah untuk memikul tanggungjawab sebagai penerbit muzik untuk program Mania yang mana empat (4) orang penyanyi akan diletakkan di bawah bimbingan dan pemerhatian mereka. Mereka juga diberi kuasa untuk memilih sendiri penyanyi-penyanyi yang akan dibimbing kelak. Ikon-ikon tersebut adalah Dato' M Nasir, Ahmad Dhani dan Aubrey Suwito.

Uniknya program ini, sebanyak tiga (3) orang penyanyi lagi akan diserap masuk menyertai pertandingan ini yang akan dipilih menerusi undian Hot Seat secara online, menjadikan jumlah keseluruhan peserta adalah seramai 15 orang. Penyanyi-penyanyi yang terpilih ini juga akan diletakkan di bawah bimbingan penerbit muzik terlibat yang akan ditetapkan sendiri oleh pihak Astro.

Tempoh talian undian Hot Seat secara online akan dibuka bermula pada 20 Februari 2012 sehingga 16 Mac 2012, jam 12.00 tengah hari. Untuk mengundi, orang ramai hanya perlu melayari laman sesawang rasmi program Mania di http://www.mania.com.my./ Para peminat kini boleh menilai dan mengundi calon-calon peserta yang digemari untuk diserap masuk ke program Mania.

20 orang penyanyi yang akan dipilih menerusi undian secara online adalah Idayu (AF2), Akma (AF3), Noni, Ebi, Shawal (AF5), Riz, Toi, Nadia (AF6), Aishah, Aril (AF7), Daus, Maulana (AF8), Azri, Kay, Lena, Erul, Fina (AF9), Chaq, Fiq dan Mohd (Mentor).

Program Mania akan menggunakan format pemarkahan 100% undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang mana peserta dengan undian terendah setelah talian ditutup di akhir konsert mingguan pada setiap minggu akan tersingkir. Cara-cara untuk mengundi akan diumumkan dari semasa ke semasa di saluran Astro Ria.

Juara Mania bakal membawa pulang hadiah lumayan iaitu wang tunai berjumlah RM500,000. Manakala naib juara dan tempat ketiga pula masing-masing akan memenangi RM200,000 dan RM100,000. Bukan itu sahaja, penerbit muzik yang berjaya membimbing mana-mana penyanyi di bawah pengawasannya sehingga dinobatkan sebagai juara juga akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM300, 000.

Jangan lupa saksikan program Mania menerusi Astro Ria pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam bermula 17 Mac 2012 secara eksklusif di saluran 104!