Nuffnang

Sabtu, 10 Mac 2012

Gambit Saifullah - Google Blog Search

Gambit Saifullah - Google Blog Search


Sah dan Tak Sah: Ada kesah??!!<b>Gambit Saifullah</b> kecewa dengan <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2012 07:15 PM PST

Yuna - Google Blog Search

Yuna - Google Blog Search


[News] Kim <b>Yuna</b> to take control of classroom ~ Daily K Pop News

Posted: 07 Mar 2012 07:33 PM PST


Figure skating star Kim Yuna will work as a teaching assistant at a middle or high school for a month in May, her management company All That Sports said Wednesday.

Kim Yuna, who is majoring in sports education at Korea University, must complete a four-week teaching assignment as part of her course. The Olympic medalist can either choose the school herself or be assigned to one by the university.

Meanwhile, Kim Yuna plans to hold an ice show in Korea in May. During the show, she will unveil her new programs to her fans.

Source: The Chosunilbo

<b>Yuna</b> & Tidus Love child, Noel Kreiss |

Posted: 10 Mar 2012 10:01 AM PST

He has the mix of both. Perfect boy. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


Tupai - Portal Hiburan Terkini: “Saya masih bersama <b>Fizz Fairuz</b> <b>...</b>

Posted: 09 Mar 2012 06:30 PM PST

Aktres filem "Madu 4", Almy Nadia akui masih kekasih Fizz Fairuz walaupun banyak khabar angin yang mengatakan bahawa artis yang mula popular dengan drama bersiri "Dunia Baru" sudah berpisah.

"Saya masih bersama Fizz Fairuz, cuma sekarang saya agak sibuk dan tiada masa untuk berjumpa. Kami tidak lagi macam dahulu boleh keluar selalu dan berjumpa. Saya sudah ada tanggungjawab baru yang memerlukan saya pulang ke kampung selalu."

Ditanya tentang khabar angin yang mendakwa hubungan mereka sudah putus, Almy pantas menjawab bahawa dia langsung tidak ambil endah dan hanya menutup telinga jika cerita tersebut sampai ketelinganya.

"Saya dan dia tiada apa-apa masalah, pada mereka yang membuat fitnah biarlah tuhan sahaja yang membalasnya, kerana saya tiada hak untuk menutup mulut masing-masing. Jika 40 orang berkata perkara yang sama, tidak mustahil benda ini akan jadi. Doakan yang baik-baik sahaja untuk kami."

Menurut Almy lagi, tanggungjawab baru yang sedang dipikulnya adalah dia kini sudah memiliki seorang anak angkat yang dinamakan Nurafrina Darwisya yang sudah berusia 3 tahun.

Almy mengambil Nurafrina Darwisya sebagai anak angkatnya sejak dilahirkan lagi dan mengakui anak perempuannya itu yang banyak membentuknya menjadi dirinya yang sekarang.

"Saya hampir menangis setiap kali mengenangkan anak kecil ini, saya menjaganya seperti anak sendiri. Saya juga jadi lebih fokus dalam kehidupan untuk mencari rezeki demi membesarkan anak perempuan saya. Oleh yang demikian, Jika tiada kerja atau komitmen yang memerlukan saya berada di KL, saya akan terus balik ke Penang. Buat masa sekarang, emak saya yang tolong jaga anak saya jika saya tiada di sana".

Sementara itu, kekasih Almy, Fizz Fairuz turut menyokong hasrat Almy apabila memberitahu mahu mengambil anak angkat. Namun begitu, Fizz Fairuz sehingga kini masih lagi belum bertemu dengan Nurafrina Darwisya.

"Jika tiada aral melintang, suatu hari nanti pasti Fizz akan lihat anak perempuan saya dan saya pasti dia pun akan menyukai Fizz Fairuz," kata Almy.

Almy yang kini sibuk dengan penggambaran drama turut bersyukur apabila rezekinya kian bertambah selepas memiliki anak dan tidak pernah putus. Almy bakal menemui penonton dalam drama slot Akasia "Cinta Buat Emelda" bergandingan bersama pelakon seperti Fizo Omar, Mia Sara Nasuha dan Erry Putra.

kumpulan KRU - Google Blog Search

kumpulan KRU - Google Blog Search


Lisa Surihani Sah Milik Yusry <b>KRU</b>

Posted: 23 Feb 2012 04:00 AM PST

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

Emel: syafiqah_jalal@digitalfive.com

Foto oleh cahayafotografik

PUTRAJAYA, 23 FEBERUARI: Cinta dua hati selebriti terkenal Lisa Surihani Mohamed, 26, dan Yusry Abdul Halim, 38, akhirnya bersatu dalam ikatan yang sah selepas selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Hotel Marriot, Putrajaya, kira-kira jam 9.05 malam tadi.

Malah dengan sekali lafaz, heroin filem Semerah Cinta Stileto itu sah menjadi milik salah seorang anggota kumpulan KRU tersebut.

Pasangan yang mengenakan busana putih bersih daripada rekaan butik Cosry itu telah dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa.

Selesai sahaja akad nikah, LisaSurihani menerima sebentuk cincin bertatahkan berlian yang disarungkan ke jari manisnya oleh Yusry KRU bagi melengkapi upacara membatalkan air sembahyang.

Kemudian, Lisa yang bersalaman dengan Yusry yang kini sudah menjadi suaminya yang sah telah menerima kucupan mesra di dahinya.

Yusry juga menyerahkan seutas rantai, selain tujuh dulang hantaran berupa tepak sireh, cincin, rantai platinum, wang hantaran, manisan dan kek perkahwinan.

Manakala, pihak lelaki menerima sembilan dulang hantaran berbalas daripada pihak perempuan berupa tepak sireh, sebentuk cincin, coklat, keyboard, kelengkapan sembahyang, baju, koleksi album lama The Beatles, dan kek.

Majlis akad nikah yang ringkas dan manis itu telah dihadiri kurang 250 orang tetamu. Mereka yang hadir terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, sahabat handai serta rakan media.

Selepas majlis akad nikah, pasangan merpati dua sejoli itu bakal diraikan dalam majlis resepsi yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya, pada 26 Februari ini.

Farawahida - Google Blog Search

Farawahida - Google Blog Search


<b>Farawahida</b> bakal berkahwin, perkenal jejaka Mr. R | Artis.my

Posted: 05 Feb 2012 09:24 PM PST

Farawahida akhirnya bakal mengakhiri zaman bujang apabila mengakui merancang untuk berkahwin dengan jejaka yang dikenalinya sejak bangku sekolah lagi, yang dikenali sebagai MR. R.

Farawahida dan jejaka yang bekerja di sebuah klinik swasta itu bagaimanapun belum lagi menetapkan apa-apa tarikh yang sesuai untuk hari bahagianya, namun akan menyatakan bakal bertunang dahulu sebelum diijabkabul.

Fouziah Gous - Google Blog Search

Fouziah Gous - Google Blog Search


Hati <b>Fouziah Gous</b> Sudah Dimiliki

Posted: 03 Mar 2012 05:48 PM PST


FOUZIAH... masih idamkan watak mencabar.
WALAUPUN tahun ini usia menginjak 30 tahun, pelakon berkulit cerah dengan fizikal tinggi lampai, Fouziah Gous, masih kelihatan cantik tatkala menyarungkan busana pelbagai fesyen yang diberikan padanya.
Mungkin sukar dipercayai wanita secantik ini masih solo walhal rakan-rakan seangkatan dengannya sudah mempunyai buah hati dan ada yang sudah berumahtangga. Sebagai wanita, pemilik nama sebenar, Nor Fouziah Mohd Gous ini turut menyimpan hasrat menjadi suri kepada seorang lelaki bergelar suami.

Tidak dapat disangkal, ramai lelaki yang mahu mendampingi pelakon yang mula mencipta nama menerusi beberapa siri drama dan filem itu sama ada orang biasa, pelakon atau orang kenamaan. Malangnya, hanya seorang yang berjaya menyentuh hati kecilnya.
Mengakui kini sedang berkawan rapat dengan seseorang, Fouziah tidak menolak kemungkinan dia akan mengakhiri zaman bujang pada tahun ini. Bagaimanapun, anak bongsu daripada lima beradik itu masih berteka-teki mengenai identiti jejaka tersebut. "Saya bukannya robot yang tidak mempunyai perasaan untuk berkahwin. Dari segi fizikal dan mental, saya sudah bersedia untuk menjadi isteri. Apatah lagi saya ini jenis yang lebih pentingkan keluarga berbanding perkara lain. "Cukuplah jika saya katakan saya mempunyai seseorang tetapi masih tahap sebagai rakan. 
Bagaimanapun, dia berjaya menyentuh hati saya untuk mengenalinya. "Sudah pasti lelaki yang menjadi pilihan saya adalah seseorang yang baik hati, memahami kerjaya saya, seorang yang kelakar dan dapat memberikan bimbingan agar menjadi lebih baik," katanya.

Mempunyai impak besar ketika mula-mula menceburi bidang seni, namun sejak akhir-akhir ini semakin kurang cerita mengenai gadis manis ini kita dengar mahupun terpampang di akhbar. Adakah dia sudah dilupakan? Boleh dikatakan mempunyai pakej yang lengkap namun tidak tahu di manakah silapnya kerana beberapa filem yang mempertaruhkan bakatnya secara kasar dilihat kurang 'menjadi'.

Bagi Fouziah, keadaan itu tidak menjadi alasan baginya untuk berhenti dari terus berlakon apatah lagi peminatnya sentiasa menantikan naskhah terbaru dari gadis kelahiran Kuala Lumpur ini.
"Mungkin belum tiba rezeki saya untuk 'meletupkan' filem itu dengan lakonan saya. Apatah lagi watak yang diberikan pada saya adalah sama saja. Bukan mahu 'demand' tetapi saya sendiri bosan memegang watak yang sama, apatah lagi penonton.

"Siapa yang tidak mengidamkan untuk berlakon di layar perak cuma buat masa ini saya masih belum mempunyai rezeki untuk memegang watak mencabar. Ada juga empat atau lima tawaran memegang watak yang saya idamkan itu cuma masa tidak sesuai menyebabkan saya menolak tawaran terbabit," tambahnya.
Fouziah yang pernah membintangi drama Sangga Saadah, Impak Maksima The Series serta filem Anak Mami, Rasukan Ablasa dan Dua Hati Satu Jiwa, tidak kisah sekiranya dia lebih banyak berlakon dalam drama bersiri mahupun telefilem berbanding filem kerana dia mementingkan karakter watak yang dipegangnya. Bekas pramugari ini sanggup meninggalkan kerjaya terbang di langit biru hanya kerana cintanya terhadap seni. Katanya, dia juga tidak meletakkan rezekinya pada populariti tetapi hasil memuaskan. Fouziah kini sibuk dengan drama bersiri Trilogi Cinta musim kedua. "Untuk musim kedua ini, saya harus memberikan lebih baik daripada musim pertama kerana maklum balas daripada peminat pada musim lalu agak baik. Sudah pasti mereka memberikan harapan yang tinggi untuk Trilogi Cinta musim kedua ini.

"Bagaimanapun, tidaklah sehingga menyebabkan saya tertekan. Pengalaman yang saya dapat sepanjang menceburi bidang lakonan ini digunakan sebaik mungkin.

"Saya sendiri tidak tahu apakah 'ending' bagi musim kedua ini kerana saya hanya menumpukan pembacaan skrip sehingga episod 10. Saya tidak mahu tekanan mental mengganggu plot yang lain," katanya. Tidak mahu komitmennya dengan penggambaran drama bersiri ini terganggu, Fouziah yang memegang watak sebagai Norjinah membuat keputusan untuk tidak mengambil projek besar lain sepanjang dalam tempoh empat hingga lima bulan.

Erry Putra - Google Blog Search

Erry Putra - Google Blog Search


<b>Erry Putra</b> & Reen Rahim – Berubah (Ost Nora Elena Tv3 <b>...</b>

Posted: 22 Aug 2011 11:27 PM PDT

Erry Putra & Reen Rahim - Berubah (Ost Nora Elena Tv3) Lyrics & Chord  Intro: Em D C D Em D C B7  (Reen) Em D C Berikan ku waktu Badd9 Am F# B7 Untuk bersamamu meniti hari   (Erry Putra) Em D C Badd9 Am Tak puas bagiku dan kau pun berlalu F# B7 Tinggal ku sendiri C D Gelap seluruh jiwaku   (Reen) Em Am D B7 C Ku ingin benar bersama denganmu Am B7 Dan kau pun menjauh Em Am D B7 C Tiba-tiba kini kau telah berubah G C B7 Apakah salahku   (Erry) ohoo.. Em D C Kau yang ku kenali Badd9 Am F# B7 Dan kini menjadi insan yang lain Em D C Dulu kau berjanji Badd9 Am F# B7 Kan hidup semati meniti hari  (Reen & Erry) C D Semuanya telah berakhir   Repeat Chorus  (Reen) Em Oh kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...