Nuffnang

Khamis, 10 Mei 2012

Yuna - Google Blog Search

Yuna - Google Blog Search


<b>Yuna</b> - Fading Flower - Syeragh

Posted: 09 May 2012 10:10 PM PDT

You got that walk walk walk
Got that talk talk talk
Got that swagger oh oh
Such a glamor oh oh

You like the real life doll
Lift your head that falls
Like niagara oh oh
But that don't matter oh oh

Cause that don't change the fact that your heart is black

Cause you can't tear me down
Beat me to the ground
Trying to block my sunshine my blue skies with your clouds

Who do you think you are
And that won't get you far
You may think you're pretty 
But you'll see that beauty is a fading flower
fading flower oh oh fading flower oh oh 

You'll only play play play
If you get your way always
in the center oh oh of attention oh oh

All the lying and the cheating dome it's written how u even sleep at night
blows my mind
I wonder when you'll see
but you don't bother me

You can't tear me down
Beat me to the ground
Trying to block my sunshine my blue skies with your clouds
and that won't get you far
you may think you're pretty but you'll see that beauty is a fading flower
fading flower oh oh fading flower oh oh 

I spent all of my youth
trying to be you
thought that you were special
that you're beautiful
but the more of you I see
the more I'm glad I'm me

Cause you can't tear me down
Beat me to the ground
Trying to block my sunshine my blue skies with your clouds

Who do you think you are
and that won't get you far
you may think you're pretty but you'll see that beauty is a fading flower
fading flower oh oh fading flower oh oh 

-LAGU DIRECT PLAY MASIH DIUSAHAKAN-

<b>Yuna</b> on LAST CALL WITH CARSON DALY – Wednesday, May 9 <b>...</b>

Posted: 07 May 2012 03:46 PM PDT

Yuna will be the Guest Spotlight on Wednesday's episode of Last Call with Carson Daly! The show airs at 1:35AM/12:35AM central on NBC. Tune in! #LiveYourLife

Erry Putra - Google Blog Search

Erry Putra - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Erry Putra</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Apr 2012 03:41 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Erry Putra</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Apr 2012 03:46 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Erry Putra</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Apr 2012 03:28 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Erry Putra</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Apr 2012 03:27 PM PDT


cinta airis: Berubah - <b>Erry Putra</b> & Reen Rahim lirik (ost Nora Elena <b>...</b>

Posted: 28 Mar 2012 12:19 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Berubah - Erry Putra & Reen Rahim lirik (ost Nora Elena TV3 ) ... March (6). TENTANG RASA - ASTRID ( with lyrics) · Berubah - Erry Putra & Reen Rahim lirik (ost Nora ... Erry Putra, Reen & Shajiry Jangan Kau Pergi (ost N..

Dayang Nurfaizah - Google Blog Search

Dayang Nurfaizah - Google Blog Search


Pelik <b>Dayang Nurfaizah</b> Baru Setahun Guna Telefon Bimbit <b>...</b>

Posted: 07 May 2012 09:04 PM PDT


Penyanyi Dayang Nurfaizah mengakui masih berasa janggal dan tidak begitu merasai kepentingan penggunaan telefon bimbit yang sudah setahun dimilikinya itu.

Pemilik nama sebenar Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 30, yang selama ini tidak mempunyai telefon bimbit akhirnya terpaksa memiliki peralatan itu sejak setahun lalu demi tuntutan kerja.

"Saya hanya gunakan telefon bimbit untuk berkomunikasi dengan pengurus atas urusan kerja sahaja. Saya sering letak telefon itu di merata tempat dan jarang berada di tangan kerana tidak
begitu merasai kepentingannya.

"Kadang-kadang, saya boleh keluar rumah tanpa membawa telefon itu bersama sebab sudah terbiasa dengan keadaan itu selama ini,"

"Malah, sejak memiliki telefon bimbit kira-kira setahun yang lalu, saya turut memanfaatkannya untuk mengemas kini akaun Twitter dan Facebook dan berinteraksi dengan peminat," terangnya. - sumber



Bawah Ni Menarik Juga :

Penyanyi <b>Dayang Nurfaizah</b> masih jangal miliki telefon bimbit

Posted: 07 May 2012 03:08 PM PDT

saleem iklim - Google Blog Search

saleem iklim - Google Blog Search


.: Gerbang Muzik Anda :.: Saleem - <b>Saleem Iklim</b>

Posted: 21 Apr 2012 02:48 AM PDT

Artis : Saleem
Album : Saleem Iklim
Genre : Pop Rock
Keluaran : P&C 1993, Pustaka Muzik SCS Sdn. Bhd.
Edaran : Suara Cipta Sempurna (Marketing) Sdn. Bhd.
Code Album : CD8202

Penerbit Album : Wan Zul
Urusan Penerbitan : H.M Chang
Susunan Muzik : Wan Zul, Bong & Anuar Dahlan
Studio Rakaman : King's Studio


Pengurus A&R : Kervin Chang
Rekabentuk Sampul : Lee Omar

Senarai Lagu :

  1. Sheila *4.39
    Adinda Amiro & Rosyid Somantri | Adinda Amiro & Rosyid Somantri
  2. What Can I Say *4.01
    Bong | Hassan Abdullah
  3. Hakikat Sebuah Cinta *4.22
    Azam | Zur'Ain
  4. Elusan Cinta *5.34
    Syed Amran | Nur Ehsan
  5. Abadi *6.16
    Mohalim | Maulana
  6. Satu Kesan Abadi *4.37
    Nasha Kelvin | Fawzy Amin
  7. Biografi Yang Luka *5.18
    Wan Zul | Dr. Wan Zawawi
  8. Seribu Penghargaan *5.08
    Umarul | Umarul
  9. Bulan Jatuh Ke Riba *4.27
    Nur Ehsan | Zur'Ain
  10. Blue Terangganu Kita *5.09
    Umarul & Mat Adorina | Mat Adorina & Iklim

kumpulan Jinbara - Google Blog Search

kumpulan Jinbara - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Feb 2012 01:34 PM PST


Album "Hit Semata-Mata Selamanya" Kompilasi 17 Artis « Berita21

Posted: 29 Feb 2012 01:45 AM PST

MALAYSIA – BERITA21.COM: Pembuka tirai 2012 membuka peluang kepada Warner Music Malaysia, memasarkan album kompilasi terunggul yang memuatkan 23 lagu hit sepanjang tahun lalu.

Seramai 17 penyanyi popular tanahair, turut memantapkan album berjudul Hit Semata Mata Selamanya, yang sudah berada di pasaran, sejak awal tahun lalu.

Lagenda Raja Pop Jamal Abdillah, kumpulan Jinbara, Mirwana, Fiq, antara penyanyi sepanjang zaman yang menyumbangkan suara mereka untuk album ini.

Tidak ketinggalan nama-nama baru dalam industri muzik tanahair seperti Awi Rafael, Nashrin, Tom, Wana, kumpulan Taxi, AwanBand, Filsuf, Salam dan Altimet.

Lebih istimewa album ini mendapat kerjasama dengan Astro apabila barisan finalis Akademi Fantasia seperti Akim, Stacy, Shahir, Hazama, Hafiz, Fina, Lena dan Nera, membantu menjadikan album Hit Semata Mata Selamanya, menjadi tarikan peminat muzik tanah air.

Menariknya, album kali ini menampilkan lagu-lagu yang telahpun menduduki tangga pertama di beberapa carta radio tanahair. Antaranya lagu Kisah Dongeng, Cinta Teragung, Janji dan lagu Awan Nano, yang baru-baru ini dinobatkan juara Anugerah Juara Lagu 26.

Tidak cukup dengan menggabungkan kesemua lagu-lagu yang menjadi pilihan peminat muzik tanah air, album ini turut menampilkan empat single hit yang masih belum boleh didapati dalam mana-mana album tetapi telah mendapat tempat di playlist di stesen-stesen radio tanahair.

Lagu berentak rock nyanyian Fiq dan Akim bertajuk Mesti Ada Cinta selain lagu tema perlawanan bola sepak berjudul Selamanya nyanyian Ultras Malaya yang menampilkan getar suara Altimet, Joe Flizzow dan Carleed serta single terbaru kolaborasi pertama antara Mirwana dan Altimet bertajuk Itu Ini Begitu Begini.

Bagi mereka yang tercari-cari lagu Malaysia Boy dendangan Altimet, DJ Fuzz, Ila Damiaa, Point Blanc dan Rabbit Mac, lagu ini juga turut dimuatkan dalam album ini!

Pelancaran album Hit Semata Mata Selamanya, diadakan di Hard Rick Cafe Kuala Lumpur, baru-baru ini dengan persembahan dari artis seperti Faris, vokalis AwanBand, Wana, Mirwana dan ramai lagi artis. Album ini wajib dimiliki oleh pencinta muzik tanahair! Dengan memuatkan 23 lagu, album ini tidak rugi memilikinya dengan harga hanya RM27.90 seunit!

 Oleh ZAIN ZAA /WARTA PERDANA/HATTA SANIE/BERITA21.COM

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


Awal Ashaari Dan <b>Zizan Razak</b> Gandingan Baru Melodi? | Oh! Artis <b>...</b>

Posted: 20 Apr 2012 01:37 AM PDT

Hantar ke Twitter! | Bookmark Share

Jika anda perasan Dira Abu Zahar tidak kelihatan di dalam rancangan popular hiburan 'Melodi'. Selama beberapa minggu juga Zizan Razak kelihatan keseorangan sahaja di rancangan itu. Adakah Dira telah dibuang dari program TV3 itu , gara-gara menjadi samseng memukul seorang wanita di dalam sebuah kelab baru-baru ini?

Insiden pergaduhan di pusat hiburan itu berlaku, di mana Dira didakwa menyepak seorang wanita sehingga mendatangkan kecederaan teruk di mulut dan di hidung wanita tersebut menyebabkan mangsa Dira ini membuat laporan Polis terhadap kelakuan Dira terhadapa dirinya. Tetapi jika tidak silap kami, sebelum itu juga Dira sudah tidak kelihatan di Melodi.

Wanita yang dipukul itu memang tidak puas hati. Tidak cukup dengan laporan Polis, wanita ini tampil di dalam blog dengan bukti dan laporan Polis mengenai insiden di pusat hiburan tersebut. Walaupun Dira sedah menepis dan menafikan dia terlibat dalam pergaduhan tersebut, apakan daya pihak media telah mendedahkannya sehinggalah panas cerita Dira dibuang Melodi.

Apabila pihak media cuba mendapatkan kepastian dari pelawak dan pengacara, Zizan Razak mengambil langkah bijak untuk tidak memberokan sebarang komen melainkan menyatakan tidak mahu mencampuri urusan peribadi rakan pengacaranya itu.

"Sejujurnya satu-satunya individu yang berhak bercakap mengenai perkara ini adalah Dira sendiri kerana dia lebih mengetahui. Tambahan pula isu ini sangat sensitif dan kesahihan cerita tersebut belum tentu benar.

"Jadi adalah lebih baik saya tidak mencampuri urusan orang lain kerana takut ia akan menimbulkan masalah."

Zizan menganggap isu itu adalah sensitif dan sebagai orang luar, dia tidak berhak mencampuri urusan tersebut. Zizan juga enggan mengulas mengenai kehilangan Dira daripada program itu yang telah menimbulkan tanda tanya peminat setia rancangan hiburan tersebut.

"Baik pihak produksi mahupun Dira saya memang tidak pernah bertanya mengenai kehilangannya daripada program itu kerana tidak mahu masuk campur. Apabila penerbit memberitahu saya akan digandingkan dengan orang berbeza, saya anggap Dira mempunyai komitmen lain."

Sementara itu, ditanya mengenai keserasiannya bersama Awal Ashaari yang menggantikan Dira, Zizan memberitahu dia senang bekerja dengan pengacara itu biarpun sementara waktu atau tetap.

Terbaiklah Zizan. Fun juga Zizan dan Awal Ashaari digabungkan. Tetapi kami rasa sementara waktu sahaja tu. Kita tunggu siapakah yang akan tampil selepas ini di Melodi.

OH ARTIS: TETAP TERASA BESTNYA WAKTU OGY AHMAD DAUD DAN AZWAN ALI MENGENDALIKAN MELODI LAMA DULU.
.

vimax

vimax

hawanafsu

vimax

jutawanklik

wuuhuuonline

1 step to become a great reader:
1. Take a look one by one ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here!! We swear!!

Kilafairy - Google Blog Search

Kilafairy - Google Blog Search


KERIS PUTERA: ZON ARTIS- <b>KILA FAIRY</b> TOLAK LABEL GEDIK

Posted: 16 Apr 2012 07:14 AM PDT


NAMA Kilafairy tumbuh bersama sensasi. Satu demi satu terpalit dengan cerita yang menjengkelkan, pemilik nama penuh Syakila Nisha Jangir Khan, membidik pertanyaan ramai. Siapa Kilafairy, apa kerjanya dan kenapa dia begitu mendadak mendapat publisiti?

Semua itu dilayan anak sang penyanyi, Rohana Jalil itu penuh tenang. Dia baru berusia 19 tahun ketika bertubi-tubi ditembak peluru kontroversi. Ketika itu, dia masih terlalu rapuh dan hijau dengan permainan dunia hiburan. Mujurlah, ibunya seorang bintang, mungkin dari situ, dia mendapat pedoman untuk tidak pernah berasa patah semangat.

Hasilnya, Kilafairy sudah tidak lagi dihambat cerita hangat. Tiada lagi yang galak mengapi-apikan cerita suntikan botox pada wajah, bibir serta tubuhnya sehingga dia kelihatan seksi seperti hari ini.

"Ya, dahulu macam-macam orang tuduh saya. Lepas cerita botox dan pembedahan plastik, ada pula kata saya berimej matang, seksi tak padan usia, wajah nampak tua dan macam-macam.

"Saya sudah dianugerahkan bentuk rupa yang begini, apa boleh saya buat. Saya cuma mampu untuk mengelak daripada bersolek terlalu tebal. Sebab itulah saya akan guna khidmat jurusolek peribadi, Jepun setiap kali ada fotografi atau apa sahaja acara. Dia sudah enam tahun dengan saya dan mama, jadi dia faham macam-mana hendak beri sentuhan kepada saya untuk tidak kelihatan keterlaluan," katanya yang mengakui kepanasannya kini tidak sehebat setahun lalu.

Menyepi sedikit tidak mengapa, kerana baginya, suhu seperti hari ini memberikan banyak ruang untuk dia mengemaskini diri. Sekadar dibahasakan Kila, dia sedang berdikit mahu mengubah skeptikal ramai yang selama ini banyak melihat dirinya dari sudut kurang menyenangkan.

"Sekarang saya mahu bertegas dalam soal tawaran. Kalau boleh saya mahu tolak tawaran watak gedik, watak penggoda atau watak wanita yang kurang baik. Sudahlah selama ini, ramai yang bencikan lakonan saya yang selalu bawa watak gedik, saya tidak mahu skeptikal itu melekat dan mengekori saya sampai ke luar bidang kerja.

"Mama saya ada nasihatkan, supaya jangan terlalu memilih, ambil sahajalah tapi saya fikir, kalau bukan sekarang, bila lagi saya mahu ubah pandangan orang terhadap saya," katanya yang mencuri perhatian dengan watak gadis mengada-ngada dalam filem Karak dan drama bersiri, Hotel Mania.

Perasan cantik

Dalam hendak membuang watak mengada-ngada, manja dan geletis, akan datang dia bakal muncul dengan filem terbaharunya, Hoore! Hoore! arahan Saw Teong Hin yang bakal ditayangkan 24 Mei nanti. Ironinya, dalam filem berkenaan, Kila masih tampil dengan imej yang hampir sama dengan pandangan sesetengah orang terhadap dirinya.

"Dalam Hoore! Hoore!, saya bawa watak Rita, konon-kononnya gadis paling cantik dan paling popular di sekolah yang menaruh hati dengan Johari (Akim AF), tapi Akim pula menaruh hati dengan gadis lain sangat sederhana. Rita tak jahat, cuma kuat cemburu.

"Saya berlakon cerita itu pun sebab Teong Hin, dia sutradara yang pernah arahkan filem Puteri Gunung Ledang dulu. Lagipun ramai juga nama besar seperti Fauziah Nawi, Adibah Noor dan Harun Salim Bachik terlibat dalam filem berkenaan. Sebenarnya, itu lakonan saya yang terakhir setakat ini," katanya yang mahu kembali fokus kepada karier selepas berjaya menjadi graduan Diploma Lanjutan dalam bidang Pemasaran Fesyen di Kolej Antarabangsa Raffles Ampang, dua minggu lalu.

Tambah Kila: "Saya baru sahaja selesai majlis konvokesyen. Jadi sekarang, saya tak perlu fikirkan soal jadual kuliah tapi itu tak bermakna saya goyang kaki. Saya kena uruskan bisnes saya juga, selain sibuk dengan perancangan promosi untuk single sulung tidak lama lagi."

Single sulung

Kila kini meletakkan dirinya sebagai pelakon dan penyanyi sepenuh masa.

"Orang sudah tahu saya pelakon, tapi bukanlah pelakon yang boleh digelar pelakon sebenar selagi tidak ada filem atau drama yang benar-benar angkat bakat saya. Saya mahu juga mahu berguru atau ambil kelas lakonan satu masa nanti. Dalam masa yang sama, saya juga mahu dikenali sebagai penyanyi. Alhamdulillah, single pertama saya kini sedang tunggu masa untuk dilancarkan. Judulnya masih belum diputuskan, setakat ini judulnya Pasti. Lagu itu berentak R&B," ujarnya yang percayakan sentuhan Amelia AF sebagai komposer serta penulis lirik single berkenaan.

Sanggup berhabis duit sendiri untuk menghantar single berkenaan untuk menjalani proses mixing di Australia, Kila mahu membuktikan bakat nyanyiannya bukan sekadar suka-suka.

"Kalau tidak berlakon, sekarang pun saya selalu dapat tawaran menyanyi untuk acara korporat. Rezeki saya dalam nyanyian pun ada. Jadi saya ada dua pilihan," katanya yang mampu menyanyikan lagu-lagu Bollywood sejak di sekolah rendah lagi.

Pernah digosipkan dengan Yusry KRU yang kini bergelar suami kepada Lisa Surihani, selepas itu Kila tidak dikaitkan dengan mana-mana lelaki. Entah dari mana angin bertiup, Kila tiba-tiba dikatakan ada hubungan istimewa dengan seorang pemuda dari seberang, Hardy Hartono.

Jejaka seberang

Ketawa saat menafikan gosip yang sengaja diperbesar-besarkan itu, kata Kila, hubungannya dengan Hardy tidak lebih sebagai kawan.

"Saya kenal Hardy ketika dia datang ke Kuala Lumpur berlakon drama Kitab Cinta arahan Erma Fatima. Kami sekadar berkenalan dan hubungan itu hanyalah seperti kawan biasa sahaja. Sudah tentulah bila Hardy sudah kembali ke Jakarta kami ada berhubungan menerusi Twitter, tapi sekadar bertanya khabar sahaja," katanya berderai tawa.

Belum masa untuk memikirkan soal berkasih, kata Kila, perjalanannya sebagai seorang pelakon begitu juga dengan nyanyian masih terlalu baru. Masih terlalu banyak selok-belok yang harus dipelajari.

"Saya tidak boleh takbur bercakap tentang mana-mana lelaki sebab jodoh itu kerja Tuhan," katanya menutup perbualan.