Nuffnang

Isnin, 25 Jun 2012

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


Penampilan Berbeza Dari <b>Alyah</b> | OHBULAN!

Posted: 19 Jun 2012 09:06 PM PDT

Alyah merupakan seorang artis yang sentiasa tampil dengan penampilan yang berbeza. Bukan sahaja penampilan dari segi pakaian mahupun solekannya malah dari segi tatarias rambutnya juga sering nampak berbeza dari masa ke semasa. Kebiasaannya penampilan Alyah ini akan mengikut setiap trend, contohnya Alyah akan tampil dengan bentuk dan color rambut yang lebih ranggi dan berani apabila beliau ingin berpenampilan funky.

  

Ada ketikanya pula Alyah akan kelihatan berambut panjang atau ikal apabila beliau inginkan penampilannya nampak sopan dan anggun. Bagi OHBULAN! Alyah ini merupakan seorang artis yang berani berpenampilan apa sahaja yang berbeza asalkan ia masih kekal cantik pada rupa paras beliau.

  

Kredit Foto : Google

Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


Dunia sebenar Shida: Lady Gaga Malaysia | <b>Didie Alias</b> atau Didie <b>...</b>

Posted: 24 Jun 2012 09:23 PM PDT

   Assalammualaikum, peace upon you.
Ha! ni lah dianya Didie Alias Lady Gaga Malaysia, berfesyen ala-ala Lady Gaga kalau kawan-kawan perasan la. Kesemua design baju dan fesyen sama macam Lady Gaga berfesyen ala-ala HOT, SEXY, DARING. Sejak dari pengenalan "Lady Gaga Malaysia" juga Didie Alias ni semakin dikenali dan menjadi isu-isu hangat majalah gosip artis malaysia dan wartawan hiburan malaysia. Saban hari ada saja gosip dari artis ini. Lagi-lagi tentang cara pemakaian dia yang ala-ala Lady Gaga gitu. Betul ke sama fesyen-fesyen yang dibawa Didie Alias ni. Jom tengok gambar-gambar yang shida ambil semuanya dari Google saja :)
Sama ke?? hehee^^ Fesyen Lady Gaga ada dalam entri bawah ni cuba scroll atau klik sini untuk membuat perbandingan. Hah! sama kan lagi-lagi tang gaya rambut tu yang terangkat yang kembang yang lurus semua Lady Gaga ada. Hope adik-adik kakak-kakak dan makcik-makcik diluar sana tak terikut dengan fesyen-fesyen macam ni. Tak lawa mana pun macam patung je shida tengok. Lawa lagi Heliza Helmi ;)

Wan Sharmila - Google Blog Search

Wan Sharmila - Google Blog Search


<b>Wan Sharmila</b> Jadi Wanita Tabah Dalam Slot Citra Arah Lain Ke <b>...</b>

Posted: 21 May 2012 06:19 PM PDT

Cabaran Wan Sharmila Jadi Wanita Tabah Dalam Slot Citra : Arah Lain Ke Syurga Di TV2

Drama bertajuk Arah Lain ke Syurga yang menampilkan watak utama pelakon Wan Sharmila cuba menonjolkan sisi lain pelakon genit yang sebelum ini selesa membawakan watak gadis remaja mahu pun wanita penggoda.

Menerusi drama mengisi slot popular Citra di TV2 yang disiarkan pada 22 Mei 2012, jam 10.00 malam ini, Wan Sharmila menghayati watak wanita bernama Qaseh yang pada mulanya merupakan gadis naïf yang cuba melarikan diri dari rumah kerana terlalu mengikut kekasih. Namun frasa hidupnya berubah menjadi wanita yang cekal dan tabah setelah dia tanpa sengaja menggalas tanggungjawab sebagai ibu angkat kepada anak pasangan suami isteri yang telah meninggal dunia.

POSTER arah lain ke syurga

Bergandingan dengan Norman Hakim, Aznah Hamid, Jegan, Kencana Dewi dan Tan Mei Ling, kisah Arah Lain ke Syurga bermula dengan plot Qaseh bertengkar dengan ibunya, Khadijah. Dia berdegil untuk berkahwin dengan Haikal dan tetap akan mengahwini Haikal walau tanpa kebenaran ibunya. Qaseh melarikan diri dari rumah meninggalkan ibunya sendirian. Qaseh bertemu Razak dan meminta lelaki itu menghantarnya bertemu Haikal. Dalam berat hati, Razak menurut. Sebelum pergi, Qaseh sempat mengamanahkan Razak untuk menjaga ibunya.

Namun niatnya telah dinodai oleh Haikal yang bertindak untuk merogolnya. Qaseh diselamatkan oleh sepasang suami isteri bersama anak mereka yang masih kecil. Si suami berbangsa Cina, Wai Choon dan isterinya Sugunah, kaum India. Rupa-rupanya suami isteri itu juga melarikan diri daripada keluarga Sugunah yang tidak merestui perkahwinan mereka. Mereka dikejar oleh Kamlesh, sepupu Sugunah yang membocorkan rahsia kepada ibu Sugunah, Prema.

Berlaku kejadian yang tidak diingini apabila mereka terlibat dengan kemalangan menyebabkan suami isteri itu mati di tempat kejadian. Qaseh tidak sedarkan diri dan terbaring berdekatan sungai. Anak kecil pasangan itu selamat berada dan berada dalam pelukan Qaseh. Qaseh bernasib baik kerana ditemui Shui Tin. Shui Tin membawa Qaseh dan anak kecil pulang ke rumahnya.

Shui Tin menjaga Qaseh dan si anak kecil sebaik-baiknya. Qaseh terkejut bila menyedari dirinya terbaring di atas katil. Shui Tin menenangkan Qaseh. Qaseh bangun dan merampas anak kecil dari pelukan Shui Tin. Qaseh mengucapkan terima kasih dan mahu meminta diri. Shui Tin tahu Qaseh masih lemah dan menasihatkan agar Qaseh tinggal sebentar di rumahnya, lagipun dia hanya tinggal sendirian setelah kematian suami dan anaknya.

Shui Tin menyangkakan anak itu adalah anak kandung Qaseh. Apatahlagi Qaseh meyakinkan yang itu memang bayinya. Qaseh menjaga anak itu penuh kasih sayang dan diberi nama Soraya. Qaseh meneruskan kehidupan bersama Shui Tin sementara sembuh sepenuhnya.

Setelah beberapa tahun berlalu, Soraya telah dijejaki oleh neneknya, Prema. Ketika itu tercetus konflik perebutan hak untuk menentukan siapakah yang berhak menjaga Soraya. Bagaimana pula penerimaan ibu Qaseh setelah diberi tahu anaknya masih hidup?

babak dalam Arah Lain ke Syurga

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

kumpulan KRU - Google Blog Search

kumpulan KRU - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan KRU</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jun 2012 07:39 PM PDT


<b>KRU</b> Kembali Menyanyi Di Pentas

Posted: 06 Jun 2012 02:03 AM PDT

KRU Kembali Menyanyi Di Pentas: Terbaru di beritakan kumpulan "KRU Kembali Aktif Menyanyi di Pentas" seperti saat kegemilangan mereka dahulu.

Setelah lama bersara daripada menyanyi, KRU sebuah kumpulan 3 adik beradik yang pernah beraksi lincah di pentas dalam era 90an dikhabarkan akan muncul kembali dengan membuat satu kemunculan khas sempena 20 tahun penglibatan mereka dalam dunia hiburan.

KRU Kembali Menyanyi Di Pentas

Edry Abdul Halim dikatakan telah memujuk Norman untuk kembali ke pentas demi peminat mereka, dan dengan itu, Norman bersetuju untuk melakukan kemunculan kembali.

"Saya pada awalnya tidak berapa yakin kerana dah lama tidak membuat persembahan tetapi Edry paling beria-ria dengan majlis itu dan akhirnya akur dengan permintaannya. Yusry juga bersetuju," ujar Norman.

Menurut Norman, mereka bakal mempersembahkan empat buah lagu dan akan menyelitkan beberapa medley khas buat peminat.

KRU Kembali Menyanyi Di Pentas

"Lagu-lagu popular kami akan dipersembahkan pada malam itu dan berharap ia akan menggembirakan dan dapat mengubat rindu mereka," ujarnya.

Norman berkata, walaupun mereka akan melakukan persembahan itu, ianya bukanlah bermakna mereka akan kembali ke dunia nyanyian seperti sebelumnya.

Sebaliknya, ia hanyalah sebagai salah satu cara untuk menghargai peminat sempena majlis ulang tahun itu nanti.

"Mungkin selepas ini kalau nak tengok KRU menyanyi kena tunggu sambutan ulang tahun," ujarnya.

KRU Kembali Menyanyi Di Pentas
Norman turut dilaporkan berkata, majlis yang bakal diadakan pada 10 Jun ini bertempat di Orange Club, Kuala Lumpur dilaporkan akan turut menghimpunkan barisan artis dibawah naungan label KRU dan yang pernah bekerjasama dengan mereka selain beberapa aktiviti menarik buat peminat mereka.

Rating: 10.0/10 (2 votes cast)
Rating: +2 (from 2 votes)
KRU Kembali Menyanyi Di Pentas, 10.0 out of 10 based on 2 ratings

Respons

10 Artikel Pilihan Ramai...

Zul Huzaimy - Google Blog Search

Zul Huzaimy - Google Blog Search


<b>Zul Huzaimy</b> Akui Rasa Sunyi Selepas Bercerai | Rindok Blog

Posted: 05 May 2012 07:29 AM PDT

Pelakon dan pengarah drama Zul Huzaimy mengakui mula berasa sunyi tanpa kehadiran seorang wanita dalam hidupnya selepas bercerai dengan Nor Dalilah Muhammad, 29, dua tahun lalu.

Zul berkata, dia masih menduda kerana belum menemui calon yang menepati ciri-ciri yang dikehendakinya untuk dijadikan sebagai isteri.

"Baru-baru ini saya ada menelefon ibu di kampung dan memberitahu kepadanya supaya mencari seorang calon isteri untuk saya kerana rasa sunyi tanpa seorang isteri," ujarnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Zul, keadaan itu telah membangkitkan semangat dirinya untuk memberikan tumpuan kepada kerjaya dan penulisan skrip untuk drama dan filem.

Dia juga sering menggunakan masa terluang untuk menghasilkan skrip dan memberitahu setakat ini telah beberapa hasil tulisannya itu telah diterjemahkan sebagai drama di televisyen.

"Menulis skrip memberikan satu kepuasan berbeza kepada saya kerana tanpa disedari imaginasi dalam kepala saya dapat diterjemahkan dalam bentuk skrip. Kadang kala saya sendiri terkejut dengan apa yang telah saya buat," katanya.

Dalam pada itu, bercerita mengenai kerjaya sebagai pengarah drama, Zul memberitahu dia semakin selesa memegang peranan tersebut dan seronok dapat melakukannya.

Namun lakonan tetap menjadi keutamaannya walaupun dia kini banyak duduk di kerusi pengarah.

"Alhamdulillahlah syarikat produksi percaya dengan bakat saya sebagai penulis skrip dan pengarah. Saya sejujurnya rasa puas dapat mengarah kerana sebagai seorang pelakon banyak perkara saya boleh luahkan pelbagai perkara," katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai buah tangan terbarunya iaitu drama bersiri Seindah Sakura lakonan Fahrin Ahmad dan Fasha Sandha, Zul berkata ia adalah drama bersiri pertama arahannya dan mengakui sedikit gusar kerana bimbang tidak dapat memenuhi kehendak penerbit dan penonton.

Zul bagaimanapun berkata, drama yang diadaptasi daripada sebuah novel daripada nama sama itu mempunyai kekuatan dari jalan cerita dan skrip yang baik hasil tulisan Wan Mahani.

"Visual yang terhasil datang dengan sendiri berdasarkan skrip dan jalan cerita yang kuat. Ia benar telah meninggalkan kesan kepada diri saya sebagai pengarah," katanya.

Tambah Zul, kesungguhan pelakon dalam menjayakan drama itu juga cukup mengagumkan dan sikap profesional mereka telah memberikan impak kepada penghasilan drama tersebut.

Seindah Sakura turut dijayakan oleh Datuk Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don dan Ruminah Sidek bakal menemui penonton bermula 7 Mei ini setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7 malam di slot Akasia TV3.

Credit to Mstar

Blog Widget by LinkWithin

Jom Klik LIKE...Sharing Is Caring... :D

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


<b>Fizz Fairuz</b> | Profil Pelakon | Kakiwayang.com

Posted: 23 Jun 2012 03:14 AM PDT

Fizz Fairuz

Nama komersial  : Fizz Fairuz

Nama sebenar : Mohd Fairuz bin Zainal Abidin

Tarikh Lahir : 22 Oktober 1979

Asal : Raub, Pahang

Filem :

Castello (2006)

Orang Minyak (2007)

Anak Halal (2007)

Syurga Cinta (2009)

Niyang Rapik (2010)

Nur Kasih the Movie (2011)

Cinta Kura – Kura (2012)

Jiwa Taiko (2012)

Anugerah :

Pelakon TV Lelaki Popular ABPBH 2011

Fizz Fairuz

Noorkhiriah - Google Blog Search

Noorkhiriah - Google Blog Search


The Other Side Of Kesuma Angsana: Damai Setenang <b>Noorkhiriah</b>

Posted: 04 Jun 2012 08:54 PM PDT

Back to work hari ni dengan hati yang sebu. Dah ler penat sesangat, pastu tengok pulak kerja atas meja yang bertimbun2 dan  nak kena siapkan today untuk monthly meeting ... esok ? Haru nye.  Tapi hati jadi tenang bila baca citer terbaru tentang penghijrahan pelakon NoorKhiriah ini.  Sejuk aje rasa hati.  

Tahniah moga akan kekal dalam imej ini hingga ke akhir nyawa, Amin... Lanjut you all boleh baca kat sini ye! NOORKHIRIAH @ Kosmo.
Yakin boleh...............