Nuffnang

Rabu, 4 Julai 2012

6ixth Sense - Google Blog Search

6ixth Sense - Google Blog Search


Munsyeed{Dot}Com 2012 » <b>6ixth Sense</b> Bakal Terbit Album Religi

Posted: 02 Jul 2012 11:50 PM PDT

Gandingan mantap 6ixth Sense dan Saujana dalam Penerang Hati.

Selepas kejayaan single Penerang Hati, hasil paduan vokal 6ixth Sense dan Saujana, kumpulan 6ixth Sense dikhabarkan bakal muncul dengan sebuah album ketuhanan menjelang Ramadhan pada tahun ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, kumpulan 6ixth Sense dan Universal Music kini dalam proses akhir menyiapkan album religi pertama 6ixth Sense yang bakal menemui para peminat tidak lama lagi. Album tersebut bakal memuatkan lagu-lagu religi ciptaan Adi 6ixth Sense dan beberapa orang komposer terkenal tanahair.

6ixth Sense

Yang pasti, 2 lagu single yang telah dilancarkan oleh 6ixth Sense berjudul Penerang Hati dan Cintaku Padamu Seluas Angkasa bakal dimuatkan dalam album religi tersebut. Adakah komposer terkenal; Mujahid, bakal memberi sentuhan magika pada album religi 6ixth Sense kelak? Nantikan kemunculan album ini di pasaran!

-Munsyeed{Dot}Com

*Gambar ihsan: 6ixth Sense

Tentang Penulis

Husaini Hussein menulis 285 artikel dalam blog ini.

Husaini Hussein, pengasas (Founder) Munsyeed{Dot}Com. Masih menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam jurusan Undang-undang. Seorang yang positif dengan pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiz Zaqyah - Google Blog Search

Tiz Zaqyah - Google Blog Search


Shopping Online Pilihan <b>Tiz Zaqyah</b> | OHBULAN!

Posted: 01 Jul 2012 07:17 PM PDT

Aktres terkenal tanah air, Tiz Zaqyah merupakan salah seorang artis wanita yang menggemarkan pembelian barangan menerusi online. Jadual penggambaran beliau yang padat menyebabkan beliau tiada masa untuk keluar bersiar-siar ke pusat membeli belah bagi mendapatkan barangan yang diidamkan.

Menurut Tiz Zaqyah melalui portal hiburan murai.com, beliau sebenarnya tidak banyak membeli barangan menerusi online, tetapi sejak akhir-akhir ini beliau gemar membeli kasut menerusi medium ini dan beliau turut menyatakan bahawa barangan tersebut sangat berkualiti. Disamping itu, rekaan kasut yang dibeli menerusi online merupakan rekaan yang berbeza dan menarik.

Dalam galak membeli barangan secara online, Tiz Zaqyah turut melahirkan perasaan berhati-hati beliau, dimana sebelum membeli barangan menerusi online, beliau akan mengesahkan kesahihan blog tersebut terlebih dahulu dengan cara menghubungi pemilik blog tersebut. Selain itu, beliau turut berhati-hati untuk membeli barangan di blog-blog online yang masih baru.

Bagi individu yang turut menggemarkan pembelian barangan secara online, anda boleh mencuba untuk membeli barangan di Zalora.com.my. Di sini anda bukan sahaja dapat membeli kasut yang diidamkan, malah anda turut dapat memborong baju, seluar dan tas tangan mengikut citarasa terkini.

Sumber : Murai.com.my

ramlah ram - Google Blog Search

ramlah ram - Google Blog Search


(<b>Ramlah Ram</b> ft. Sleeq) Sesaat Kau Datang: Jangan Terlalu Misteri <b>...</b>

Posted: 01 Jul 2012 04:00 AM PDT

Salam sejahtera buat semua.

Melodi

Dah lama tak masukkan lagu untuk Melodi d'Hujung Minggu. Itu tandanya tiada masa yang terluang untuk melayankan melodi yang sedap didengar oleh telinga (betul untuk dua bulan kebelakangan ini) atau tiada lagu yang saya mahu kongsikan di sini.

Kali ini saya kongsikan lagu Sesaat Kau Datang yang dinyanyikan oleh Ramlah Ram featuring Sleeq. Kalau tak silap, ada versi bahasa Inggeris. Tapi tak berminat pula saya untuk mencari versi bahasa Inggeris tersebut. Jadi, lagu Sesaat Kau Datang yang dikongsikan di sini adalah versi bahasa Melayu.

Di bawah ini adalah muzik video lagu Sesaat Kau Datang dengan lirik lagunya sekali.

Muzik Video Sesaat Kau Datang oleh Ramlah Ram ft. Sleeq

*****

Lirik Lagu Sesaat Kau Datang (Ramlah Ram ft. Sleeq)

Sesaat kau datang
Sesaat kau hilang
Kemunculan dirimu
Penuh misteri

Kau mendekat
Kau menjauh
Kau tinggalkan diriku
Sesudahnya kau membuang
Mencampakkan aku

(Alif)
Bukan tiada cinta lagi
Ku tak ingin sakit hati
Ku tak dapat lepaskan
Segala yang ku hargai

(Syarif)
Maafkanku sayang
Tetapi ku harus pergi

Sungguh kejamnya dirimu
Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa
Kau hancurkan segala harapan
Kau remukkan cinta yang telah kita bina

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati
Tapi ku ikhlas melepaskanmu
Kerana aku manusia biasa

(Alif)
Tuk mendapatmu disisiku
Siapa yang cuba pisahkan
Kita kan disiku
Begitu besar sayangku kepadamu

(Syarif)
Tetapi ku tidak pasti
Bahawa ku bisa melalui derita ini

Ulang korus:
Sungguh kejamnya dirimu
Mengkhianati cinta yang ku semat dijiwa
Kau hancurkan segala harapan
Kau remukkan cinta yang telah kita bina

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati
Tapi ku ikhlas melepaskanmu
Kerana aku manusia biasa

Tiada salahku kepada dirimu
Kau buatku sengsara
Kau buat kecewa
Ku Harap ada karma
Yang datang kepadamu
Kepadamu

*****

Kesimpulannya, janganlah jadi terlalu misteri. Sesaat ada di depan mata, sesaat kemudian hilang semula. Biskut pun tak macam tu. Keh3~

beliamuda: Tidak nikmat hujung minggu jika hanya berada di depan laptop sahaja.

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


(12 GAMBAR)<b>Nora Danish</b> Bergaya Dalam Set Foto Edisi Raya 2012 |

Posted: 13 Jun 2012 07:36 PM PDT

Tidak lama lagi, bulan Ramadhan akan menjelma diikuti oleh Syawal. Pasti ramai yang sudah membuat persiapan termasuk menggantikan puasa tahun lepas. Pelakon jelita Nora Danish juga tidak ketinggalan. Beliau telah bergaya dengan baju kurung dan pelbagai busana lain untuk gambar-gambar edisi raya yang telah dimuatnaik ke laman Twitternya.

Photobucket

Model Tamu: Nora Danish (@nor4danish)
Jurufoto: Chuan Looi (yipieyaya.com)
Rambut dan Solekan: Khir Khalid
Aksesori: Ola (@OlaBV2) (Thanks Zaireen)
Kreatif: Bombshelter Studios (@dabombshelter)
Baju: Innai Red (Baju boleh dibeli di sini)

Lagi 11 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Twitter Nora Danish.

***

Klik banner ini untuk membeli secara online Tiket Konsert Dikir Ekstravaganza di Panggung Sari, Istana Budaya mulai 8.30 malam, 1 dan 2 Julai 2012 untuk Festival Muzik KL 2012 yang menampilkan Ziana Zain, Awie, Jamal Abdillah, Noraniza Idris, Lan Typewriter dan ramai lagi. Tiket-tiket berharga RM RM 20, RM 35, RM 45 dan RM 60 sahaja. Dapatkan sebelum kehabisan!


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Baca Yang Ini Pulak:-


Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


<b>Elfira Loy</b> the Latest Malaysia Spokesperson for Maybelline New York

Posted: 20 May 2012 11:29 PM PDT

Elfira Loy such a pretty, young and lovely sweet 18…
Hmmm… how I wish I am 18 years old muahhaha
*miss sunshine dreamingggg again laaa ~ lol*


Last week, I was at SOULed OUT, Somerset Ampang, Jalan Ampang curious to meet Elfira Roy an actress cum TV host and now she was announced the latest Malaysian spokesperson for Maybeline New York. This is my first time meeting Elfira Loy in person. 


That day Elfira Loy was wearing one of the looks themed FABULOUS 18 
specially created by Maybelline New York. 
 From Left: Pink Fong, Group Product Manager of Maybelline New York; Elfira Loy Maybelline new spokesperson; and Christina Low, Marketing Director Maybelline York.
According to Pink Fong the group product manager of Maybelline New York,  "The brand selected Elfira Loy the amiable actress for her confident, youthful and girl-next-door qualities, as well as her versatility to carry a variety of Maybelling looks, making her the ideal spokesperson to embrace the brand's energetic, fashionable, glamorous and dynamic New York vibes". 
This Maybelline New York Volum' Express The Falsies mascara is one of 
Elfira Loy must have make-up
Gonna try this Maybelline New York Clear Smooth BB Stick Clear Stick… 
gives me natural and fresh look and also comes with SPF21/PA+++ sun protection.
When I look at this picture, hmmm… what happened to my hair? 
I noticed my hair neither straight nor curl = messy, 
where are my bouncy curls ~ no more? Hilang huh… 
alright its time to go for a new perm or do something about it… 
For more information and latest update please go to 

Zul Huzaimy - Google Blog Search

Zul Huzaimy - Google Blog Search


<b>ZUL HUZAIMY</b> SUNYI SELEPAS BERCERAI | NICEZONES

Posted: 05 May 2012 09:25 PM PDT


Zul mengakui mula berasa sunyi tanpa kehadiran seorang wanita dalam hidupnya, dia masih menduda kerana belum menemui calon yang menepati ciri-ciri yang dikehendakinya untuk dijadikan sebagai isteri.
"Baru-baru ini saya ada menelefon ibu di kampung dan memberitahu kepadanya supaya mencari seorang calon isteri untuk saya kerana rasa sunyi tanpa seorang isteri,"
Bagaimanapun, keadaan itu telah membangkitkan semangat Zul untuk memberikan tumpuan kepada kerjaya dan penulisan skrip untuk drama dan filem.
Dia juga sering menggunakan masa terluang untuk menghasilkan skrip dan memberitahu setakat ini telah beberapa hasil tulisannya itu telah diterjemahkan sebagai drama di televisyen.
"Menulis skrip memberikan satu kepuasan berbeza kepada saya kerana tanpa disedari imaginasi dalam kepala saya dapat diterjemahkan dalam bentuk skrip. Kadang kala saya sendiri terkejut dengan apa yang telah saya buat," katanya.
Pelakon berbakat ini pernah berada di kemuncak populariti suatu ketika dahulu sebelum banyak bekerja di belakang tabir. Pasti ramai yang mahukan Zul menjadi pasangan hidupnya. jadi, jika Zul Huzaimy sunyi selepas bercerai, cepat-cepatlah cari pengganti. [sumber]Zul Huzaimy  ,zul huzaimy wiki,zul huzaimy bercerai,zul huzaimy drama,zul huzaimy marzuki,zul huzaimy 2012,zul huzaimy kelantan,zul huzaimy twitter,zul huzaimy cerai,zul huzaimy wikipedia,zul huzaimy biodata

Posted by Shafiq Mujahid on Saturday, May 5, 2012
Article about ZUL HUZAIMY SUNYI SELEPAS BERCERAI
- from the website NICE ZONES

ZUL HUZAIMY SUNYI SELEPAS BERCERAI

Based On: 10 out of 10 Ratings: 9305190 User Reviews: 51137 Reviewer: Shafiq Mujahid

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


<b>Alyah</b> Telan Vitamin Untuk Kurus – Perak Today

Posted: 02 Jul 2012 08:38 PM PDT

Foto ini dirakamkan ketika penggambaran segmen Stailista untuk program Propaganza di Hotel InterContinental baru-baru ini.

Lihatlah betapa langsingnya tubuh dan kecilnya wajah Alyah selepas mengalami penurunan berat badan mendadak.

Malah kerana dia terlalu kurus, ada sesetengah pihak telah membuat spekulasi mendakwa penyanyi Kisah Hati itu telah mengambil dadah, sekali gus telah mengakibatkan bentuk fizikalnya berubah.

Namun Alyah yang ditemui Detektif Stailista, Ayie Ali ketika penggambaran mengejut berkenaan, berkata dia terlalu sibuk bekerja sehingga menyebabkan berat badannya susut secara mendadak.

Malah menurut pengurus Alyah iaitu Syuib Ismail, dia mengakui artisnya itu telah mengalami penurunan berat badan beberapa kilogram kebelakangan ini.

"Saya melihat penurunan berat badan Alyah dari sudut yang positif, apatah lagi dia seorang selebriti. Kalau dulu berat badannya 52 kg, tetapi sekarang 45 kg.

"Memang ada yang memberi tanggapan yang negatif tentang hal ini dan ada yang mengatakan Alyah mengambil dadah, tapi hakikatnya Alyah terlalu sibuk dengan kerja selain menyudahkan beberapa lagu terbarunya.

"Sejak keluar dari program Mania terbitan Astro Mei lalu, jadual kerja Alyah semakin padat dan sesuai dengan strategi kami untuk menarik perhatian syarikat korporat untuk menyambil Alyah menyanyi, semakin itu jugalah dia semakin rajin bekerja," katanya yang menguruskan Alyah sepenuh masa.

Menurut Syuib, berbanding dahulu, kini corak pemakanan Alyah sangat berbeza.

"Kalau dulu Alyah suka mengambil nasi secara kerap dan dalam kuantiti yang banyak. Tetapi sekarang dia mengurangkan nasi dan mungkin hanya sekali dalam sehari. Maklum sajalahkan tekak orang Melayu memang tak sah kalau tak makan nasi.

"Untuk menyeimbangkan dietnya dan memberi dia lebih tenaga, Alyah telah mengambil beberapa jenis vitamin seperti multi vitamin, B complex dan makanan tambahan lain setiap hari. Alhamdulillah dia lebih bertenaga," katanya.

Syuib juga tidak menafikan, mungkin langkah Alyah memotong rambut pendek telah menyebabkan dia kelihatan lebih langsing dan agak kecil berbanding dulu.

Alyah telah tampil dengan single terbaru berjudul Pesananmu ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik Habsah Hassan.

Sesuai dengan strategi pemasaran terbarunya untuk menarik perhatian syarikat korporat, kulit album single berkenaan telah menampilkan Alyah dengan gaya sophisticated, kemas dan bersih yang diilhamkan oleh Annay H (Yana Husin) dan solekan dari Bosco Ryzal.