Nuffnang

Jumaat, 12 Oktober 2012

Fahrin Ahmad - Google Blog Search

Fahrin Ahmad - Google Blog Search


Video: <b>Fahrin Ahmad</b> Menyanyi Atas Bas | ROTIKAYA

Posted: 10 Oct 2012 08:40 PM PDT

Video: Fahrin Ahmad Menyanyi Atas Bas

Bukan selalu kita boleh dengar pelakon ini menyanyi lebih lebih lagi menyanyi di'hadapan khalayak ramai dalam sebuah bas. Ini dia Fahrin Ahmad bersama program Kotak Muzik.

Menurut siaran akhbar yang kami terima daripada penganjur program ini, Kotak Muzik bertujuan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di kalangan belia.

Penglibatan Fahrin Ahmad menyanyikan lagu Ikhlas Tapi Jauh ini merupakan video kedua selepas Shila Amzah melakukan perkara yang sama sekitar Ogos 2012 yang lalu.

Program di'mana pemuzik menyanyi secara akustik dalam bas ini merupakan yang pertama di Malaysia dan di'anjurkan oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Iskandar Malaysia (PAIM).

Related Posts
Categories
Tag

Memey Suhaiza - Google Blog Search

Memey Suhaiza - Google Blog Search


Foto : <b>Memey Suhaiza</b> Hiasi Majalah Mingguan Wanita | OHBULAN!

Posted: 10 Oct 2012 12:44 AM PDT

Bukan mudah sebenarnya nak menjadi seorang yang bernama Memey Suhaiza. Kalau tak kuat semangat, bayangan masa silam yang penuh dengan kritikan dan penghinaan daripada seantero Malaya sudah pasti mengundang gila! Apa yang pasti, kami kagum dengan keteguhan Memey Suhaiza yang sentiasa tabah menghadapi dugaan bersama suami tersayang, Norman Hakim.

Mungkin, atas sebab itu juga Mingguan Wanita memilih pelakon ini sebagai penghias muka depan bagi mencerminkan ketabahan wanita sejati. Seperti yang anda tahu, hubungan Memey Suhaiza dan Abby Abadi kian pulih seperti yang dilihat melalui bukti-bukti gambar percutian mereka di Genting Highland, baru-baru ini.

Sudah pasti, berita baik ini turut disambut baik oleh para peminat. Ditambah lagi dengan kehamilan Memey Suhaiza yang semakin sarat mengandungkan anak pertamanya bersama Norman Hakim.

Untuk mengetahui cerita yang lebih lanjut, dapatkan Mingguan Wanita edisi Oktober di kedai berhampiran. Dan jangan lupa, anda boleh mendapat tips untuk mengikis sikap buruk suami di ranjang. Oh ye!

Abby Abadi Dan <b>Memey Suhaiza</b> Bercuti Bersama-Sama Di Genting <b>...</b>

Posted: 02 Oct 2012 09:34 PM PDT

Gembira Abang Nara mendengar berita ini. Nampaknya hubungan Abby Abadi dan Memey Suhaiza semakin hari semakin baik. Yang terbaru, Memey Suhaiza memberitahu yang Abby turut bersama-sama bercuti bersama keluarganya di Genting Highlands baru-baru ini. Ini satu perkembangan yang tersangat baik untuk kedua-dua belah pihak.
memey abby

Berkata kepada portal Murai, Memey memberitahu yang dia dan Abby akan pergi bercuti ke Beijing bersama-sama dalam masa terdekat ini:-

Selepas pertemuan pada ramadan yang lalu, hubungan kami bertambah akrab dan kami juga selalu berhubung. Insya Allah kalau tiada aral melintang saya dan Abby akan bercuti ke Beijing pula dalam masa terdekat ini. Boleh dikatakan sekarang ini kami berkawan baik sebab memang kami sering berjumpa dan menghabiskan masa bersama anak-anak. Hujung minggu lalu pun kami ada bercuti ke Genting Highlands. Sejujurnya saya bersyukur dengan apa yang berlaku sekarang dan tak sangka Allah memberikan kurniaan sebegini buat kami berdua, Alhamdulillah.

Ini sememangnya satu contoh yang sangat baik kepada kita semua. Tahniah kepada Abby, Memey, Norman dan keluarga mereka yang menunjukkan nilai murni ini. Semoga hubungan baik ini akan terus berkekalan dan makin akrab di masa hadapan. Sama-sama kita doakan.

P.S: Serangga-serangga diselaputi embun.

Baca Yang Ini Pulak:-


kumpulan Estranged - Google Blog Search

kumpulan Estranged - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Oct 2012 01:32 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Sep 2012 01:20 AM PDT


phs Smon&#39;s Site - <b>Kumpulan Estranged</b> Menang Juara Lagu (AJL)

Posted: 27 Jan 2008 08:16 AM PST

Kumpulan Estranged menang Juara Lagu AJL


27/01/2008 11:45pm

KUALA LUMPUR 27 Jan. – Bintang-bintang ternama industri seni suara tanah air tewas kepada sebuah kumpulan baru Estranged apabila lagu 'ItuKamu' ciptaan kumpulan tersebut dinobatkan sebagai Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu Ke-22 (AJL22) yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Stadium Putra, Bukit Jalil di sini malam ini.

Dengan kemenangan itu, Estranged berjaya menepis artis terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Aishah yang disebut-sebut bakal menjuarai pertandingan ber kenaan membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000 berserta trofi.

Estranged turut memenangi RM12,000 lagi sebagai juara kategori Pop Rock. Ini bermakna lagu tersebut membolot wang tunai RM37,000 kesemuanya. Lirik la gu Itu Kamu ditulis oleh Rachael Lawrence.

Lagu 'Izinku Pergi' yang dinyanyikan oleh Shari ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Sulu Sarawak memenangi kategori Balada. Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.

Lagu Samudera yang disampaikan oleh Nora pula menjuarai kategori Etnik Kreatif.

Dengan kemenangan itu, lagu ciptaan Johan Nawawi dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya itu melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM12,000 beserta trofi.

Jaclyn Victor dan Lah Ahmad pula memenangi kategori Vokal Terbaik menerusi lagu 'Ceritera Cinta'. Kedua-dua mereka membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.

Kategori Persembahan Terbaik pula, menjadi milik Raja SMS, Mawi yang telah memberikan persembahan yang cukup menarik menerusi lagu 'Angan dan Sedar' sekali gus melayakkan dia memenangi wang tunai RM10,000 dan trofi.

Bagi kategori ini 50 peratus daripada markah diterima adalah melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan selebihnya diadili oleh juri profesional. -Utusan

Adi Putra - Google Blog Search

Adi Putra - Google Blog Search


Peminat Kecewa <b>Adi Putra</b> Tiada Dalam Senarai Calon Anugerah <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2012 04:54 AM PDT

Abang Nara memahami betapa kecewanya peminat-peminat kipas susah nak mati Adi Putra apabila namanya tidak tersenarai langsung di dalam Anugerah Blockbuster Astro. Untuk makluman, penganjuran Anugerah Blockbuster Astro ini adalah untuk kali pertama bermula tahun ini. Adakah Adi Putra tidak tercalon kerana pihak penganjur terlepas pandang?

adi putra anugerah blockbuster

Dan semalam menerusi Twitter, peminat Adi Putra yang dikenali dengan nama 1HotLovers telah melahirkan rasa kekecewaan mereka. Bagi mereka, ini sangat tidak adil lebih-lebih lagi apabila ada pelakon-pelakon yang kurang dikenali turut mendapat pencalonan.

adi putra tidak tercalon

Kalau nak dikatakan tiada kategori yang sesuai untuk Adi Putra, rasa-rasanya kategori Anugerah Watak Penyangak Terhebat memang sesuai untuk Adi Putra. Lakonannya memang sangat menjadi di dalam KL Gangster. Pastinya pihak Astro mempunyai alasan mereka yang tersendiri untuk tidak menyenaraikan Adi Putra. Sama-sama kita nantikan penjelasan daripada mereka.

adi putra
Buat masa ini, sila layari www.anugerahblockbuster.com.my untuk maklumat lanjut dan mengundi pelakon kegemaran anda.

Baca Yang Ini Pulak:-


Khamis, 11 Oktober 2012

Fasha Sandha - Google Blog Search

Fasha Sandha - Google Blog Search


VIDEO + 3 GAMBAR - AKSI JEJAI & <b>FASHA SANDHA</b> - MyArtis

Posted: 01 Oct 2012 03:33 PM PDT


Video menarik Perlumbaan kedua Lamborghini Blancpain Supertrofeo Asia di litar antarabangsa Guangdong, China baru-baru ini. Difahamkan, Rizal Ramli (Jejai) terlepas sesi ke-2 kelayakan disebabkan kemalangan di kelayakan pertama. Dia yang bermula tempat ke-12 pada grid, akhirnya berjaya menyusuri grid akhir di podium tersebut.

Selain itu, dipaparkan juga gambar terbaru Fasha Sandha yang kelihatan manis dibulan awal kehamilan. Dan seperti biasa, Fasha juga telah sudi berkongsi gambar makanan kegemarannya yang pasti membangkitkan selera. Jom tengok!

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


Classy: <b>Erra Fazira</b> Wajah Muka Hadapan Majalah August Edisi Ke <b>...</b>

Posted: 07 Oct 2012 03:44 PM PDT

Classy: Erra Fazira Wajah Muka Hadapan Majalah August Edisi Ke 50

Classy: Erra Fazira Wajah Muka Hadapan August Edisi Ke 50Bukan selalu selebriti atau figura wanita menghiasi majalah untuk lelaki ini dan istimewa untuk edisi ke 50 August, mereka memilih Erra Fazira sebagai wajah muka hadapan.

Menurut maklumat daripada August Man sendiri, Erra Fazira mengenakan persalinan daripada Dior ketika sessi bergambar menjayakan pembikinan muka hadapan kali ini.

Melabelkan Erra Fazira sebagai Perempuan Melayu Terakhir, August Man  menemubual aktress popular ini tentang karier dan kenapa beliau masih kekal sebagai primadona dunia hiburan.

Dalam perkembangan sama, persembahan Erra Fazira di malam Anugerah Blockbuster 2012 yang lalu mendapat pujian ramai & tidak ketinggalan gaya beliau di karpet merah.

Related Posts
Categories
Tag

Nashrin - Google Blog Search

Nashrin - Google Blog Search


Fobia Cinta - <b>Nashrin</b> @Lagubestbest Lyrics

Posted: 18 Jun 2011 11:57 AM PDT

Tajuk Lagu: Fobia Cinta
Album: Nashrin
Penyanyi: Nashrin MyStar LG

Klip Video: Fobia Cinta - Nashrin

Lirik Lagu: Fobia Cinta - Nashrin

Pijakan kaki bagai tak terasa
Setiap kali lihat kau tersenyum mesra
Tapi hati masih tak berani lagi
Menghampiri

Denyutan jantung aku tergendala
Kerana hati aku berkata-kata
Jangan terkena untuk kali kedua
Kan sengsara

(korus)
Bukan aku tak sudi bersama
Cuma diri tak sanggup terluka
Dulu terlalu percaya
Tak sangka aku mangsa
Fobia cinta

Kini kau datang tawarkan segala
Bulan dan bintang seluruh angkasa
Namun aku masih ragu-ragu jua
Tak terima

(ulang korus)

Entah bila
Akan dapat percaya semula
Oh manusia yang kata
Cintai mereka
Adakah aku fobia cinta

(ulang korus)

Denyutan jantung aku tergendala