Nuffnang

Sabtu, 15 Disember 2012

Along Cham - Google Blog Search

Along Cham - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Along Cham</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Oct 2012 12:00 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Along Cham</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Oct 2012 12:00 AM PDT


Gengster versi Angah, <b>Along</b> | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan

Posted: 09 Oct 2012 07:15 PM PDT

SEBUAH lagi karya arahan Ismail Bob Hasim kini menggegarkan panggung "Taikun", filem yang dikatakan merupakan genre aksi komedi pertama di Malaysia.

Mana tidaknya, jarang sekali watak gengster digalas oleh pelawak yang lebih sinonim dengan jenaka dan gelak ketawa.

Tidak hanya tertumpu kepada aksi mahupun komedi semata-mata,Taikun juga merupakan antara filem yang sarat dengan mesej-mesej berguna untuk disampaikan kepada penonton.

Apa yang pasti, penonton dikejutkan dengan pelbagai unsur suspen yang tidak disangka-sangka sepanjang tayangan filem itu.

Kurus dan gemuk

Percaturan yang menampilkan Angah Raja Lawak dan Along Cham sebagai peneraju utama ternyata satu pilihan yang tepat berdasarkan suasana gamat di dalam panggung pada majlis pratonton Taikun di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Ismail, gandingan dua orang pelawak dalam filem aksi seperti itu memberi nafas baharu serta kelainan berbanding filem-filem genre aksi sebelum ini.

"Selalunya sebut sahaja gengster, segera terbayang lelaki bertubuh sasa. Namun, dalam Taikun ada kelainan. Saya pilih seorang kurus dan seorang gemuk untuk pegang watak gengster," katanya ketika ditemui usai majlis pratonton tersebut.

ALONG dan Angah diberi kepercayaan menghidupkan karakter gengster menerusi filem Taikun.


Gandingan mereka kali ini bukan sahaja untuk membawa watak komedi, malah Angah dan Along turut diberi kepercayaan untuk membawa watak gengster yang mana mereka perlu beraksi ganas dan melakonkan babak-babak yang membabitkan lagak ngeri.

Kata Angah pula, kesemua babak lagak ngeri dan ganas yang dipaparkan menerusi Taikun dilakukannya sendiri.

"Memang kami buat sendiri semua aksi itu sepanjang sebulan penggambaran, langsung tidak guna khidmat pelakon lagak ngeri," ujarnya.

Bagi Along pula, dia mengakui semangat serta komitmen perlu tinggi untuk mengatasi cabaran berdepan dengan aksi-aksi sukar.

"Puas rasanya apabila semua aksi dapat dilakukan sendiri walaupun kadang-kadang tenaga dah kurang dan keletihan tetapi kita buat juga sebab nak kejar masa" katanya mengenai pengalamannya berlakon dalam filem ke-65 terbitan Metrowealth milik David Teo yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh negara itu.

Dua kumpulan gengster

Selain Angah dan Along untuk karakter utama, Taikun turut mengetengahkan lakonan Adiba Yunus, Zul Supia'an, Alex Yanz, Adey Syafrein dan Liana Rafiai.

Taikun mengisahkan dua orang kawan baik Tai (Angah Raja Lawak) dan Kun (Along Raja Lawak) yang mempunyai masalah dengan pihak berkuasa.

Sikap mereka yang suka bergaduh dan mencuri menyebabkan mereka bertembung dengan ahli-ahli Geng King Cobra dan Geng Black Rose.

Oleh kerana Tai dan Kun telah berjaya membelasah ahli kedua-dua kumpulan gengster tersebut dengan teruk, ketua Geng Black Rose, Manan (Zul Supia'an dan ketua Geng King Cobra, Sarip (Alex Yanz) tertarik dengan kehebatan mereka.

Tai dan Kun lalu dilamar untuk menyertai kumpulan gengster masing-masing oleh Manan dan Sarip.

Sikap tamak Tai dan Kun telah menyebabkan mereka menerima pelawaan kedua-dua Manan dan Sarip tanpa mengetahuan Geng Black Rose dan Geng King Cobra yang merupakan musuh ketat dan sering bergaduh selain bersaing dalam perniagaan video cakera digital (DVD) cetak rompak.

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


COOL : Lagu <b>Alyah</b>, Kisah Hati dinobatkan Lagu Terbaik APM 2012

Posted: 15 Dec 2012 12:37 PM PST


Lagu Alyah, Kisah Hati dinobatkan Lagu Terbaik APM 2012. Seorang lagi artis Malaysia yang turut mencuri tumpuan ialah Alyah yang berjaya mengungguli kategori Lagu Terbaik dalam Anugerah Planet Muzik 2012 melalui lagunya Kisah Hati. 

Kemenangan Alyah ini membolehkan dua artis wanita Malaysia berjaya merangkul dua kategori yang paling berprestij dalam Anugerah Planet Muzik 2012 iaitu Artis Wanita Terbaik dan Lagu Terbaik. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua mereka. Semoga dengan kemenangan ini akan menaikkan lagi semangat mereka untuk terus berjuang dalam industri tanahair.

Jika anda suka artikel ini, jangan lupa sertakan kami dengan copy salah satu link di bawah ^_^

Kopi link post yang comel ini ^_^

Kalau nak dalam bentuk HTML, kopi saya lak ^_^

Erry Putra - Google Blog Search

Erry Putra - Google Blog Search


Lirik Lagu Tidak Tidak - <b>Erry Putra</b> | Lirik

Posted: 14 Dec 2012 03:38 AM PST

Lirik Lagu Tidak Tidak - Erry Putra

Tidak tidak padaku
Untuk melupakan dirimu
Walau sudah lama berlalu
Hatiku tetap setia padamu

Ya Tuhan
Kembalikan dia padaku
Yang sangat mencintainya
Tak bisa padaku
Terus hidup tanpa cintanya

Korus

Apa lagi yang perlu ku lakukan
Kerna segalanya telah ku coba
Untuk memiliki seluruh hatimu
Yang tinggal hanyalah satu kepasrahan
Oh tidak...tidak

Di mana-mana kau berada
Tapi dirimu sentiasa bersamaku
Kenangan memori kita
Akan selalu sentiasa bersamaku

Ya Tuhan kembalikan dia padaku
Yang sangat mencintainya
Tak bisa padaku terus hidup tanpa cintanya

Ulang Korus

Di mana-mana kau berada
Tapi dirimu sentiasa bersamaku

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Lirik Lagu Tidak Tidak - Erry Putra @ Lirikami

Fauzi Nawawi - Google Blog Search

Fauzi Nawawi - Google Blog Search


<b>Fauzi Nawawi</b> Ke Mekah, Mahu Jadi Muslim Terbaik | MyNewsHub

Posted: 12 Jul 2012 07:14 PM PDT

PETALING JAYA – Pelakon Fauzi Nawawi berazam untuk menjadi umat Islam yang baik sempena kunjungannya ke Mekah bagi menunaikan umrah.

Fauzi yang akan berangkat ke Tanah Suci itu pada malam Jumaat (malam ini) juga meminta semua pihak yang mungkin pernah berkecil hati dengannya agar dapat memaafkan segala kesilapan yang berlaku tanpa disedari.

"Ini merupakan pemergian saya buat kali kedua bersama isteri, Lisdawati dan ibu. Jadi, sebelum berangkat, saya ingin memohon maaf daripada semua pihak sekiranya ada yang tergores hati dengan kelakuan saya sebelum ini.

"Niat saya ke sana adalah untuk menjadi umat Islam yang lebih baik daripada sebelum ini dan moga pemergian ini diberkati.

"Doakan juga kami selamat pergi dan pulang ke tanah air ," katanya yang dihubungi mStar Online di sini petang Khamis.

Tambah Fauzi, selain mengerjakan umrah, dia juga tidak sabar untuk merasai pengalaman berpuasa bersama-sama dengan umat Islam lain di Mekah.

"Pada tahun lalu, kami menunaikan umrah pada bulan puasa dan pengalaman di sana sangat menyeronokkan terutamanya ketika tiba waktu berbuka.

"Tambah pula umat Islam di Masjidil Haram begitu mesra dan saling berkongsi makanan, terasa macam berbuka dengan sebuah keluarga yang sangat besar. Apa-apa pun, semoga perancangan kami berjalan dengan lancar," ujarnya.

Sementara itu, Fauzi turut berdebar menantikan kemunculan filem arahan sulungnya berjudul Pak Pung yang masih lagi dalam pasca produksi.

Malah, Fauzi turut menunjukkan kehebatan vokalnya dengan menyanyikan sebuah lagu runut bunyi filem tersebut berjudul Adam dan Hawa, berduet dengan penyanyi Marsha.

"Adam dan Hawa merupakan lagu kedua saya selepas Kau Aku yang pernah dirakamkan beberapa tahun lalu.

"Rasanya, inilah peluang untuk menunjukkan sisi bakat saya yang lain selain pengarahan dan lakonan.

"Apabila diberi respons positif selepas memberi teman-teman menyaksikan suntingan awal Pak Pung, ia membuat saya lebih semangat untuk menyanyikan sendiri lagu Adam dan Hawa," tuturnya. – mStar Online

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Along Eyzendy - Google Blog Search

Along Eyzendy - Google Blog Search


<b>Along</b>, Yana tutur bahasa Jepun | n9kini.net

Posted:

Bukan saja Yana, watak Along Eyzendy sebagai Naru Hudo juga memerlukan lelaki hitam manis ini banyak bertutur di dalam bahasa Jepun. Namun berbeza dengan Yana, Along mempunyai kesukaran menguasai bahasa berkenaan ...

Sinopsis filem Lagenda Budak Hostel (LBH) lakonan <b>Along</b> Cham

Posted:

Lagenda Budak Hostel (LBH) mengisahkan gelagat pelajar hostel atau asrama iaitu Along Cham sebagai Kodan dan Along Eyzendy (Put) yang melakonkan watak pelajar tingkatan enam dan senior di sekolah berasrama ...

Fouziah Gous - Google Blog Search

Fouziah Gous - Google Blog Search


Lawak &#39;Kemaluan&#39;, Apa Komen <b>Fouziah Gous</b>? | MyNewsHub

Posted: 11 Nov 2012 11:50 PM PST

Bagi mereka yang menonton malam Anugerah Skrin 2012 yang berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC, malam Jumaat lalu, sudah pasti anda mengetahui mengenai kata-kata Zizan Razak kepada pelakon cantik, Fouziah Gous ketika mereka berada di atas pentas bagi menyampaikan trofi Pelakon Wanita dan Lelaki Terbaik Drama.

Kata-kata Zizan iaitu , "Makhluk apakah ini, muka cantik tapi tiada kemaluan" sesungguhnya mengejutkan rata-rata tetamu yang hadir pada malam itu memandangkan perkataan kemaluan adalah satu perkataan yang agak sensitif untuk digunakan.

Mungkin Zizan selaku seorang pelawak menganggap ia sebagai satu gurauan namun tidak bagi penonton yang mendengarnya dan menganggap ia sebagai satu gurauan yang agak kasar dan tidak patut diungkapkan apatah lagi pada majlis penganugerahan berprestij.

Apa pula komen empunya badan, Fouziah Gous mengenai isu ini? GUA berkesempatan bertemu dengan pelakon drama bersiri, 'Julia' ini ketika di majlis Post Party yang diadakan sejurus selesai majlis dan ini jawapannya.

"Saya tak nak ambil perkara ini terlalu mendalam sangat. Mungkin dia hanya melawak saja. Bagi saya, jika serius sangat pun, takut nanti orang akan bosan. Sewaktu dia cakap begitu pun, saya tak terkejut sangat dan menganggap ia sebagai satu jenaka saja," ujarnya yang enggan mengulas lanjut mengenai isu ini. - GUA.COM.MY

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Diana Danielle - Google Blog Search

Diana Danielle - Google Blog Search


Usah Pertikai Kehamilan Saya – <b>Diana Danielle</b> |

Posted: 09 Dec 2012 05:28 PM PST


Hati manusia mana yang tidak sedih apabila kehamilan sendiri dipertikai. Abang Nara faham perasaan gundah gulana Diana Danielle sekarang. Niatnya hanya mahu berkongsi berita gembira mengenai kehamilan, sayangnya banyak pihak yang mempersoalkan status kandungannya.

diana danielle hamil

Mana-mana wanita pun akan sedih apabila dituduh terlanjur sebelum nikah dan kononnya telah hamil sebelum sah menjadi suami isteri. Bagi Abang Nara, tak perlulah semua itu diperkatakan. Cukup ucapan tahniah dan doa agar kehamilan itu dipermudahkan sehingga bersalin kelak. Tak ke gitu?

dd
Membaca kata-kata Diana Danielle di dalam BiPop semalam, Abang Nara dapat rasa betapa sedihnya jiwa Diana Danielle. Kasihan sungguh padanya. Sudahlah mengandung, stress pula dengan tohmahan yang bukan-bukan. Sedikit petikan untuk anda semua di bawah:-

Apa pun orang nak bercakap mahupun mempertikai pernikahan saya dan Farid, jawapannya mudah sahaja, jodoh kami dah sampai. Apabila kami mempercepatkan pernikahan dan membuat pengumuman mengenainya, ramai pula yang tak puas hati. Mereka beranggapan macam ada sesuatu. Orang berkata kononnya usia kandungan saya lebih lama daripada tempoh pernikahan. Orang mempersoal baru 16 hari nikah takkan dah bunting pelamin? Tapi apabila Allah beri kami rezeki yang saya dan Farid sendiri tak jangka, takkan nak menolak? Biarlah orang nak bercakap apa sahaja. Kalau saya nafikan sekali pun, orang akan tetap bercakap, seperti mana yang mereka fikirkan. Mereka tidak percaya apa yang saya jelaskan, sebaliknya lebih mempercayai spekulasi. Jadi cakaplah selagi mereka belum puas. Saya tak mampu nak tutup mulut semua orang.

Kepada Diana Danielle, bertabahlah. Biarlah orang nak kata apa, yang penting anda sihat, kandungan anda sihat dan Farid Kamil sentiasa ada di sisi anda sepanjang kehamilan ini. Kepada pembaca BeautifulNara, marilah sama-sama kita doakan kebahagiaan pasangan pengantin ini. Amin ~~

Baca Yang Ini Pulak:-