Nuffnang

Sabtu, 22 Disember 2012

Juliana Evans - Google Blog Search

Juliana Evans - Google Blog Search


Yuna & <b>Juliana Evans</b> Selamat, Tempat Liyana Jasmay Bakal <b>...</b>

Posted: 30 Oct 2012 08:42 PM PDT


 

Menurut laporan media tempatan, sekurang-kurangnya lebih 84 terkorban (setakat jam 9 malam tadi) apabila Taufan Sandy membawa angin kuat dan hujan lebat di timur laut Atlantik membadai New York, Amerika Syarikat (AS), awal pagi semalam.

Berikutan bencana tersebut, semua pengangkutan awam di Amerika Syarikat seperti kereta api bawah tanah, bas dan kereta api antara wilayah dihentikan. Kota itu juga bergelap akibat terputusnya bekalan elektrik dan kejadian itu dilaporkan sebagai bencana alam paling teruk yang melanda kota metropolitan itu.

Meskipun begitu, media tempatan melaporkan bahawa semua rakyat Malaysia yang berada di sana berada dalam keadaan selamat, termasuklah tiga artis kita yang kini menetap di sana iaitu Liyana Jasmay, Juliana Evans dan Yuna Zarai.

Menurut Yuna dan Juliana Evans, tempat mereka yang masing-masing terletak di kawasan Malibu dan Michigan berada dalam keadaan selamat dan tidak dilanda Taufan Sandy.

Kawasan yang didiami oleh Liyana Jasmay bagaimanapun menghadapi sedikit gangguan bekalan elektrik, tetapi masih berada dalam zon selamat.

Sazzy Falak - Google Blog Search

Sazzy Falak - Google Blog Search


OMG Satukan Kembali <b>Sazzy Falak</b> & Razif Hashim - Gua.com.my

Posted: 01 Nov 2012 10:55 AM PDT

Kali terakhir muncul bersama sekitar tahun 2006 sebagai pasangan kekasih dalam drama bersiri, Gol dan Gincu, pengacara Sazzy Falak dan Razif Hashim kini disatukan kembali dalam sebuah program bual bicara wanita, OMG di saluran Diva Universal.

"Pada mulanya kami sendiri tidak tahu yang kami akan digandingkan bersama. Bila mengacara bersama, kami tidak mempunyai masalah sebab kami sendiri dah lama berkawan. Tidak dinafikan, saya sendiri pernah keliru dan pelik kerana kadang-kadang termasuk sikit watak Sasha dan Haikal ketika kami mengacara," ujar Sazzy ketika ditemui pada majlis pelancaran OMG, baru-baru ini.

Menurut Razif pula, "Ini kali pertama saya mengacara bersama dengan Sazzy. Sudah lama kami tidak bekerja bersama dan bila digandingkan, kami dapat melalui banyak pengalaman yang menyeronokkan. Kami tidak berhenti ketawa sepanjang sesi rakaman dan memang seronok sangat dapat bergandingan dengan Sazzy. Apa yang menariknya lagi, kelebihan kami adalah kami berkawan, jadi kami boleh kongsi pelbagai perkara ketika mengacarakan program ini."

OMG merupakan siri jenama baru yang dihasilkan untuk memberi inspirasi serta informasi kepada wanita masa kini. Program ini mengupas topik yang menarik melibatkan kerjaya, keluarga, persahabatan, perhubungan dan banyak lagi. Program 13 episod ini akan turut memperkenalkan tiga segmen utama iaitu OMG Celebrity, OMG Miss Chilled dan Oh My Gaji.

Antara selebriti jemputan yang menghiasi program OMG ini ialah Lisa Surihani, Jaclyn Victor, Hannah Tan, Mizz Nina, Noh Hujan, Deborah Henry, Alex Yoong dan Zainal Alam Kadir. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan program OMG bermula 5 November 2012, setiap Isnin jam 7.30 malam hanya di Diva Universal (saluran 702).

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


<b>Faizal Tahir</b> – Anti Graviti » RAHMAD GUITAR CHORDS

Posted: 22 Oct 2012 03:57 AM PDT

Faizal Tahir – Anti Graviti Lyrics & Chord

G Bm
Saat graviti lepaskan ku pergi
D G F# G Bm
Meninggalkan semua terbang ku tinggi
D
Ku mula semua baru

Bridge: G Bm D A

G
Bebas berlari
Bm
Waktu yang takkan menunggu
D A
Walau jauh ku tetap milikmu

G
Mahu ku satu
Bm
Mahu senyum selalu
D A
Memikirkan diriku yang memikirkan mu selalu

G Bm A
Anti graviti aku
G Bm A
Graviti aku kamu
G Bm
Saat graviti lepaskan ku pergi
D G F# G Bm
Meninggalkan semua terbang ku tinggi
D
Ku mula semua baru

G Bm
Biarkan bulan bersandarkan bahu
D G F# G Bm
Bintang berlegar di kiri kanan aku
A
Tetap pulang ku padamu
G
Jangan dibimbang
Bm
Waktuku tamat di sini
D A
Dan bermula episod baruku
G
Mahu ku satu
Bm
Mahu kau senyum selalu
D A
Memikirkan diriku yang memikirkan mu selalu
G Bm A
Anti graviti aku
G Bm A
Graviti aku kamu

G Bm
Saat graviti lepaskan ku pergi
D G F# G Bm
Meninggalkan semua terbang ku tinggi
D
Ku mula semua baru

G Bm
Biarkan bulan bersandarkan bahu
D G F# G Bm
Bintang berlegar di kiri kanan aku
A
Tetap pulang ku padamu

F#
Berdegup laju
G
Menunggu saat bersatu
A
Nantikan aku
Bm D
Kembali ke pangkuan mu
Em F# G
Dapatkah kamu menerima aku
F# E F# G
Mampukah waktu mengubati segala pilu yang lalu

G
Aku pulang
Bm
Aku pulang padamu
D
Kembali ku
A
Kembali padamu
G
Aku pulang
Bm
Aku pulang padamu
D
Kembali ku
A
Kembali padamu

G Bm
Biarkan bulan bersandarkan bahu
D G F# G Bm
Bintang berlegar di kiri kanan aku
A
Tetap pulang ku padamu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6ixth Sense - Google Blog Search

6ixth Sense - Google Blog Search


Alyah Harap Adi <b>6ixth Sense</b> Tidak Berkecil Hati | MyNewsHub

Posted: 18 Dec 2012 10:49 PM PST

KUALA LUMPUR – Penyanyi bersuara tinggi, Noor Hasliah Abu Hasan atau Alyah berharap komposer lagu Kisah Hati iaitu Adi (6ixth Sense) tidak berkecil hati dengan dirinya.

Alyah juga memohon maaf kepada Adi kerana tidak menyebut nama komposer itu setelah lagu itu diumumkan menang untuk anugerah Lagu Terbaik pada Anugerah Planet Muzik (APM2012) di Singapura, Sabtu lalu.

Gosip yang mengatakan Adi terasa hati kerana Alyah tidak merakamkan penghargaan kepada Adi sedang bertiup kencang dalam dunia seni suara ketika ini.

Namun, Alyah ikhlas memohon maaf kerana situasi yang berlaku pada malam itu telah membuatkan fikirannya serabut kerana masalah selisih faham dengan dua pereka fesyen tempatan.

"Saya ingin memohon maaf kepada Adi kerana tidak menyebut namanya ketika memenangi anugerah tersebut. Saya harap dia tidak terkilan.

"Waktu itu fikiran saya berserabut dengan masalah baju dan pada masa sama terkejut kerana memenangi anugerah yang tidak disangka itu. Bukan sengaja enggan menyebut namanya," kata Alyah yang dipetik dari laporan mStar Online.

Ekoran dari itu, Alyah berharap agar Adi memahami situasinya pada malam itu yang tidak berniat melupakan jasa komposer yang bernama Manusia Putih itu.

"Apa-apa pun, maafkan saya sekali lagi andai kata Adi terasa. Jujurnya saya tidak pernah melupakan jasanya yang mencipta lagu yang sangat menakjubkan itu sehingga menerima penghargaan seperti ini," katanya.

Sementara itu, dalam laporan di portal OhBulan!, Adi memaklumkan dia tidak berkecil hati dengan tindakan Alyah yang tidak mengucapkan terima kasih kepada dirinya atas pentas anugerah itu.

Bagi Adi, kemenangan Alyah malam itu sudah cukup bermakna buat dirinya.

"Bagi saya, asalkan lagu itu dah menang lagu terbaik kira bagus untuk saya sebenarnya. Kalau Alyah tak 'wish' dekat saya, saya tak kisah pun," kata Adi.

Beberapa hari lalu, Alyah dan pereka fesyen, Hatta Dolmat dan Rizman Ruzaini telah bercakaran di alam Twitter kerana pereka fesyen tersebut marah dengan tindakan Alyah yang tidak memakai baju hasil tangan mereka.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


<b>Elfira Loy</b> Didakwa Semakin Besar Kepala? | MyNewsHub

Posted: 10 Dec 2012 11:35 PM PST

Sejak membintangi drama Dalam Hati Ada Taman bersama pelakon terkenal Indonesia, nama Elfira Loy semakin popular dan menjadi sebutan.

Malah, apabila semakin banyak tawaran lakonan yang diterima, ada yang mendakwa yang Elfira kini sudah pandai berlagak diva.

Ia berikutan baru-baru ini Elfira telah menyusahkan penganjur kerana tidak menghadirkan diri ke sebuah majlis amal.

Sedangkan namanya sudah disebut-sebut akan terbabit pada acara itu.

Benarkah Elfira semakin besar kepala?

BACA: Inilah Aksi Pasang Rokok Paling Temberang Kat Dunia!

Menerusi Berita Harian, hari ini, Elfira ada menyangkal dakwaan itu. Gadis berusia 18 tahun itu memberitahu, perkara berkenaan hanyalah salah faham saja.

"Ini semua hanyalah salah faham. Memang pada awalnya saya ada berjanji untuk menyertai acara itu.

"Namun saya juga sudah memaklumkan, kehadiran saya banyak bergantung kepada jadual penggambaran pada hari terbabit.

"Pada waktu persetujuan diberi, saya lihat jadual saya memang kosong. Tetapi disebabkan ada perubahan jadual dan saya perlu menyelesaikan penggambaran secepat mungkin, saya terpaksa membatalkan hasrat menyertai acara itu," katanya.

Ditanya apakah dia sudah meminta maaf daripada pihak penganjur, Elfira memberitahu, dia tidak perlu berbuat demikian kerana tiada sebarang kesalahan dilakukannya.

Sebelum ini, Elfira turut dikatakan berlagak kerana mengaku hanya gemarkan barangan yang berjenama saja.

Tak tahulah jika betul Elfira bersikap begini, nampaknya kerjaya seninya tidak akan bertahan lama.

Sayang sekali kerana Elfira sememangnya mempunyai bakat lakonan yang bagus.

Diharapkan Elfira dapat berubah kelak.. Tak gitu?

Oleh: KASIH ISA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dafi af - Google Blog Search

Dafi af - Google Blog Search


GAMBAR MESRA <b>DAFI AF</b> DAN MILA AF

Posted: 15 Sep 2012 09:08 PM PDT

GAMBAR DAFI AF DAN MILA AF YANG SANGAT MESRA | Gambar Artis - Bekas peserta Akademi Fantasia, Dafi dan Mila baru-baru ini telah menukar gambar profile Instagram dengan gambar berdua bersama. Agak-agak korang, apa status mereka ye???

Azhar Sulaiman - Google Blog Search

Azhar Sulaiman - Google Blog Search


Pelakon <b>Azhar Sulaiman</b> mengaku telah murtad di facebook « Ustaz <b>...</b>

Posted: 21 Nov 2012 06:48 AM PST

PELAKON Azhar Sulaiman tanpa rasa bersalah mengaku secara terbuka bahawa dirinya telah murtad kerana menjadi ahli Umno dan menyokong Barisan Nasional melalui akaun facebook milik beliau.

Pengakuan itu dilihat untuk memerli Tuan Guru Nik Aziz yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia kononnya telah menuduh Umno murtad. Namun Tuan Guru Nik Aziz telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar milik Umno itu kerana memfitnah beliau.

Nampaknya Azhar Sulaiman yang mengaku sebagai ahli Umno terpengaruh dengan laporan akhbar pemegang rekod paling banyak kalah saman di mahkamah kerana sering melaporkan fitnah terutama berkaitan dengan isu politik.

Niat asalnya konon nak perli Tuan Guru Nik Aziz, nampaknya kali ini Azhar Sulaiman benar-benar perlu meminta pandangan ustaz berhubung kenyataan kontroversi secara terbukanya yang telah mengaku murtad di facebook.

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/11/pelakon-azhar-sulaiman-mengaku-telah.html#ixzz2CrsdUAke

Tags: ,

About ustazyusni

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang