Nuffnang

Isnin, 21 Januari 2013

Along Cham - Google Blog Search

Along Cham - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Along Cham</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Dec 2012 07:06 PM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Along Cham</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Oct 2012 12:00 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Along Cham</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Oct 2012 12:00 AM PDT


Gengster versi Angah, <b>Along</b> | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan

Posted: 09 Oct 2012 07:15 PM PDT

SEBUAH lagi karya arahan Ismail Bob Hasim kini menggegarkan panggung "Taikun", filem yang dikatakan merupakan genre aksi komedi pertama di Malaysia.

Mana tidaknya, jarang sekali watak gengster digalas oleh pelawak yang lebih sinonim dengan jenaka dan gelak ketawa.

Tidak hanya tertumpu kepada aksi mahupun komedi semata-mata,Taikun juga merupakan antara filem yang sarat dengan mesej-mesej berguna untuk disampaikan kepada penonton.

Apa yang pasti, penonton dikejutkan dengan pelbagai unsur suspen yang tidak disangka-sangka sepanjang tayangan filem itu.

Kurus dan gemuk

Percaturan yang menampilkan Angah Raja Lawak dan Along Cham sebagai peneraju utama ternyata satu pilihan yang tepat berdasarkan suasana gamat di dalam panggung pada majlis pratonton Taikun di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Ismail, gandingan dua orang pelawak dalam filem aksi seperti itu memberi nafas baharu serta kelainan berbanding filem-filem genre aksi sebelum ini.

"Selalunya sebut sahaja gengster, segera terbayang lelaki bertubuh sasa. Namun, dalam Taikun ada kelainan. Saya pilih seorang kurus dan seorang gemuk untuk pegang watak gengster," katanya ketika ditemui usai majlis pratonton tersebut.

ALONG dan Angah diberi kepercayaan menghidupkan karakter gengster menerusi filem Taikun.


Gandingan mereka kali ini bukan sahaja untuk membawa watak komedi, malah Angah dan Along turut diberi kepercayaan untuk membawa watak gengster yang mana mereka perlu beraksi ganas dan melakonkan babak-babak yang membabitkan lagak ngeri.

Kata Angah pula, kesemua babak lagak ngeri dan ganas yang dipaparkan menerusi Taikun dilakukannya sendiri.

"Memang kami buat sendiri semua aksi itu sepanjang sebulan penggambaran, langsung tidak guna khidmat pelakon lagak ngeri," ujarnya.

Bagi Along pula, dia mengakui semangat serta komitmen perlu tinggi untuk mengatasi cabaran berdepan dengan aksi-aksi sukar.

"Puas rasanya apabila semua aksi dapat dilakukan sendiri walaupun kadang-kadang tenaga dah kurang dan keletihan tetapi kita buat juga sebab nak kejar masa" katanya mengenai pengalamannya berlakon dalam filem ke-65 terbitan Metrowealth milik David Teo yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh negara itu.

Dua kumpulan gengster

Selain Angah dan Along untuk karakter utama, Taikun turut mengetengahkan lakonan Adiba Yunus, Zul Supia'an, Alex Yanz, Adey Syafrein dan Liana Rafiai.

Taikun mengisahkan dua orang kawan baik Tai (Angah Raja Lawak) dan Kun (Along Raja Lawak) yang mempunyai masalah dengan pihak berkuasa.

Sikap mereka yang suka bergaduh dan mencuri menyebabkan mereka bertembung dengan ahli-ahli Geng King Cobra dan Geng Black Rose.

Oleh kerana Tai dan Kun telah berjaya membelasah ahli kedua-dua kumpulan gengster tersebut dengan teruk, ketua Geng Black Rose, Manan (Zul Supia'an dan ketua Geng King Cobra, Sarip (Alex Yanz) tertarik dengan kehebatan mereka.

Tai dan Kun lalu dilamar untuk menyertai kumpulan gengster masing-masing oleh Manan dan Sarip.

Sikap tamak Tai dan Kun telah menyebabkan mereka menerima pelawaan kedua-dua Manan dan Sarip tanpa mengetahuan Geng Black Rose dan Geng King Cobra yang merupakan musuh ketat dan sering bergaduh selain bersaing dalam perniagaan video cakera digital (DVD) cetak rompak.

Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


Pelakon <b>Didie Alias</b> Nak Jadi Penyanyi Pula! | MyNewsHub

Posted: 20 Jan 2013 09:59 PM PST


KUALA LUMPUR – Dalam diam-diam, pelakon Didie Alias ketika ini dalam proses untuk menjadi penyanyi pula selepas sudah lama berkecimpung dalam dunia lakonan dan pengacaraan.

Didie memberitahu dia bakal mengeluarkan singlenya tidak lama lagi.

Artis yang sering dikatakan mangsa fesyen itu juga memberitahu bakal mengadakan sidang media pada bulan Februari nanti.

Kata Didie, dia mahu melebarkan kerjaya seninya selain menerima banyak permintaan ketika menguruskan sesuatu acara.

"Insya-Allah, saya akan jadi penyanyi tahun ini. Mungkin saya akan buat sidang media mengenai pelancaran single pertama saya pada Februari depan.

"Tidak salah saya mencuba dan saya menyanyi pun disebabkan atas permintaan dalam show," kata Didie yang dipetik dari portal Murai.com.

Selain itu, keinginan Didie untuk menjadi penyanyi adalah ingin mencipta 'sejarah' artis komedi pertama yang menjadi penyanyi.

Pun begitu, Didie menegaskan dia tidak kisah dengan pandangan dan persepsi orang ramai terhadap dirinya.

"Kalau mengikut sejarah artis komedi wanita di Malaysia, masih belum ada lagi mana-mana artis komedi wanita yang buat single. Saya tidak kisah apa orang nak cakap dengan perancangan saya ini," katanya.

Tambah Didie lagi, single itu adalah ciptaannya sendiri mengikut cita rasa yang dirasakan sesuai untuk para pendengar.

"Untuk lagu tersebut, saya buat sendiri liriknya manakala muzik pula adalah hasil idea dan selera saya." Terang Didie.

Hingga kini, Didie masih lagi merahsiakan artis baru yang bakal berganding dengannya dalam singlenya itu.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Fauzi Nawawi - Google Blog Search

Fauzi Nawawi - Google Blog Search


Halang Datang Lokasi — <b>Fauzi Nawawi</b> Anggap Rita Rudaini Tidak <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2013 04:02 PM PST

Ketika para peminat menarik nafas gembira kerana dua aktress ini kini telah berbaik dari persengketaan selama tujuh tahun, ada kenyataan yang kurang senang keluar dari salah seorang mereka.

Mengulas tentang hubungan dengan Lisdawati yang kini sudah pulih, Rita Rudaini meletakkan syarat bahawa Fauzi Nawawi tidak boleh berada di lokasi penggambaran yang melibatkan dirinya.

BACA: Rita Rudaini Halang Fauzi Nawawi Datang Ke Lokasi

Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Fauzi Nawawi mendakwa yang keputusan Rita Rudaini adalah satu tindakan orang yang kurang matang.

"Sikap dia seperti budak belum matang. Saya sendiri tidak faham apa masalahnya sampaikan tidak mahu saya berada di lokasi penggambaran ketika dia ada," ujar Fauzi Nawawi.

Walaupun keliru dengan permintaan Rita Rudaini tersebut, Fauzi Nawawi berkata beliau akan bersikap professional & memenuhi syarat aktress tersebut untuk tidak berada di lokasi penggambaran.

Lisdawati & Rita Rudaini terlibat sama dalam sebuah drama araham Murali Abdullah yang kini sedang menjalani penggambaran sekitar lembah Klang.

Fouziah Gous - Google Blog Search

Fouziah Gous - Google Blog Search


(16 GAMBAR)Fahrin Ahmad, <b>Fouziah Gous</b> & Rozita Che Wan Di <b>...</b>

Posted: 13 Jan 2013 06:56 PM PST


Seronok juga menjadi pelakon kerana dapat berjalan-jalan ke negara orang sekiranya penggambaran dilakukan di luar Malaysia. Semenjak dua menjak ini Abang Nara perasan yang produksi tempatan suka bebenor shooting di Abu Dhabi dan Dubai. Mungkin nak feel Arab lebih kot.

rozita che wan

Yang terkini, Fahrin Ahmad, Fouziah Gous dan Rozita Che Wan telah terbang ke Abu Dhabi dan Dubai untuk penggambaran drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi dan Cinta Di Burj Khalifa. Turut sama terbang ialah Aiman Hakim Redza dan Noorkhiriah. Pasti seronok dapat berjalan-jalan di negara orang.

rozita che wan

Pastinya kedua-dua drama terbitan Zeel Production ini ditunggu-tunggu oleh peminat drama tempatan. Kalau tak silap, drama-drama ini akan ditayangkan di TV3. Tak sabar jugak nak tengok kecantikan Abu Dhabi dan Dubai di dalam drama ini. Sama-samalah kita nantikan waktu tayangannya kelak.

rozita che wan

13 lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Ibu anda ialah seorang pembohong

rozita che wan
rozita che wan
rozita che wan
rozita che wan
rozita che wan
rozita che wan
rozita che wan
rozita che wan
rozita che wan
rozita che wan
rozita che wan
rozita che wan
rozita che wan

Baca Yang Ini Pulak:-


Diana Danielle - Google Blog Search

Diana Danielle - Google Blog Search


Foto <b>Diana Danielle</b> & Farid Kamil Berbulan Madu Di Sydney <b>...</b>

Posted: 25 Dec 2012 08:25 PM PST

Pasangan yang baru saja melangsungkan perkahwinan mereka pada 3 November yang lepas ini kelihatan sangat gembira menjalani percutian bulan madu mereka.

Walaupun beberapa kontroversi telah timbul selepas majlis pernikahan dan persandingan mereka, itu tidak menghalang dari Diana Danielle & Farid Kamil untuk bercuti ke Sydney. Melalui foto dibawah, wajah Diana yang cantik kelihatan sedikit pucat mungkin kerana cuaca yang berbeza disamping dirinya yang sedang mengandungkan anak pertama.

Tapi, apa yang lebih menarik, seorang peminat bertuah yang menetap di Sydney telah mendapat peluang makan malam bersama Farid  & Diana apabila dia menegur Farid Kamil di laman Instagram.

Mari lihat beberapa keping foto bulan madu Farid Kamil & Diana Danielle selepas ini ya.

Tags: ,

aizat amdan - Google Blog Search

aizat amdan - Google Blog Search


Ramai Pertikai Keaslian Misai <b>Aizat Amdan</b>? | MyNewsHub

Posted: 07 Jan 2013 02:57 AM PST


Seluruh rakyat Malaysia malam tadi menyaksikan penyanyi lelaki, Aizat Amdan berjaya merangkul juara Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27) dengan membawakan lagu Terukir Di Bintang hasil ciptaan penyanyi wanita, Yunalis Zarai.

Aizat telah menggantikan tempat Yuna dalam pertandingan berprestij itu kerana Yuna tidak dapat menghadirkan diri ekoran dari jadual persembahannya yang padat di Los Angeles.

Pun begitu, Yuna tetap memberikan sokongan padu kepada rakan artisnya itu walaupun beberapa cerita negatif timbul sebelum AJL berlangsung.

Hasilnya, kepercayaan yang Yuna berikan kepada Aizat membawa tuah kerana lagu itu berjaya membuka mata ramai pihak akan bakat yang tidak ternilai ada dalam diri Yuna.

Selain itu, malam tadi ramai juga menyaksikan aksi Aizat yang bersahaja dalam menyampaikan lagu tersebut.

Rata-ratanya memuji penampilan Aizat yang tampaknya klasik dengan dibantu oleh artis-artis di bawah Palawan.

Paling menarik perhatian adalah imej Aizat yang mempunyai misai kerana menampakkan imejnya seperti artis negara, Allahyarham P.Ramlee.

Misainya yang tebal dan berwarna hitam itu menimbulkan reaksi pelbagai pihak hinggakan ramai yang mengatakan misai Aizat itu hanyalah misai palsu dan dilukis sahaja.

Kiranya, bukan kemenangan yang dipersoalkan oleh ramai pihak, tetapi, misai Aizat yang menjadi keutamaan perhatian penonton.

Satu jam yang lepas, Aizat telah memuat naik gambar misainya di laman Facebooknya dan juga Instagram bagi membuktikan misainya itu adalah asli.

Mungkin Aizat tidak mahu lagi orang ramai mempertikaikan penampilan misainya yang saling tidak ubah seperti seniman P.Ramlee.

Oleh: NAIMAH SHAARI
Sumber Foto: Facebook Aizat Amdan

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Neelofa - Google Blog Search

Neelofa - Google Blog Search


<b>Neelofa</b> Masih Setia Dengan Hans Isaac | OHBULAN!

Posted: 17 Jan 2013 07:07 AM PST

hans-isaac2

Lama juga kami rasa tak mendengar gosip-gosip dari Neelofa. Maklumlah, kalau dulu boleh kata setiap hari ada saja tajuk dengan nama Neelofa.

Terbaru dari selebriti ini, dia menafikan tuduhan yang mengatakan dirinya sedang bercinta dengan adik kepada seorang individu kenamaan tempatan. Dia yang ditemubual oleh sebuah tabloid tempatan turut menegaskan bahawa mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain.

"Kelakarlah macam mana cerita ini boleh timbul. Kami memang mengenali antara satu sama lain kerana sudah lama berkawan.

"Saya bukan sahaja kenal dia, malah sepupu dan ahli keluarganya juga saya kenal sejak usia saya 17 tahun lagi."

Namun apa yang lebih menarik perhatian OHBULAN! sebenarnya apabila Neelofa mengaku bahawa dia masih lagi setia dengan kekasihnya, Hans Isaac. Khabar angin tentang hubungan mereka berdua mula tersebar sekitar Oktober yang lepas dan menjadi topik hangat perbualan peminat.

Sumber : Utusan Malaysia

Tags: , ,