Nuffnang

Isnin, 22 April 2013

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


Cinta <b>Fizz Fairuz</b> dan Almy Nadia Kembali Bertaut | Berita Hiburan <b>...</b>

Posted: 10 Apr 2013 06:17 PM PDT

Cinta Fizz Fairuz dan Almy Nadia pernah bersemi selama lapan tahun lamanya, namun pada bulan February lalu Fizz mengejutkan semua pihak apabila dia bertunang secara senyap dengan seorang gadis yang juga peminatnya selepas tak lama berkenalan.

Namun, pertunangan itu hanya untuk jangka masa kurang dari seminggu kerana Fizz sekali lagi mengemparkan semua dengan berita putus tunang pula. Fizz yang menjawab pelbagai pertanyaan dari wartawan menggangap dirinya tertipu kerana wanita itu adalah isteri orang. Dan ketika itu Almy Nadia hanya bersikap berdiam diri atas apa yang terjadi pada Fizz.

ohartis-almynadia-fizzfairuz-1

Setelah pelbagai kontroversi yang melanda, cinta diantara Fizz dan Almy dikata kini kembali bertaut. Mereka sering dilihat keluar bersama. Walaubagaimanapun, Fizz sedar perbuatannya dulu telah melukakan hati banyak pihak terutamanya Almy kini mengambil sikap lebih berhati-hati demi menjaga hati Almy agar tidak tercalar lagi.

"Saya dan Almy masih lagi kawan dan kami sering keluar bersama. Tetapi kami beri ruang sedikit untuk masing-masing memulihkan keadaan gara-gara kesilapan saya dahulu. Lagipun saya tidak mahu terburu-buru, takut Almy kecewa lagi. Saya perlu menjaga hati dia dan keluarganya," tutur pelakon filem Nur Kasih The Movie itu.

OHARTIS: SEMOGA FIZZ LEBIH MENGHARGAI ALMY DAN KESETIAANNYA KALI INI, DAN PADA ALMY JANGAN TERLALU BERHARAP SELAGI SEGALANYA BELUM PASTI TAKUT ANDA KECEWA SEKALI LAGI.

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


(Gambar) <b>Alyah</b> Nekad Berhijab Sekembali Dari Mekah | Berita <b>...</b>

Posted: 15 Apr 2013 06:07 PM PDT

ohartis-alyah-bertudung-1

Bagi pengikut dan peminat penyanyi yang popular dengan lagu "Kisah Hati" ini pasti gembira dengan penampilan baru Alyah. Alyah yang kini nekad untuk berhijab sekembalinya daripada menunaikan umrah di Mekah baru-baru ini.

Berita gembira ini dapat dilihat melalui gambar-gambar yang dimuatnaik melalui laman sosial Instagram miliknya. Alyah seolah-olah mahu memberitahu semua peminatnya bahawa dia kini adalah "New Alyah" dengan penampilan bertudung.

"Alhamdulillah, sejak menunaikan umrah, saya nekad untuk terus berimej sebegini. Perubahan ini juga disebabkan satu insiden yang tidak boleh saya kongsi di sini di mana ia membuatkan hati saya terbuka untuk mengubah imej saya." Jelas Alyah.

ohartis-alyah-bertudung-3

ohartis-alyah-bertudung-5

ohartis-alyah-bertudung-2

ohartis-alyah-bertudung-4

Alyah berterima kasih diatas segala respon positif daripada kawan-kawan dan peminatnya. Dia juga berharap suatu hari nanti dia akan menjejakkan kaki lagi ke kota suci Mekah.

OHARTIS: KAMI TUMPANG GEMBIRA DENGAN PERUBAHAN BARU ALYAH. SEMOGA BELIAU KEKAL ISTIQAMAH DALAM PENGHIJRAHANNYA. TAHNIAH ALYAH.

<b>Alyah</b> Lancar Video Klip Kau Yang Terindah | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 01 Apr 2013 05:05 PM PDT

Video Klip Alyah

Pada 31 Mac lalu, penyanyi yang memiliki vokal mantap Alyah, telah melancarkan video klip rasmi untuk lagu hits-nya berjudul "Kau Yang Terindah."

Lagu yang mendapat sentuhan kreatif daripada komposer terkenal Citra dan lirik ditulis oleh Erma Fatima ini secara umumnya pernah menjadi runut bunyi untuk drama bersiri "Kau Yang Terindah" lakonan Emma Maembong dan Neelofa yang pernah ditayangkan di Slot Akasi, TV3 tahun lalu.

Untuk video klip ini Alyah telah menggunakan khidmat jurusolek Bosco dan stail pakaian daripada Yana Husin.

Berikut kami lampirkan video klip rasmi "Hanya Kau Yang Terindah" khusus untuk semua peminat Alyah. Enjoice! 

Tags: , ,

Farawahida - Google Blog Search

Farawahida - Google Blog Search


Jemah Ronggeng : #Jombaca Siapa Dia 6 : <b>Farawahida</b> Razali

Posted: 02 Jan 2013 05:51 PM PST

Pasti peminatnya tidak mengetahui bahawa Farawahida mula menyanyi sejak umur 6 tahun lagi . Kecik - kecik dah pandai menyanyi kan . Darah seni yang mengalir dalam tubuh nya diwarisi dari ayahnya Razali B Noordin . Paling membanggakan semua adik beradiknya pandai menyanyi dan mempunyai suara yang lunak merdu disuakai ramai . EH! iklan susu sekejap.  SINARAN PASPORT KEGEMILANGAN 2000,BINTANG RTM 2001,BINTANG URTV 2002 itu antara rancangan realiti yang telah disertainya .
Penyanyi yang bakal berusia umur 28 tahun pada 19/3/2013 ini berhasrat untuk menemui jodohnya  pastinya inginkan insan yang boleh terus menjaga serta melindunginya ,sama seperti insan lain yg mahu menyintai dan dicintai serta bgelar isteri dan ibu. Makan nasi minyak la nanti. Menjadikan bidang nyanyian sebagai sumber utama tidak mematahkannya menyimpan hasrat untuk  memiliki restoran dan juga butik sendiri . Tak sangka farawahida ni seorang tukang masak dan jahit yang baik . Kerlassss ~

Suratan dan kebetulan . Tanpa di duga pada tahun 2009 , Farawahida cuba untuk berlakon teater dalam Teater SINBAD dan ternyata ia berbakat dan disusuli dengan filem Baik Giler pada tahun 2010 dan kali ini digandingkan dengan Zizan Raja Lawak. Orang kalau dah berbakat semua boleh dibuatnya . Kata Fara bidang nyanyian tetap menjadi keutamaannya .
Twitter Farawahida : https://twitter.com/realFARAWAHIDA 

Faezah Elai - Google Blog Search

Faezah Elai - Google Blog Search


Foto : <b>Faezah Elai</b> Selepas Berpantang Makin Jelita! | Portal <b>...</b>

Posted: 10 Apr 2013 12:48 AM PDT

cb5ae4b69baa11e291e622000a1f9d57_7

Pelakon yang baru sahaja melahirkan puteri sulungnya bersama seorang penerbit dan pengarah terkenal, Faezah Elai kini telah kembali langsing dan cantik seperti sebelumnya.

Menerusi laman Instagram milik Faezah Elai, aktres ini telah kongsikan beberapa foto terkininya bersama si cilik, Dealova Heyrinna.

Bagi semua peminat aktres tersebut, jom layan foto-foto Faezah selepas ini dan bagi anda yang gemar minum teh tarik, jangan lupa untuk singgah ke kedai 'F.elai Teh Tarik' di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Kredit Foto : Instagram Faezah Elai

Tags: , ,

suki oiam - Google Blog Search

suki oiam - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>suki oiam</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Mar 2013 01:08 PM PDT


GAMBAR PERKAHWINAN <b>SUKI OIAM</b> 12 DISEMBER 2012 | Info <b>...</b>

Posted: 17 Dec 2012 01:13 PM PST

Perkahwinan Suki OIAM dan Jeremy Chong 12 Disember 2012

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu 'Terlalu Mencintaimu,' Suki Low atau lebih mesra disapa sebagai Suki OIAM telah melangsungkan perkahwinannya bersama jejaka pilihan, Jeremy Chong pada 12 Disember lalu di sebuah majlis tertutup di Pulau Pinang

suki oiam kahwin 4 perkahwinan suki oiam dan jeremy chong 12 disember 2012

Majlis perkahwinan ini turut diadakan di atas kapal Star Cruise Libra dan difahamkan hampir keseluruhan majlis perkahwinan tersebut ditaja termasuklah pakaian pengantin, set barang kemas dan lokasi majlis

Majlis resepsi yang berlangsung di 32 Mansion di Upper Penang Road

suki oiam kahwin 1 perkahwinan suki oiam dan jeremy chong 12 disember 2012

suki oiam kahwin perkahwinan suki oiam dan jeremy chong 12 disember 2012

suki oiam kahwin 2 perkahwinan suki oiam dan jeremy chong 12 disember 2012

suki oiam kahwin 3 perkahwinan suki oiam dan jeremy chong 12 disember 2012

30 Foto Perkahwinan <b>Suki OIAM</b> & Jeremy Chong | OHBULAN!

Posted: 16 Dec 2012 08:45 PM PST

Semua peminat sedia maklum penyanyi yang terkenal menerusi lagu 'Terlalu Mencintaimu,' Suki Low atau lebih mesra disapa sebagai Suki OIAM telah melangsungkan perkahwinannya bersama jejaka pilihan, Jeremy Chong pada 12 Disember lalu di sebuah majlis tertutup di Pulau Pinang.

Majlis perkahwinan ini turut diadakan di atas kapal Star Cruise Libra dan difahamkan hampir keseluruhan majlis perkahwinan tersebut ditaja termasuklah pakaian pengantin, set barang kemas dan lokasi majlis.

Majlis resepsi yang berlangsung di 32 Mansion di Upper Penang Road ini telah dihadiri oleh ahli keluarga serta sahabat terdekat pasangan tersebut. Selepas upacara memotong kek, 120 buah belon telah dilepaskan ke udara sebagai lambang simbolik yang meraikan percintaan kedua mempelai.

Beberapa minit lalu, Suki telah memuat naik beberapa foto majlis perkahwinannya yang telah mendapat sentuhan kreatif daripada Sunnysan Photography.

Jom layan foto Suki & Jeremy Chong selepas ini.

Sumber : Facebook Suki Low

Tags: , , , , ,

Selepas Berkahwin, <b>Suki OIAM</b> Tak Mahu Anak | OHBULAN!

Posted: 04 Dec 2012 08:05 PM PST

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu 'Terlalu Mencintaimu, ' Suki One In A Million (OIAM) dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya pada 12 Disember ini.

Sebuah majlis tertutup di sebelah pengantin lelaki bakal diadakan di Pulau Pinang dan konsep yang bakal dipilih adalah perkahwinan dalam taman serta diatas sebuah kapal Star Cruise.

Menurut Suki, pasangannya Jeremy mempunyai ciri-ciri lelaki idaman dan mereka saling memahami antara satu sama lain.

"Dia (Jeremy) selalu bersama saya termasuk berulang-alik dari Malaysia ke Taiwan dan Hong Kong sebelum ini. Saya rasa selamat apabila bersamanya. Dia juga tidak pernah mengongkong saya."

"Kami tidak berselindung antara satu sama lain. Dia seorang pendengar yang setia, malah memahami kerjaya saya sebagai seorang penyanyi. Dia sentiasa mahukan yang terbaik buat saya dan kami saling mempercayai," komen Suki mengenai teman lelaki.

Dalam pada itu, Suki akui masih belum bersedia untuk bergelar seorang ibu dan penyanyi ini memerlukan masa untuk menstabilkan kewangan serta kehidupan berkeluarga yang bakal dibina tidak lamam lagi.

"Soal anak, kami belum terfikir lagi. Tunggulah dua atau tiga tahun sebab buat masa sekarang kami mahu stabilkan kewangan dan kehidupan berkeluarga terlebih dulu."

Sumber : Kosmo Online!

Tags: , , ,

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


@ku SeOraNg WaNiT@....: Awek <b>Zizan Razak</b>? - bebelancinta03

Posted: 17 Apr 2013 01:04 AM PDT

Siapakah wanita yang berjaya mencuri hati Zizan Razak ini? Juliana Evans? Kaka? Emma Maembong? Atau mungkinkah Nora Danish? Menjadi persoalan betul apabila Zizan mengakui yang dia sudah jatuh hati dengan seorang wanita yang rapat dengan dirinya.

Yang menariknya, sempena hari jadi Zizan, wanita tersebut menghadiahkan sebuah iPhone 5 kepadanya. Untunglah Zizan. Namun begitu, wanita tersebut masih tidak mengetahui isi hati Zizan kerana dia masih tidak meluahkannya. Kata Zizan kepada Mstar Online:-

"Saya memang berkenan dengan seorang wanita yang cukup rapat dengan saya. Tetapi dia belum tahu lagi isi hati saya terhadapnya dan saya belum bersedia untuk memberitahunya."

Zizan mengakui yang dia jatuh hati dengan wanita tersebut kerana wanita tersebut bersifat sederhana dan tidak terlalu seksi. Namun persoalannya di sini, siapakah wanita tersebut? 

agak-agak korung saper ler awek dianie eh..hihihi..tertanya2 juga kan..
lepas jer berita nie keluar, wartawan aku tgk semua nak cari saper awek dia nie...

Jamal Abdillah - Google Blog Search

Jamal Abdillah - Google Blog Search


Pernah Lihat P.Ramlee Kena &#39;Boo&#39; - <b>Jamal Abdillah</b> | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2013 05:05 PM PDT

Jamal Abdillah

Mungkin ramai yang tidak tahu, di penghujung era zaman P.Ramlee, beliau sudah mula tidak diterima oleh peminat dan kebanyakan karyanya tidak mendapat sambutan lagi.

Bukan setakat disitu, lagu-lagu dendangannya juga ditolak mentah-mentah dan menurut Jamal Abdillah, dia melihat sendiri bagaimana P.Ramlee di'boo' ketika beliau muncul di pentas untuk membuat persembahan.

"Kejadian itu saya saksikan sendiri ketika saya masih kanak-kanak. Pada waktu itu saya menonton persembahan P. Ramlee dengan beberapa artis lain termasuklah A. Ramlie dan L. Ramli di Kuala Selangor.

"Ketika P.Ramlee muncul, dia kena 'boo'. Peminat sudah tidak boleh terima muzik dia lagi pada waktu itu sedangkan dia adalah satu nama besar dalam industri seni. Ia membuatkan saya rasa takut."

Tak sangka sampai begitu sekali layanan yang diterima P.Ramlee. Insan yang kita anggap sebagai seorang permata berharga rupanya dilayan seperti 'sampah' bila dia sudah mula tidak laku. Tak mustahil perkara yang sama akan terjadi pada selebriti-selebriti lain diluar sana, kan?

Nama sebenar P.Ramlee ialah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh. Beliau pernah dikurniakan pingat Ahli Mangku Negara (AMN) pada tahun 1962. Beliau pergi meninggalkan sejarah pada 29 Mei 1973 ketika berumur 44 tahun.

Sumber : mStar Online

Tags: , ,