Nuffnang

Isnin, 6 Mei 2013

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


<b>Alyah</b> kini bertudung setelah menunaikan umrah (4 Gambar)

Posted: 16 Apr 2013 12:27 AM PDT


Penyanyi popular dan fesyen ala Rihanna & Lady Gaga, Alyah kini sudah bertudung. Alyah yang baru sahaja pulang dari Mekah untuk menunaikan umrah telah melancarkan niatnya untuk bertudung.

Menyedari umur yang semakin meningkat, hatinya sudah terbuka untuk berubah dan menyatakan semua yang berlaku ini ada hikmah disebaliknya. Malah tindakan Alyah itu di sokong kekasihnya, Ramli MS. Gambar Alyah bertudung selepas ini.

Fauzi Nawawi - Google Blog Search

Fauzi Nawawi - Google Blog Search


Gambar Anak Teruna <b>Fauzi Nawawi</b> ~ MyTrueInfo.Net

Posted: 28 Mar 2013 07:10 PM PDT


Pasti ramai yang tidak mengetahui bahawa pelakon Fauzi Nawawi sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai empat orang anak bersama dengan bekas isterinya itu.
Anak-anaknya itu bernama Hainal Fatiha, 17, Fariz Hazwan, 16, Hana Farisha, 14, dan Fikri Hakimi, 11 tahun.
Kini, dia bahagia dengan rumahtangga keduanya yang dibina bersama pelakon Lisdawati dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak perempuan yang comel bernama Nur Aina Farhana, 4, dan Nur Aina Fazneesya, 3 tahun.
Anak terunanya itu saling tak tumpah macam ayahnya kan!
Semoga dapat menjadi anak yang soleh kepada kedua-dua orang tuanya di kemudian hari. InsyaAllah.

Erry Putra - Google Blog Search

Erry Putra - Google Blog Search


lagu tapi aku cinta (walau lebih tua) tak sindir sesiapa - <b>erry putra</b>

Posted: 01 Apr 2013 06:00 PM PDT

Lagu Tapi Aku Cinta (Walau Lebih Tua) Tak Sindir Sesiapa – Erry Putra | Erry Putra menjelaskan dia akan keluar dengan single baru dengan tajuk Tapi Aku Cinta (Walau Lebih Tua). Katanya, lagu berkenaan dipasarkan dalam masa terdekat selepas tak sampai tiga minggu menjalani proses lengkap untuk menyempurnakannya.

Namun timbul pula kontroversi mengatakan pemilihan tajuk lagu berkenaan seolah-olah menyindir rakan artis lain. Kononnya, Erry memang sengaja mencetuskan kontroversi dengan lagu tersebut yang didakwa ditujukan kepada teman-teman artis yang terlibat.

Bagaimanapun menerusi laporan Utusan Malaysia Online, Erry Putra menafikan dakwaan itu. Katanya, lagu Tapi Aku Cinta hanyalah sekadar lagu.

erry putra

"Mana ada. Tak ada niat langsung saya nak perli sesiapa. Itu cuma sekadar lagu. Memang tajuk itu kedengaran seperti mengata orang tapi saya tak buat begitu. Kalau ada yang terasa saya minta maaf. Namun jujurnya saya tak ada niat mengata orang apalagi kawan-kawan artis."

Selain itu, Erry juga akui dia sedang mengenali seorang wanita berstatus janda dan lebih berusia daripadanya. Namun wanita berkenaan hanyalah kawan biasa. Apapun, Erry tidak menolak kalau sudah berjodoh dengan wanita berkenaan.

"Macam inilah, saya tak nafi berkawan dengan orang yang lebih berusia ini membuatkan saya lebih selesa. Mereka lebih matang dan memahami… buat saya rasa tenang. Berbanding orang yang lebih muda, tak ramai yang faham kerja macam saya ini. Bila tak faham, buat saya serabut. Tak ikut trend atau jejak langkah sesiapa. semuanya bergantung pada jodoh. Macam saya kata, wanita berusia ini lebih memahami. Kerja macam saya yang tak menentu masa ini, memang memerlukan saya untuk mencari wanita yang memahami. Insya-Allah, kalau dah sampai jodoh, saya terima." Ujarnya dalam laporan berkenaan.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

CARIAN BERKAITAN

  • artis kontroversi 2013 (18)
  • lagu baru erry putra (4)
  • tapi aku cinta walau lebih tua (2)
  • erry putra kutuk dalam lagu (2)
  • erry putra lirik tapi aku cinta (2)

Tags: , , ,

Category: HIBURAN

Diana Danielle - Google Blog Search

Diana Danielle - Google Blog Search


Video Farid Kamil, <b>Diana Danielle</b> Ketika Sarapan

Posted: 19 Apr 2013 08:01 PM PDT

Pada: Sabtu, 20 April 2013 Video yang berdurasi 36 saat ini dirakamkan dan dimuatnaik ke dalam laman sosial KEEK.com sendiri oleh Farid Kamil suami kepada Diana Danielle ketika menunggu isterinya itu nak memasak untuk sarapan. Lihat perut Diana dah besar. Wah. Bahagia gitu, nak sarapan pun siap amik video dijadikan kenangan, jangan masa 'bermesra' nak rakam juga dah la. Keh keh.

Tag : , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Adam af - Google Blog Search

Adam af - Google Blog Search


VIDEO <b>ADAM AF</b> BERI CERAMAH TAZKIRAH ILMU - My Sumber

Posted: 24 Apr 2013 01:26 AM PDT

Video Adam AF beri ceramah tazkirah ilmu

adam af tazkirah video adam af beri ceramah tazkirah ilmu

Menerusi sebuah rakaman yang dimuat-naik dilaman pengkongsian video Youtube,Adam AF atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman dilihat sedang memberikan tazkirah yang penuh pengisian kepada para peserta Kem Ibadah Muthmainnah di SMK Aman Jaya Sg Petani,Kedah

Dengan ilmu agama yang ada, beliau juga dilihatkan sesuai untuk menjadi ikon serta contoh tauladan yang baik kepada remaja masa kini agar lebih mendalami Islam

Berikut adalah video yang berjudul Tazkirah Adam AF2 kepada para peserta Kem Ibadah Muthmainnah yang dipautkan dari laman Youtube

suki oiam - Google Blog Search

suki oiam - Google Blog Search


Zamani 84: GAMBAR Perkahwinan <b>Suki OIAM</b>

Posted: 16 Dec 2012 09:18 PM PST


Tahniah buat Suki (One In A Million) yang telah melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan, Jeremy Chong pada 12.12.12 yang lalu dalam satu majlis tertutup di Pulau Pinang. Zam baru saja melihat foto-foto perkahwinan mereka di blog OH BULAN, & sebagai peminat fotografi Zam boleh katakan kesemua gambar yang dihasilkan memang cun! Untuk  melihat 30 Foto Perkahwinan Suki OIAM & Jeremy Chong, anda boleh hit pada PAUTAN INI. Kredit info kepada Blog OH BULAN & Jurukamera Rasmi pasangan ini.

Bunkface - Google Blog Search

Bunkface - Google Blog Search


<b>Bunkface</b> Luahkan Rasa Kecewa Album Tak Laku – Perak Today

Posted: 30 Apr 2013 08:44 PM PDT

Kumpulan Bunkface mengakui pergerakan karier nyanyian mereka semakin perlahan lebih-lebih lagi apabila album kedua mereka iaitu Bunk Not Dead kurang diberi perhatian.

Vokalisnya, Sam atau nama penuhnya Shamsul Annuar Mohd Baharom berkata, ia sedikit sebanyak membuatkannya bersama dua lagi ahli iaitu Youk (Farouk Jafaar) dan Paan (Ahmad Farhan) agak kecewa selain mendapati peminat-peminat Bunkface seolah-olah semakin berkurangan.

"Kami tidak tahulah di mana silapnya kerana jika nak kata tak cukup promosi, ia sama sahaja seperti album pertama kami iaitu Phobia Phoney dan album itu benar-benar mendapat sambutan.

"Jadi kami anggap mungkin kami tersilap catur dengan muzik yang dibawakan di mana ia kurang menyengat di hati pendengar dan peminat.

"Atau kemungkinan lainnya, lagu konsep kami sudah tidak masuk dalam peredaran muzik sekarang. Saya tak pasti," katanya.

Tambah Sam, keadaan itu juga membuatkan tawaran undangan untuk mereka membuat persembahan juga berkurangan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Paan pula berkata, dia berasa pelik apabila peminat-peminat Bunkface sering bertanyakan tentang bilakah lagu-lagu mereka bakal muncul, sedangkan mereka sudah pun memiliki sebuah album baharu.

"Kami rasa pelik apabila peminat sering bertanyakan lagu baru. Sedangkan sudah jelas terpampang di Facebook kami mempromosikan Bunk Not Dead ," ujarnya.

Beritahu Paan, walaupun peredaran muzik sudah berubah, Bunkface tetap tidak akan mengubah konsep lagu 'punk rock' yang dibawakan.

Dalam pada itu, bagi mempromosikan semula album kedua Bunkface, kumpulan itu akan mengadakan konsert mini iaitu 'Bunk Not Dead Tour Malaysia' di lapan buah lokasi di seluruh negara tidak lama lagi.

"Saya harap dengan cara ini, para peminat dapat mendengar lagu-lagu baru kami yang sudah dilancarkan sejak pertengahan tahun lepas," tuturnya.

-mStar