Nuffnang

Ahad, 2 Jun 2013

Awan Band - Google Blog Search

Awan Band - Google Blog Search


Malam Bulan Di Pagar Bintang - <b>Awan Band</b> #Lirik @lagubestbest

Posted: 27 Mar 2013 08:45 AM PDT

Tajuk Lagu/ Song Title: Malam Bulan Di Pagar Bintang
Artis/ Artist: Awan Band
Album/ Info: Cover lagu P. Ramlee dengan muzik neo-rock serba baru oleh Awan Band

Video Muzik/ Music Video: Malam Bulan Di Pagar Bintang - Awan Band
Youtube

Lirik Lagu/ Lyrics: Malam Bulan Di Pagar Bintang - Awan Band
Malam bulan dipagar bintang
Makin indah jika dipandang
Bagai gadis beri senyuman
Pada bujang idaman

Duhai kasih ingin dimanja
Dengan cumbuan mesra
Untuk pelipur lara
Penawar dik asmara

Mmm.. mmm...
Mmm.. mmm...

Malam bulan dipagar bintang
Tambah seri cuaca malam
Murni sungguh ciptaan Tuhan
Bulan bintang lampu alam

Andai kata bintang menyepi
Bulan tidak berseri
Malam menjadi sunyi
Tidak berseri lagi

Altimet - Google Blog Search

Altimet - Google Blog Search


<b>Altimet</b> | World Youth Jazz Festival

Posted: 03 May 2013 12:00 AM PDT

Altimet is an award winning rapper, live entertainer, songwriter, producer, arranger, television and live event host. Ahmad bin Abdul Rahman, better known as Altimet, is recognized as an industry mover and among the "individuals who are shaping Malaysia" (August Man magazine August 2010 issue).

Making the decision to pursue solo career, Altimet was immediately offered a record and talent management deal by Kartel Records. He is experienced as a professional live entertainer and is second to none with over a decade's worth of quality performances from the smallest of gigs to prestigious concerts and award shows.

Tiz Zaqyah - Google Blog Search

Tiz Zaqyah - Google Blog Search


Itu Kehidupan Peribadi Saya- <b>Tiz Zaqyah</b> | - Beautifulnara

Posted: 12 May 2013 11:26 PM PDT


Susah sungguh menjadi artis di zaman moden ini. Kewujudan laman sosial seperti Instagram membolehkan perkongsian gambar dilakukan secara pantas. Namun perkongsian yang tidak dikawal ada kesannya yang tersendiri. Mungkin itu yang terjadi kepada Tiz Zaqyah.

tiz zaqyah

Kalau anda mengikuti Instagram Tiz Zaqyah, anda akan perasan beberapa keping gambar dirinya bersosial bersama rakan-rakan. Ada peminat yang meluahkan rasa kurang senang dengan perkongsian gambar-gambar tersebut. Namun Tiz Zaqyah ada alasannya yang tersendiri. Kata Tiz:-

Itu kehidupan peribadi saya, jangan kacau. Kalau orang boleh terima, okeylah, tapi jika sebaliknya, saya tak mampu buat apa-apa. Saya tak nafikan, dari dulu hingga hari ini, saya mahupun kawan-kawan artis yang lain akan bersosial jika kami mempunyai kelapangan. Tambahan lagi, bukan saya seorang saja yang memuat naik gambar bersosial di Instagram, sebaliknya rakan-rakan yang lain pun sama.

tiz zaqyah
Menurut Tiz, dia tidak mengganggu orang lain dengan perkongsian gambar-gabar tersebut. Tiz hanya mahu menjadi dirinya sendiri dan tak mahu hipokrit. Bagi Tiz, dia hanya jujur dengan kehidupannya. Kata Tiz lagi:-

Saya kenal diri saya, biarlah saya jadi diri sendiri. Jangan menghakimi seseorang itu begitu mudah. Apabila melihat gambar saya bersosial, jangan mudah melabel saya nie gadis yang tak baik. Artis lain pun ramai bersosial. Kadang-kadang tu saya sedih juga bila dapat tahu, rakan artis nie pergi bersosial tapi buat pengakuan mereka takpergi. Jangan menipu! Saya bersosial saya mengaku.

Sebagai manusia biasa, Abang Nara pun bersosial jugak. Cuma di tempat yang tidak sama dengan Tiz. Hanya kedai mamak dan kadang-kadang di court badminton tempat sosial Abang Nara. Mungkin Tiz sekali sekala pun boleh cuba bersosial di sana. Lebih tenang rasanya. Hehehe.

Baca Yang Ini Pulak:-


Along Cham - Google Blog Search

Along Cham - Google Blog Search


<b>Along Cham</b> ikut jejak langkah Angah - Tupai - Ada Hiburan, Ada Stail!

Posted: 29 May 2013 08:27 PM PDT

Tahun ini dilihat ramai artis di bawah naungan Metrowealth International Group (MIG) memilih untuk keluar daripada syarikat pengurusan yang diterajui oleh penerbit terkenal, David Teo.

Terbaru adalah pelakon komedi Along Cham yang memberitahu dia telah keluar dari MIG pada 14 Mei lalu kerana ingin mengembangkan kariernya sebagai seorang pelakon dan pengacara, sekaligus menafikan spekulasi tidak berpuas hati dengan pengurusan syarikat tersebut.

"Sebenarnya saya sudah keluar dari MIG sejak 14 Mei yang lalu. Ianya dilakukan dengan cara yang baik, sama seperti ketika saya nak tandatangani kontrak dulu.

"Bagi saya, jika kita mempunyai alas an kukuh untuk keluar dari MIG, David Teo pasti akan faham dan menerimanya.

"Janganlah masa sebelum nak dapat tawaran berlakon, kita bersikap baik. Namun bila nak keluar, buat hal pula. Siapa yang tak marah jika ada yang buat perangai begitu?," ujarnya ketika ditemui di majlis pra-tonton "Bro, Nampak Motor Gua?" di TGV Sunway Pyramid baru-baru ini.

Aktor berusia 30 tahun ini turut menafikan kemasukan Bobo yang terkenal dengan lagu parodi "Sayang" nyanyian Shae sebagai artis baru MIG sebagai salah satu punca dia membuat keputusan sedemikian.

"Ingin saya jelaskan bahawa rasa tidak puas hati saya dengan pihak pengurusan MIG bukanlah penyebab saya mengambil tindakan sedemikian.

"Saya juga ada dengar cerita yang mengatakan saya keluar dari MIG kerana kemasukan Bobo. Ianya tidak berkaitan langsung. Mengarut cerita itu," jelasnya yang mengakui turut ditawarkan sambungan kontrak, tetapi menolaknya secara baik.

Dalam perkembangan lain, filem terbaru Along, "Bro, Nampak Motor Gua?" arahan Razif Rashid telah mula ditayangkan di pawagam bermula 30 Mei ini.

Yuna - Google Blog Search

Yuna - Google Blog Search


baby <b>yuna</b> - Peta Mazey

Posted: 21 May 2013 05:31 PM PDT

the sweetest little yunacorn and her pretty mama.love this next one, yuna's happy place…baby yawns are pretty much the cutest thing ever.

all edited with my  Childs Play Photoshop Actions

Adira af - Google Blog Search

Adira af - Google Blog Search


BULANPURNAMA: (Gambar) <b>Adira AF</b> Kini Sudah Bertudung?

Posted: 11 May 2013 10:25 PM PDT

Adira dikatakan tampil dengan imej bertudung dalam satu program di Wangsa Melawati di sini baru-baru ini menimbulkan tanda tanya sama ada itu adalah penampilan terbaharunya atau sekadar sementara.
Bagaimana pun Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 22, berkata, penampilan bertudung itu sebenarnya ketika dia menghadiri kelas agama di bawah program Usrah Fitrah. Katanya, dia mengikut kelas agama itu selepas dicadangkan oleh rakan artis, Heliza Helmi.

"Sewaktu kami mengadakan persembahan di Perlis baru-baru ini, Heliza ada bercerita dan saya tidak sabar untuk datang ke kelas ini.
"Alhamdulillah, kawan-kawan yang sudah mengikuti kelas ini banyak membantu. Lagipun adalah menjadi kewajipan setiap insan untuk mendalami ilmu agama," katanya.
Penyanyi yang popular dengan lagu Ombak Rindu bersama Hafiz itu berkata, walaupun dia bertudung ketika menghadiri kelas agama, itu tidak bermakna dia akan terus bertudung. Jelas Adira, untuk tempoh ini dia lebih senang tampil dengan imej sedia ada dan apabila tiba masanya, dia juga akan mengenakan tudung seperti yang dituntut oleh agama Islam.


"Ya, saya pakai tudung ketika menghadiri kelas agama ini, di luar saya seperti biasa. Insya-Allah, bila sampai masanya saya juga akan bertudung tanpa dipinta oleh sesiapa.
"Sekarang ini saya ingin mendekatkan diri dengan ilmu agama sebagai pelengkap hidup. Di waktu yang sama, saya tetap meneruskan kegiatan dalam bidang seni kerana itu adalah sumber pendapatan saya," katanya yang kini aktif berlakon.


Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


Saya Dan Almy Nadia Sering Keluar Bersama – <b>Fizz Fairuz</b> |

Posted: 09 Apr 2013 06:40 PM PDT


Apakah? Apakah Almy Nadia tidak mengambil pengajaran daripada apa yang telah terjadi terhadap dirinya sebelum ini? Mengapakah sanggup keluar lagi dengan Fizz Fairuz? Jangan cuba menyemarakkan kembali perasaan yang telah terpadam itu. Nanti kelak takut membakar diri sendiri.

fizz dan almy nadia

Kalau ikut pandangan Abang Nara, Almy tak sepatutnya berkawan langsung dengan Fizz Fairuz setelah apa yang terjadi. Namun menurut Fizz Fairuz, mereka kini masih berkawan dan sering keluar bersama. Kata Fizz kepada Mstar Online:-

Saya dan Almy masih lagi kawan dan kami sering keluar bersama. Tetapi kami beri ruang sedikit untuk masing-masing memulihkan keadaan gara-gara kesilapan saya dahulu. Lagipun saya tidak mahu terburu-buru, takut Almy kecewa lagi. Saya perlu menjaga hati dia dan keluarganya.

fizz dan almy nadiaSepatutnya bukan Fizz Fairuz yang jaga hati Almy tetapi Almy sendiri harus mengambil langkah berhati-hati dengan tidak menjalinkan hubungan kembali dengan Fizz. Bukannya Abang Nara cemburu atau tidak suka melihat mereka berdua, tetapi episod duka yang terjadi dulu sudah cukup untuk dijadikan pengajaran buat Almy. Tak gitu?

P.S: Suspek kedua pembuli diketahui

Baca Yang Ini Pulak:-