Nuffnang

Rabu, 3 Julai 2013

Shila Amzah - Google Blog Search

Shila Amzah - Google Blog Search


<b>Shila Amzah</b> didera? – Perak Today

Posted: 19 Jun 2013 02:32 PM PDT

Sinar Harian Online berpeluang menemui anak gadis ND Lala ini di Majlis Pelancaran Anugerah Industri Muzik ke-20, hari ini.

"Saya rasa macam kat kem tentera," katanya sambil ketawa apabila diminta berkongsi cerita kehidupannya di Shanghai.

Shila memberitahu, terdapat beberapa tugas yang perlu dilaksanakan olehnya termasuk menurunkan berat badan.

"Pihak pengurusan di sana sangat teliti. Bos beri saya tugas-tugas tertentu yang saya perlu buat. Antaranya, belajar bahasa Mandarin, belajar lagu baru untuk persembahan dan turunkan berat badan.

"Saya perlu turunkan berat badan sebanyak 10 kilogram (kg). Dalam tempoh sebulan saya berjaya turunkan 5 kg. Saya perlu ke gimnasium selalu," katanya yang tidak mengambil sebarang daging sepanjang tempoh itu.

Shila juga memberitahu, dirinya mengambil masa seminggu untuk belajar lagu opera berjudul Time To Say Goodbye.

"Lagu opera memang tak pernah buat, jadi, itu cabaran untuk saya. Lagu itu untuk persembahan di majlis anugerah dan setiap majlis anugerah, lagu yang diberi berlainan.

"Pasaran opera di sana agak besar. Ia seolah-olah pendedahan buat saya kepada golongan selain golongan muda," katanya.

Mengulas soal perkembangan bahasa Mandarin yang dipelajarinya, Shila mengakui ia masih belum mencapai tahap standard.

"Untuk perbualan harian, saya dah lepas tapi untuk bahasa standard masih belum lagi.

"Sekarang saya 'disimpan' dulu. Mereka beri saya dua bulan untuk pelajari bahasa Mandarin sebab mereka ada projek besar untuk saya," katanya.

Menurut  Shila jadual hariannya kini sangat padat.

"Dunia saya, rumah, kerja dan gimnasium. Kalau nak berseronok, saya dan kawan-kawan akan ke taman tema," katanya.

Penyanyi Patah Seribu ini juga tidak lari daripada tekanan kerja.

"Kadang-kadang saya tertekan sebab mereka mempunyai harapan yang tinggi terhadap saya. Mereka anggap saya boleh buat apa saja," katanya.

Bercakap soal perkembangan albumnya, Shila bakal melancarkan album Melayunya yang kelima dalam masa terdekat dan album Mandarinnya pada bulan Ramadan nanti.

Shila bakal menjalani ibadah puasa di Shanghai.

- SINAR HARIAN

Hazama af - Google Blog Search

Hazama af - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Hazama af</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Apr 2013 03:46 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Hazama af</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Feb 2013 03:37 AM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Hazama af</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Dec 2012 03:51 AM PST


<b>Hazama AF</b> juara AF9

Posted: 12 Jun 2011 06:00 PM PDT

cik izyan | 6/13/2011 | 0 Komen

Hazama AF dinobatkan sebagai juara pada konsert akhir yang berlangsung di Dataran Putrajaya, malam Ahad. Dengan kemenangan itu, Hazama membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000 beserta sebuah piala sumbangan Astro.

Dia turut menerima sebuah kamera Sony Handycam bernilai RM 3,299 sumbangan Sony serta hamper dan wang tunai bernilai RM5,000 sumbangan Power Root. Pelajar kelahiran Perak ini telah diundi masuk pada konsert AF9 minggu ketiga, selepas pelajar Aida dan Amir digugurkan dalam program itu. Hazama telah membawakan dua buah lagu iaitu Pukau, nyanyian Tomok dan Cinta Teragung.

Sementara itu, Lena (Lenaber Haidir), 22, yang menjadi naib juara AF8 menerima wang tunai berjumlah RM50,000 beserta sebuah piala sumbangan Astro. Dia turut membawa pulang sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 sumbangan Sony serta hamper dan wang tunai sebanyak RM2,000 sumbangan Power Root. Lena mendendangkan lagu Dunia, nyanyian Bunkface dan lagu baru, Sisa Kisah Kita, ciptaan Kucidemak.

Sebagai pemenang tempat ketiga, Fina atau nama sebenarnya ialah Nur Shafinaz Jebat, 18, menerima wang sebanyak RM20,000 beserta sebuah piala sumbangan Astro. Selain itu, Fina menerima sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 sumbangan Sony serta hamper dan wang tunai sebanyak RM1,000 sumbangan Power Root. Fina membawakan lagu barunya, Menangis Lagi, ciptaan Edrie Hashim dan Satu Harapan , nyanyian Jaclyn Victor. -mStar

Tag: , , ,

kumpulan Fabulous Cats - Google Blog Search

kumpulan Fabulous Cats - Google Blog Search


The <b>Fabulous Cats</b> Muncul Dengan Ahli Baharu ~ KakiGosip.com

Posted: 28 Jun 2013 09:27 AM PDT

Kumpulan The Fabulous Cats (TFC) tidak kecewa apabila sering bertukar anggota sehingga menyebabkan perjalanan karier muzik mereka tergendala.

Vokalis utamanya, Cat Farish berkata, dia sering melihat perkara itu dari sudut positif dan menganggap kumpulan itu sebagai pelantar terbaik buat artis baharu untuk bertapak dalam industri muzik.

"The Fabulous Cats merupakan pelantar terbaik untuk artis-artis baru yang menyertainya mempamerkan bakat nyanyian mereka. Walaupun bersama dalam sebuah kumpulan, setiap ahli yang menganggotai kumpulan TFC diberi kebebasan sepenuhnya untuk menentukan hala tuju masing-masing.

'Saya gembira jika mereka merasakan penglibatan mereka dalam kumpulan ini terbaik untuk kerjaya mereka tetapi jika ada antara anggota TFC yang mempunyai visi yang lain atau lebih selesa bergerak secara solo, saya tetap akan memberi sokongan dan tidak akan menghalang", jelasnya.

Cat turut memperkenalkan dua ahli baharu iaitu Afif dan Hairool selepas Adeep dan Wangi meninggalkan kumpulan itu pada tahun lalu.

"Kehadiran Afif dikesan daripada program realiti Akademi Fantasia 9 manakala Hairool melalui laman sosial Facebook. Mereka berdua mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri," ujarnya.

Dalam pada itu, Cat berkata, selepas hampir dua tahun tanpa single terbaharu, TFC kembali mewarnai persada muzik dengan lagu Sebulatnya hasil ciptaannya.

Menurutnya kali ini mereka menampilkan muzik genre 'R&B Soul' yang jarang dibawa oleh kumpulan lain dalam industri muzik tempatan.

"Lagu Sebulatnya dicipta seawal tahun 2011. Walau bagaimanapun, rakaman single tersebut hanya siap awal tahun ini disebabkan situasi keahlian anggota TFC yang silih berganti.

"Pada awalnya, rakaman lagu Sebulatnya menampilkan kumpulan TFC ketika dibarisi saya, Zizie, Adeep dan Wangi.

"Namun apabila Wangi dan Adeep meninggalkan kumpulan ini pada 2012 tempat mereka digantikan dengan Afiq dan DJ Krates sehinggalah terpaksa dirakamkan semula bersama ahli terkini," jelasnya.

Malah katanya, muzik video lagu berkenaan telah pun diterbitkan dan turut menampilkan Tasha Shilla sebagai model.

The <b>Fabulous Cat</b> Kembali Dengan Single Terbaru &#39;Sebulatnya <b>...</b>

Posted: 26 Jun 2013 08:23 PM PDT

5

Setelah hampir 2 tahun tanpa single terbaru, kumpulan rap hip hop ternama tanah air, TFC kembali mewarnai persada muzik tanah air menerusi single terbaru mereka, 'Sebulatnya' bersama barisan anggota baru! Semalam 26 Jun 2013, TFC telah membuat pelancaran untuk single terbaru mereka ini di The Venue, Pavillion.

Lagu 'Sebulatnya' sebenarnya dicipta seawal tahun 2011. Walaubagaimanapun, rakaman single tersebut hanya siap awal tahun ini disebabkan situasi keahlian anggota TFC yang silih berganti. Versi lagu 'Sebulatnya' menampilkan barisan terkini TFC iaitu Cat Farish, Zizie barsama anggota baru Afif dan Hairool. Afif dikesan bakatnya dari program realiti AF9 manakala Hairool pula, menariknya bukan dari laman perkongsian video Youtube seperti lazim nya kini tetapi menerusi laman sosial facebook.

Kumpulan TFC meraih percapaian tertinggi dalam kerjaya mereka setakat ini menerusi album 'Hyper Kosmik' apabila mereka berjaya tercalon dalam Top 5 kategori 'Artis Berkumpulan/Duo Popular' Anugerah Bintang Popular BH tahun 2008.

Single terbaru ini adalah permulaan kerjasama di antara TFC dengan syarikat rakaman Nova Music.Sekian lama menyepi, Nova Music merasakan bahawa ini adalah masa terbaik untuk TFC membuat comeback lalu membuat tawaran kepada kumpulan ini lewat tahun lalu untuk bekerjasama dengan Nova Music dalam penghasilan single terbaru. Dalam banyak banyak lagu yang dicadangkan Cat Farish, pihak Nova akhirnya memilih lagu 'Sebulatnya' yang menpunyai melodi dan lirik yang menarik serta permainan suara yang luar biasa.

'Sebulatnya' kini mula mendapat kejayaan awal diradio apabila berjaya menembusi carta Suria30, CatsTop30, dan Top10. Lagu ini juga melatari drama bersiri popular kini 'Epilog Cinta Khirana' yang berisran di slot samarinda TV3 sebagai lagu tema.

Klip Video ' Sebulatnya' diterbitkan syarikat produksi Loulpop Pictures arahan Khairul Hazwan yang pernah bertindak sebagai pengarah klip-klip video ' Tapi Bagaimana(Spider)', 'Pendusta(Alif Satar)', dan 'Dia Lydia(Klangit)'. Kumpulan TFC sanggup ditahna seharian dilokap untuk mengikut papan cerita video klip 'Sebulatnya' yang turut menampilkan Tasha Shila dalam satu adegan pembunahan mengejut.

KB Shout : sebulatnya

kumpulan Estranged - Google Blog Search

kumpulan Estranged - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Jun 2013 01:27 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 29 May 2013 01:24 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 05 May 2013 01:35 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Apr 2013 01:40 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Feb 2013 01:17 AM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Jan 2013 01:46 AM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jan 2013 01:18 AM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Dec 2012 01:59 AM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Sep 2012 12:00 AM PDT


Muzik Video <b>Estranged</b> - Nyata » Wassupz!

Posted: 17 Sep 2012 09:48 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Kumpulan Estranged sememangnya sudah mencipta nama dalam industri hiburan apabila kehadiran single pertama mereka "Itu Kamu" berjaya menambat hati pendengar dan memenangi lagu terbaik dalam Anugerah Juara ...

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Jan 2013 01:45 AM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jan 2013 01:28 AM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Jul 2012 01:39 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jul 2012 01:49 PM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Jun 2012 01:28 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2012 01:44 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 18 May 2012 01:09 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 14 May 2012 01:08 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Apr 2012 01:28 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Apr 2012 01:23 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Apr 2012 01:39 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Mar 2012 01:15 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Mar 2012 01:17 AM PDT


Tausug Bayan: MANIA Mencetuskan Revolusi Super Star!

Posted: 11 Mar 2012 06:15 PM PDT


Bagi mencapai matlamat untuk mengukuhkan lagi kedudukan sebagai peneraju utama kandungan dalam dunia penyiaran, Astro dengan berbesar hati membawakan sebuah lagi projek hebat berjudul Mania yang bakal menggegarkan industri muzik tanah air. Program yang akan menyaksikan pertembungan sengit penyanyi-penyanyi hebat berbakat besar yang akan bekerjasama dengan penerbit muzik tersohor di rantau ini bakal bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam bermula 17 Mac 2012 secara eksklusif di saluran 104.
Berkonsepkan pertandingan nyanyian, program Mania ini akan dikemudikan oleh Aznil Haji Nawawi yang telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara selama 10 minggu bersiaran.

Program Mania bakal menyaksikan dua belas (12) penyanyi terkenal iaitu Stacy AF6, Jaclyn Victor, Hafiz AF7, Shila Amzah, Hazama AF9, Atilia, Akim AF7, Alyah, Kumpulan Estranged, Adira AF8, Kumpulan Kristal dan Awi Rafael yang akan berentap untuk membuktikan bakat dan kebolehan menyanyi masing-masing sekaligus dinobatkan sebagai juara di kalangan yang terbaik.
Tiga (3) orang ikon muzik tersohor telah diberi amanah untuk memikul tanggungjawab sebagai penerbit muzik untuk program Mania yang mana empat (4) orang penyanyi akan diletakkan di bawah bimbingan dan pemerhatian mereka. Mereka juga diberi kuasa untuk memilih sendiri penyanyi-penyanyi yang akan dibimbing kelak. Ikon-ikon tersebut adalah Dato' M Nasir, Ahmad Dhani dan Aubrey Suwito.

Uniknya program ini, sebanyak tiga (3) orang penyanyi lagi akan diserap masuk menyertai pertandingan ini yang akan dipilih menerusi undian Hot Seat secara online, menjadikan jumlah keseluruhan peserta adalah seramai 15 orang. Penyanyi-penyanyi yang terpilih ini juga akan diletakkan di bawah bimbingan penerbit muzik terlibat yang akan ditetapkan sendiri oleh pihak Astro.

Tempoh talian undian Hot Seat secara online akan dibuka bermula pada 20 Februari 2012 sehingga 16 Mac 2012, jam 12.00 tengah hari. Untuk mengundi, orang ramai hanya perlu melayari laman sesawang rasmi program Mania di www.mania.com.my. Para peminat kini boleh menilai dan mengundi calon-calon peserta yang digemari untuk diserap masuk ke program Mania.
20 orang penyanyi yang akan dipilih menerusi undian secara online adalah Idayu (AF2), Akma (AF3), Noni, Ebi, Shawal (AF5), Riz, Toi, Nadia (AF6), Aishah, Aril (AF7), Daus, Maulana (AF8), Azri, Kay, Lena, Erul, Fina (AF9), Chaq, Fiq dan Mohd (Mentor).

Program Mania akan menggunakan format pemarkahan 100% undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang mana peserta dengan undian terendah setelah talian ditutup di akhir konsert mingguan pada setiap minggu akan tersingkir. Cara-cara untuk mengundi akan diumumkan dari semasa ke semasa di saluran Astro Ria.
Juara Mania bakal membawa pulang hadiah lumayan iaitu wang tunai berjumlah RM500,000. Manakala naib juara dan tempat ketiga pula masing-masing akan memenangi RM200,000 dan RM100,000. Bukan itu sahaja, penerbit muzik yang berjaya membimbing mana-mana penyanyi di bawah pengawasannya sehingga dinobatkan sebagai juara juga akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM300, 000.
Jangan lupa saksikan program Mania menerusi Astro Ria pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam bermula 17 Mac 2012 secara eksklusif di saluran 104!

# Tak sabar nak tgok

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Mar 2012 01:43 AM PDT


Kenapa Jamaluddin Jarjis nak join <b>kumpulan Estranged</b> ? » Isu <b>...</b>

Posted: 24 Mar 2012 08:31 AM PDT

Ulasan Konsert Mania Minggu Pertama | Sensasi Selebriti

Posted: 19 Mar 2012 04:47 PM PDT

Pada malam Sabtu lalu, telah berlangsung, siaran live minggu pertama program realiti hiburan Mania di Studio 1, Pusat Penyiaran Asia Astro, Bukit Jalil. Evolusi 'Superstar' kini bermula. Konsert pemilihan minggu pertama Mania Sabtu lalu menyaksikan persembahan oleh empat artis terkenal iaitu Stacy, Kumpulan Estranged, Atilia dan Akim.

Penerbit Muzik Dato' M. Nasir telah membuat pilihan yang agak menarik apabila memilih Stacy yang terkenal dengan lagu-lagu berentak pantas. Penerbit Muzik dari Indonesia pula iaitu Ahmad Dhani telah memilih Atilia, Kumpulan Estranged dan Akim sebagai ahli kumpulan HIJAU. Manakala Penerbit Muzik Aubrey Suwito masih belum memilih bintang yang akan dibimbing.

Ebi ialah salah seorang peserta yang telah terpilih untuk menyertai Mania menerusi undian 'Hot Seats' telah membuat persembahan di hadapan kesemua Penerbit Muzik Mania. Ebi akan berada di bawah bimbingan Dato' M Nasir untuk digilap menjadi 'Superstar'.

Bintang manakah pula yang akan membuat persembahan untuk menambat hati Dato' M Nasir, Ahmad Dhani dan Aubrey Suwito pada minggu ini? Bintang manakah pula yang terpilih untuk menyertai Mania menerusi 'Hot Seats'? Sama-sama kita saksikan.

Menurut komposer M. Nasir, Stacy menjadi pilihan kerana dia yakin bakat dan potensi juara Akademi Fantasia musim keenam itu boleh diperhebatkan.

"Saya tertarik dengan kegigihan, disiplin dan komitmennya ketika mengadakan sesebuah persembahan. Kemahiran dan kesungguhannya boleh diperhebatkan lagi. Stacy takkan selama-lamanya membawakan genre 'pop dance', dia perlu diberikan lagu-lagu lain yang bersesuaian dengan kemampuan vokalnya,"

Diminta mengulas mengenai reaksi terkejutnya apabila ditetapkan oleh program itu untuk menerima Ebi, komposer lagu Awan Nano itu berkata ia adalah satu cabaran yang perlu dilaksanakan.

"Ini adalah format yang telah ditetapkan program ini. Pada aspek rakaman, vokalnya (Ebi) mungkin boleh diperbaiki. Tetapi aspek persembahan dan karakter di pentas itu memerlukan pengubahsuaian yang banyak. Susah juga hendak cakap kerana masih terlalu awal," katanya yang masih berbaki tiga kekosongan lagi.

Minggu pertama program itu menyaksikan persembahan empat penyanyi iaitu Stacy dengan lagu The Edge of Glory nyanyian asal Lady Gaga, Atilia menerusi Gelombang (Salamiah Hassan), Estranged menampilkan Rozana (Search) dan Akim dengan Demi Cinta (Kerispatih), selain Ebi dengan lagu We Will Rock You (Queen).

Dalam pada itu, komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani mendahului senarai penyanyi pilihannya apabila memilih kumpulan Estranged, Atilia dan Akim. Bekas anggota kumpulan Dewa 19 itu berkata, tiga calon tersebut menjadi pilihan kerana kepelbagaian yang ditawarkan mereka.

"Saya mencari elemen variasi pada penyanyi-penyanyi di bawah empayar saya. Mereka menjadi pilihan kerana saya mencari penyanyi solo lelaki, solo perempuan dan kumpulan. Saya pilih Atilia kerana sudah lama tidak terlibat dalam pembikinan muzik jazz dan r&b sejak kali terakhir saya terbitkan album penyanyi Reza pada 1997. Saya ada banyak stok lagu genre itu," katanya yang berbaki dua tempat di bawahnya lagi.

Berbeza dengan M. Nasir dan Ahmad Dhani, seorang lagi komposer Aubrey Suwito masih tidak membuat sebarang pilihan pada persembahan minggu pembukaan itu.

"Mereka (M. Nasir dan Ahmad Dhani) terlalu membuat pilihan, saya tidak sempat untuk memilih mana-mana penyanyi daripada senarai minggu ini," katanya secara berseloroh.

Mania membariskan 12 penyanyi iaitu Adira, Akim, Atilia, Awi Rafael, Alyah, Hafiz Suip, Hazama, Jaclyn Victor, Shila Amzah, Stacy, kumpulan Estranged dan Kristal, selain tiga peserta yang dipilih menerusi undian tertinggi Hot Seat.

Setiap komposer akan membimbing lima penyanyi dalam persaingan untuk merebut hadiah utama bernilai RM500,000 untuk juara, RM300,000 (naib juara) dan RM100,000 (tempat ketiga).

Penerbit muzik yang berjaya membimbing penyanyi sehingga menjadi juara juga akan membawa pulang RM300,000.

Program yang menggunakan format pemarkahan 100 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton ini disiarkan secara serentak pada setiap Sabtu pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104), Astro Prima (saluran 105) dan live streaming di laman web www.mania.com.my. – via Mstar

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Mania Konsert Pertama Producer Pilih Artis ~ Life in The Fab Lame!

Posted: 18 Mar 2012 04:17 PM PDT

Kumpulan Bunkface Artis Jemputan untuk Konsert Pengenalan Mania

Stacy Penyanyi Mania pertama yang membuat persembahan (GREAT!!!)

Pada malam Konsert Pengenalan Mania sabtu lalu penonton di rumah telah disajikan dengan persembahan 3 penyanyi asal yang dipilih untuk mania, rina kelaskan sebagai okay, one Great!!! and the hot seat ticket singer was totally O-U-T and totally H-O-R-R-I-B-L-E!!
However Stacy performance was tottaly Great! sebagai penyanyi mania yang pertama membuat persembahan Stacy memang tak menghampakan penonton dan peminatnya, Stacy menyanyi lagu Edge Of Glory by Lady Gaga "for me" Stacy was FLAWLESS! suara stacy memang mantap dan bertenaga dari mula menyanyi hingga akhir dengan melakukan tarian (bukan tarian yang ala kadar pulak tu) dan daripada reaksi ketiga-tiga producer semuanya memang nakkan Stacy tapi akhirnya Datuk M.Nasir yang dapat (pastinya gembira)
Kemudian Atilia dengan lagu yang pernah dinyanyikan ibunya sendiri Salmiah Hassan, lagu Gelombang, Atilia nyanyi lagu tersebut dengan cara jazz, mula nyanyi tu agak slow dan actually i was bored to d-e-a-t-h lol and then agak almost halfway ada rancak sikit so okaylah taklah bored sangat :) Atilia kemudiannya dipilih untuk bernaung di bawah empayar Ahmad Dhani.
Kumpulan Estranged pula membuat persembahan yang ketiga, nanyi lagu Rozana...errmmm.. sama jugak macam Atilia mula so slow... and then guitaris naik stage baru tempo lagu semakin rancak "i like" but i still think its just okay, dan kemudian Estranged dipilih bernaung di bawah empayar Ahmad Dhani .
Persembahan yang keempat pula ialah Akim (memang tunggu-tunggu performance Akim) nyanyi lagu Demi Cinta walaupun rina peminat Akim tetapi agak dissapointed sikit too slow and draging too long that song ohh..my. mungkin lagu yang dipilih Akim tu yang tak sedap :( walau apapun tahniah sebab Akim telah dipilih untuk bernaung di bawah empayar Ahmad Dhani (Rina harapkan Akim di bawah M. Nasir)
Kemudian Persembahan kelima dan terakhir pada konsert pertama mania sabtu lalu, Pengacara Pak Nil mengumumkan peserta tiket Hot seat yang pertama.. Ebi kornelis.. lerr menyanyi lagu We Will Rock You by kumpulan Queen nak kata semangat nyanyi tersebut taklah... gedik adelah, dahlah nyanyian banyak sumbang, so horrible!! kemudian performance yang so mengada-ngada!! seriously!! so mengada-ngada verry OVER!!! Kalau nyanyi sedap persembahan over tu mungkin rina masih boleh pejam setengah mata tapi ni tak... macam syok sendiri ler pulak persembahan si Ebi ni..sumbang,huru-hura and TAK ADA QUALITY LANGSUNG!,  tapi yang menambah lagi cuka di luka setelah si Ebi ni habis buat persembahan, bagi peserta Hot seat produser tak boleh pilih, Astro yang pilih produser untuk peserta hot seat, so the lucky producer (LOL)  untuk Ebi Kornelis ialah Datuk M. Nasir... so then si Ebi bersujud! OMG so Overacting! like it look so pathetic!! mungkin cara rina deskripsi pasal Ebi Kornelis ni uols tak faham jika tak lihat performance dan apa yang dilakukan oleh Ebi masa konsert ni... but long story short Apsal ler Ebi dipilih masuk Hot Seat? cakap nak cari Superstar Malaysia tapi pilih yang begini??   tak masuk akal...

Stacy Nyanyi Lagu Lady Gaga-Edge Of Glory pada konsert pertama mania Great!!

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Feb 2012 12:00 AM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Estranged</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Feb 2012 12:00 AM PST


Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi <b>...</b>

Posted: 23 Feb 2012 02:22 AM PST

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani berkata pembabitannya dalam program realiti terbaru Astro, Mania adalah berteraskan jalinan perniagaan dan persefahaman dengan stesen televisyen berbayar itu.

Dia turut menolak dakwaan kononnya penyertaan tersebut adalah sebagai cara Astro memujuk selepas stesen itu terpaksa mengetepikannya daripada tugasan pengetua Akademi Fantasia) musim kesembilan (AF9) ekoran kontroversi kenegaraan, pada tahun lalu.

"Ia tiada kaitan dengan isu memujuk. Saya seorang penggiat muzik yang profesional. Saya tidak pernah memikirkan perkara yang lepas.

"Saya dan Astro sememangnya sudah menjalin hubungan perniagaan sejak beberapa tahun lalu. Apabila ditawarkan peluang ini, saya tidak mampu untuk menolak," katanya ketika ditemui mStar Online, di sini.

Ahmad Dhani atau nama sebenarnya Dhani Ahmad Prasetyo, 39, ditemui selepas pelancaran program berkenaan di Publika, Solaris Dutamas, baru-baru ini.

Mengulas mengenai penglibatan sebagai penerbit muzik bagi peserta Mania, Ahmad Dhani berkata dia yakin tidak berdepan kesulitan untuk membimbing peserta yang terdiri daripada penyanyi popular tanah air itu.

"Saya percaya tidak akan timbul masalah atau kesulitan besar kerana mereka (peserta) adalah penyanyi profesional yang sudah mempunyai pengalaman dan asas nyanyian, bukannya orang baru," katanya.

Selain penyanyi kumpulan Dewa 19 itu, para peserta Mania turut dibimbing dua penerbit muzik tanah air iaitu Datuk M. Nasir dan Aubrey Suwito.

Mania bakal membariskan 12 penyanyi iaitu Adira (AF8), Akim (AF7), Atilia, Awi Rafael, Alyah, Hafiz Suip (AF7), Hazama (AF9), Jaclyn Victor, Shila Amzah, Stacy (AF6), kumpulan Estranged dan Kristal.

Sementara itu, Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata pemilihan komposer Indonesia itu adalah berdasarkan bakat dan potensi untuk meluaskan jaringan pemasaran penyanyi-penyanyi berkenaan ke republik itu.

"Ia mungkin kelihatan seperti itu (memujuk) tetapi sebenarnya tidak. Pemilihan Dhani tiada kaitan dengan kes AF, kerana ketika program itu berlangsung saya masih belum menyertai saluran Ria.

"Kami memilih Dhani untuk meluaskan pasaran artis-artis yang bertanding ini ke Indonesia. Dia adalah peluang dan jambatan yang baik kita untuk ke sana," katanya.

Selain 12 peserta itu, Mania turut membuka tiga lagi tempat daripada 20 calon yang akan dipilih secara undian dalam talian (online) dinamakan Hot Seat.

20 calon Hot Seat yang bakal merebut tiga tempat itu adalah Idayu (AF2), Akma (AF3), Noni (AF5), Ebi (AF5), Shawal (AF5), Riz (AF6), Toi (AF6), Nadia (AF6), Aishah (AF7), Aril Pilus (AF7), Daus (AF8), Maulana (AF8), Azri (AF9), Kay (AF9), Lena (AF9), Chaq (Mentor), Fiq (Mentor) dan Mohd (Mentor).

Pemilihan tiga lagi peserta itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan peserta yang bakal bertanding sebanyak 15 orang.

Kesemua peserta akan dibahagikan kepada tiga kumpulan, di mana setiap kumpulan itu akan dibimbing oleh seorang komposer setiap satu.

Program yang menggunakan format pemarkahan 100 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton ini menawarkan RM500,000 untuk juara, RM300,000 bagi naib juara dan RM100,000 kepada tempat ketiga.

Penerbit muzik yang berjaya membimbing penyanyi di bawah kelolaannya sehingga bergelar juara juga akan membawa pulang RM300,000.

Talian undian Hot Seat akan dibuka bermula 20 Februari sehingga 16 Mac depan, pukul 12 tengah hari.

Bakal diacarakan oleh Aznil Haji Nawawi, Mania akan bersiaran pada 17 Mac depan selama 10 minggu pada setiap Sabtu pukul 9 malam secara langsung di Astro Ria (saluran 104).

Untuk undian Hot Seat dan maklumat lanjut mengenai program ini, layari www.mania.com.my.

kumpulan Spider - Google Blog Search

kumpulan Spider - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Spider</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jun 2013 01:15 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Spider</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jun 2013 01:27 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Spider</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jun 2013 01:32 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Spider</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Apr 2013 01:45 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Spider</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Apr 2013 01:42 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Spider</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Mar 2013 01:30 AM PDT


Muzik Video: <b>Kumpulan Spider</b> Lancarkan MV Rasmi "Tapi - OhBulan

Posted: 09 May 2012 11:19 AM PDT

Siapa lagi yang masih belum mendengar lagu berjudul "Tapi Bagaimana" oleh kumpulan Spider ini? Kalau belum, anda ketinggalan zaman. Ini serius.

Lagu yang sedang popular dan masih menguasai carta-carta muzik di radio-radio tempatan ini akhirnya telah tampil dengan sebuah muzik video rasmi arahan Khairul Hazwan. Menampilkan Tam Spider sebagai watak utama, penyanyi yang sudah lama berada didalam industri hiburan ini telah digandingkan bersama seorang gadis bernama Azura. Ya, gadis ini comel. Kami serius.

Tidak mahu bercakap panjang, anda saksikan sendiri muzik video berjudul "Tapi Bagaimana" oleh Spider selepas ini ya!

Tags: , , , , , ,

Adi Putra - Google Blog Search

Adi Putra - Google Blog Search


Burberry Story ft Jeremy by Arseto <b>Adiputra</b> for Men&#39;s Folio

Posted: 02 Jul 2013 09:18 AM PDT

Burberry

Jeremy at 21mm takes the pages of Men's Folio April-May Issue with exclusive Burberry story shot and directed by Arseto Adiputra. Fashion Editor Lonira and stylist Herdiana were in charge of the styling for the Burberry clad session. Grooming by Bubah Alfian. Photo Assistants Abdul, Arun & Rustandi.

Arseto AdiputraArseto AdiputraArseto AdiputraArseto Adiputra

Website: arsetoadiputra.blogspot.com