alhamdulillah cantiknya adira bila bertudung kan :)
tadi jenjalan kat instagram Yatthamzah pastue terjumpa gambar nie..subahanallah memang cantik kalau perempuan bertudung kan :)
hi! welcome to She Is Zaidatulazny's Blog . Join us now! Sign up for the HeartBeat.my and Make Your Own Gifts Here and for Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary just Sign up HeartBeat.my Affiliate to enjoy free gift!
".. Thanks for reading this entry! Assalamualaikum..."
Nampaknya, produser-produser diluar sana memang tidak akan berputus asa untuk mencari bakat-bakat baru di Youtube. Tapi nampaknya, bakat sudah tidak dipandang lagi. Yang penting, video anda jadi viral dan popular, sudah.
Kami berani katakan ramai antara anda yang tidak setuju dengan pengambilan Bobo sebagai pelakon oleh David Teo sebelum ini, kan? Dan lagi sekali, kami berani katakan anda juga tidak setuju dengan video muzik di sebalik tabir rakaman ini, kan?
Selepas video 'Macam Cantik Macam Comel' menjadi bahan bualan netizen dan popular di laman sosial, Syasya bakal mempunyai muzik video sendiri tidak lama lagi. Bukan seorang diri, Syasya sebenarnya berduet dengan pelakon, Erry Putra. Haa, kau hado?
Sedutan dari video yang mempopularkan Syasya sebelum ini
Menerusi video ini, Erry Putra mendedahkan pada awalnya dia mencipta lirik lagu ini selepas melihat video viral Syasya.
"Sebenarnya saya cipta lagu ni, kali pertama saya tengok video dia. Tapi saya tak terfikir pula saya akan buat lirik begitu. Bila saya dengarkan balik, macam kena je lagu tu dengan ayat yang dia cakap macam comel macam cantik." – Erry Putra
Apa yang mampu kami katakan secara jujur dan ikhlas, carilah penyanyi atau pelakon yang benar-benar berbakat diluar sana. Bukannya melalui populariti dan populariti dan populariti semata-mata.
Tanpa bakat, umpamanya jadi artis mee segera. Cepat 'siap' dan cepat 'habis' walaupun sedap. Seronok tapi sedih.
Mari lihat video di sebalik tabir rakaman Macam Cantik Macam Comel – Erry Putra Feat Syasya Solero selepas ini.
In before, Megaboys baru je nak popular dengan Seperti Rihanna, dah kena cantas dengan Syasya. Jujurnya, dua-dua video bikin sakit kepala.
Kau Gile!!~ Comel gileee lagu ni.. Erry n Syasya Solero pun comel.. argh.. jeles plak.. wkwkwkw....
By the way Nad nak share ngan korang lagu terbaru dari Erry Putra ni... Sweet bangat.. :D
lagu lirik: Erry Putra susunan muzik: Zimi Sofazr PenerbitZ: Zul2byb2 mixing dan mastering: Koh Studio rakaman: Pro Studio Cheras photographer: Bo Thinker (REC LAB) Video behind the scene & editing : SAM (marcella) ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Lirik Lagu..
mata mata matamu mengoda aku senyum senyum senyum memikat kalbu wajah wajah wajahmu menarik hati hati hati hatiku untuk kamu
walau jauh ku tetap menunggu ku ingin selalu denganmu
macam cantik macam comel itu katamu memang cantik memang comel itu kataku kau selalu ada didalam sudut hatiku ku ku menunggu
Pada: Sabtu, 14 Disember 2013 Fenomena Macam Cantik, Macam Comel yang dipopularkan oleh anak watan dari Johor, Syasya, yang hangat di laman-laman sosial kini telah menjangkit kepada selebriti tempatan untuk mencuba edisi mereka sendiri. Kali ini Erry Putra ingin mencuba dengan membuat versi nya pula bersama Syasya yang turut hadir bersama..
"Namun, kini saya sudah bertekad mahu bertudung sepenuhnya dan tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Tidak dinafikan memang ada pihak yang mula memandang sinis terhadap penampilan saya ini, tetapi inilah keputusan saya sekarang," -Noorkhiriah
Alhamdulillah, dah semakin ramai artis wanita yang berubah mahu memakai tudung. Mungkin dah mulai sedar akan kewajipan wanita Islam memakai hijab. Diharapkan biarlah mereka ini betol-betol insaf dan ikhlas nak memakai tudung kerana Allah dan bukannya ikut trend. Kini Noorkhiriah Pulak Yang Pakai Tudung.
Sebenarnya Noorkhiriah sebelum ini sudah memakai tudung, tapi on-off la, kejap pakai dan lepas tu tak pakai pulak. Mungkin disebabkan sekarang ni dah ramai artis wanita yang bertudung, menguatkan lagi semangat dan nekad Noorkhiriah untuk bertudung. Biasalah, nak berubah ke arah kebaikan memang berat dan payah, pelbagai dugaan dan rintangan yang datang. Semoga Noorkhiriah akan mengekalkan imej bertudung.
Setelah kita melihat Super Spontan musim pertama dimenangi oleh Zizan Razak, kini program realiti bercorak permainan komedi, Super Spontan kembali untuk musim kedua.
Pada Super Spontan 2 ini ada banyak muka baru yang ditampilkan iaitu Along Raja Lawak, Yus Jambu, Nabil Raja Lawak, Ajak Shiro, Shuib Sepahtu, Eko SayWho, Munir, Jep Sepatu serta dua peserta wanita Almy Nadia dan Noorkhiriah dan mereka mengekalkan Tauke Jambu, Rahim R2 dan Suhaimi Yusof dari musim lalu….
Tengok show Dayang Nurfaizah memang maveless... dan lagu ni aku paling suka. Best!
BISIKAN RINDUKU
Dengarkan bisikan kalbuku Sungguh besar mencintaimu Rasakan rasakan rinduku Yang dalam.. sedalam samudera
Korus Mencintaimu, menyayangimu Merindukanmu seumur hidupku Tuhan kuatkanlah hati ini Saat dia tinggalkan diriku sendiri Walau pedih ini sungguh pedih Akan ku relakan asalkan dia bahagia
Rasakan rasakan rinduku Yang dalam sedalam samudera Mencintaimu, menyayangimu Merindukanmu seumur hidupku
Tuhan kuatkanlah hati ini Saat dia tinggalkan diriku sendiri Walau pedih ini sungguh pedih Akan ku relakan asalkan dia bahagia
Tuhan kuatkanlah hati ini Asalkan dia bahagia Asalkan dia bahagia
SETIA ALAM – Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menampilkan barisan artis popular seperti Datuk Siti Nurhaliza, Awie, Rossa, Amy, Pansha Ungu, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Adira dan Hafiz AF dalam 'Konsert Destini' yang bakal berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam pada 20 dan 21 Disember ini.
Konsert anjuran YDAB dengan kerjasama UiTM ini dianjurkan bertujuan mengisi tabung amal bantuan dana serta biasiswa kepada golongan pelajar yang memerlukan mengikut kelayakkan yang ditetapkan oleh yayasan tersebut.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif YDAB Dato' Aizuddin, sejak ditubuhkan YDAB telah berjaya membantu lebih 10,000 pelajar lepasan SPM kurang berkemampuan melanjutkan pengajian Pra Diploma MDAB di UiTM.
Ia sekaligus memberikan peluang buat pelajar lepasan SPM melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti yang mana ia merupakan agenda YAB Perdana Menteri sejak awal penubuhan yayasan berkenaan.
Konsert Destini merupakan program akhir tahun bagi yayasan tersebut selepas program Kembara Ramadhan tempoh hari.
Tiket yang berharga RM30, RM80, RM200, RM300, RM500 dan RM1,00 boleh didapati di lokasi yang tertera :
Canseleri UiTM, Shah Alam (kaunter mula dibuka pada 13 Nov 2013, 9 pg – 5 ptg)
Fakulti Filem, Teater & Animasi (FiTA) UiTM, Kampus Puncak Perdana.
Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM, Shah Alam.
Pejabat YDAB beralamat 7-3 Setia Avenue, Jalan Setia Prima (S) U13/S, 40170, Shah Alam.
Dayang Nurfaizah binti Awang Dowty (born July 20, 1981 in Kuching, Sarawak) is a Malaysian singer. Her debut self-titled album was released in May 1999 and it was recorded in the pop and R&B genres. The album's lead single, Hakikat Cinta introduced her to the local music industry. Her biggest task up then, to mark her fifth year in the Malaysian music industry, was to set up her own recording company, DN & AD Entertainment Sdn Bhd. Under its banner, in 31 October 2004 she released her fourth studio album, Dayang Sayang Kamu, which was received with rave reviews from the Malaysian public as well as neighbouring countries. Is known for her ability to sing her own distinctive renditions of hit songs in the "Dayang's Style"! Without a doubt, Dayang Nurfaizah is a star in a class of her own and only she can set the limits to her boundless career with her heart-warming, moving and exhilarating repertoire.
Ok Abang Nara sebenarnya kagum dengan Faezah Elai yang berjaya menguruskan badannya dengan sangat cepat selepas melahirkan anak baru-baru ini. Ramping macam anak dara. Terkejut jugak Abang Nara melihat kekurusan Faezah Elai menerusi gambar yang dikongsikannya menerusi Instagram. Slim sangat!!!
Kurus kan? Apa agaknya teknik yang digunakan oleh Faezah Elai untuk mendapatkan badang seramping ini? Yang nyata, ada peminat yang mengkritik kononnya Faezah Elai sengaja mahu menayangkan bentuk badannya menerusi gambar yang dikongsikannya. Mungkin ada yang "cemburu" tidak mendapat badan secantik dirinya. Faezah Elai menafikan kritikan tersebut seperti di bawah:-
Ada betulnya juga kata Faezah Elai di atas kan? Namun biasalah manusia mana yang tak cemburu dengan kerampingan badan yang dimiliki oleh Faezah. Abang Nara yang lelaki pun jeles jugak. Diharap Faezah dapat kongsikan rahsianya dengan kita semua. Apa kata anda? Wajarkah Faezah Elai berkongsi gambar sebegini rupa dengan para peminatnya? Atau ia seharusnya disimpan untuk tatapan suami tercinta sahaja? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.
Sebelum ini nama pelakon, Faezah Elai jarang dikaitkan dengan sebarang kontroversi, sama ada daripada segi lakonan mahupun peribadi.
Namun begitu, menerusi laman sosial pelakon tersebut petang semalam, Faezah dilihat telah memuat naik sekeping foto yang menunjukkan luahan kecewanya terhadap segelintir pengikut laman sosial yang mendakwa dia sengaja ingin menunjukkan tubuh badannya yang langsing kepada umum.
Meneliti setiap bait kata-kata tersebut, pelakon filem Tanda Putera itu menjelaskan bahawa, dia tiada niat untuk melakukan perbuatan seperti yang didakwa dan tujuan utaman berkongsi foto-foto tersebut hanya untuk mempromosikan pakaian yang dipakainya pada ketika itu.
Kata-kata yang dikongsikan oleh Faezah Elai
Salah satu foto yang dikongsikan oleh Faezah di laman Instagram-nya
Perkongsian luahan hati pelakon wanita itu bagaimanapun menarik perhatian aktor kacak, Nazim Othman. Melalui perbualan mereka, Nazim turut perihatin dengan situasi yang berlaku kepada Faezah dan sempat bergurau dengan kata-kata berbunyi :
Tidak kisahlah, apa pun dakwaan negatif yang dilemparkan oleh peminat terhadap Faezah, OHBULAN! tetap respect dengan pelakon ini kerana telah berjaya mengembalikan bentuk badan yang ideal, selepas melahirkan puteri sulungnya, Dealova Heyrinna sekitar Februari lalu.
Di sini OHBULAN! kongsikan juga beberapa foto terbaru Faezah untuk tatapan anda semua.
Pelakon cantik Faezah Elai nampaknya agak berang dan kecewa dengan sesetengah komen yang diberikan oleh para pengikut di laman sosial Instagram miliknya kerana mempertikaikan dan mendakwanya memuatnaik gambar dengan niat untuk menayang bodynya yang kurus selepas bersalin.
Pelakon yang baru sahaja melahirkan cahayamata pertamanya pada bulan February lalu dilihat telah memuatnaik sekeping gambar yang meluahkan perasaannya terhadap sikap segelintir pengikutnya yang sering memberikan komen-komen negatif. Menurut Faezah, dia tiada niat untuk melakukan perbuatan seperti yang didakwa (menayang body) kerana ianya hanyalah tujuan mempromosikan baju-baju yang dipakainya.
Luahan perasaan itu juga turut mengundang respon dari pelakon Jihan Muse dan aktor kacak Nazim Othman tentang perkara tersebut.
"Aya terbaik tu dia anak mami dah sound!! Haha jgn lupa undi syj! Eh :p" – Jihan Muse
"@faezahelai sapa dok kutuq hang ni wey? Cabaikan jari yang menaip itu hikhik" – Nazim Othman.
"Tu la @nazimothman depa kata konon dah kuruih dok tayang body kat insta,tayang kat insta bukan dpt duit baik aku pi belakon masuk tv dpt duit aku boroi pon aku tayang jugak kat tv bahahahahaha" – Faezah Elai.
OHARTIS: APAPUN, SEMOGA FEAZAH ELAI LEBIH SENSITIF MEMILIH PEMAKAIANNYA AGAR NAMPAK LEBIH SOPAN DAN MANIS.
— Gadis Misteri
Suka duduk ditempat ramai orang semata-mata melihat gelagat manusia. Tabiat pelik satu lagi suka korek hidung dengan cotton bud. Ada aku kesah?!
Pelakon Fauzi Nawawi mendidik ramai pelakon baru dalam bidang lakonan, namun baru-baru ini dia dikatakan menjalin hubungan dengan Noni AF5, atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin.
Hari ini Harian Metro melaporkan yang Noni mendakwa ianya sekadar hubungan profesional.
Hubungan kami rapat atas dasar kerja dan tidak lebih daripada itu. Saya juga 'anak didik' Fauzi kerana dia banyak membimbing saya dan memberi pelbagai tip dalam bidang lakonan.
Bukan saya saja, malah ramai lagi artis lain yang menimba ilmu lakonan dengannnya seperti Ika Nabella, Reen Rahim, Agnes Wong dan ramai lagi, tapi mengapa saya pula yang digosipkan dengannya?
Menurut Noni, dia mula mengenali Fauzi ketika menyertai program Jelajah Festival Filem Malaysia tahun ini, dan pada masa itu Fauzi turut ditemani isterinya, Lisdawati. Fauzi memberitahunya yang dia ada pakej yang lengkap untuk menjadi pelakon dan menawarkan Noni untuk berlakon dalam drama arahannya.
Tambah Noni lagi Fauzi seorang yang tegas ketika bekerja kerana inginkan hasil terbaik untuk drama, dan Noni turut menyifatkan dirinya bertuah kerana dapat menimba ilmu melalui pelakon hebat seperti Fauzi.
Manakala dia juga turut rapat dengan Lisdawati yang dianggap seperti kakak. Dia berharap dirinya tidak akan dikaitkan mempunyai hubungan dengan Fauzi lagi kerana tidak mahu mengguris hati keluarganya.
Baguslah Noni kerana awal-awal menyatakan pendirian sebegini, kalau perkara tidak benar tidak ada apa yang perlu ditakutkan dan nyatakan saja 'tidak', bukan? Mudah saja.
PETALING JAYA – Pelakon dan pengarah filem Fauzi Nawawi terpaksa menunda tayangan filem pertamanya berjudul Pak Pung pada tahun hadapan kerana bimbang ia gagal mendapat sambutan daripada penonton.
Fauzi, 40, berkata, keputusan itu dibuat kerana pasaran filem tempatan yang agak lembap ketika ini dan tidak mahu mengambil risiko untuk menayangkan filem itu.
"Filem berkenaan telah siap 100 peratus dan sepatutnya ia ditayangkan pada tahun ini tetapi dengan keadaan pasaran filem tempatan yang lembap membuatkan saya tidak berani mengambil risiko kerana bimbang ia tidak akan mendapat sambutan," katanya kepada mStar Online.
Filem yang menelan kos sebanyak RM2 juta terbitan 9 Country Sdn Bhd itu menampilkan barisan pelakon seperti Izreen Azmidar, Siti Saleha, Marsha Milan Londoh, Syawal, Jasmin Hamid, Datuk Eizlan Yusof, Saiful Apek, Lisdawati selain penampilan istimewa model popular, Amber Chia.
Dalam perkembangan sama, Fauzi berkata, dia lebih berhati-hati agar filem berkenaan tidak tersebar di Internet seperti mana berlaku kepada KL Gangster 2 selain memastikan salinan asal filem itu sentiasa ada padanya.
Jelas Fauzi, kejadian yang menimpa karya arahan Syamsul Yusof itu memberikan pengajaran kepada pembikin filem baharu sepertinya untuk lebih berhati-hati.
"Saya sedar jika simpan filem ini terlalu lama ia akan mengundang masalah seperti mana berlaku kepada KL Gangster 2 tetapi buat masa ini salinan asal belum diserahkan kepada mana-mana pihak.
"Ia hanya akan dihantar ke Lembaga Penapisan Filem (LPF) apabila kami sudah bersedia untuk menayangkan filem ini," katanya. – mStar Online
PETALING JAYA - Pelakon dan pengarah filem Fauzi Nawawi terpaksa menunda tayangan filem pertamanya berjudul Pak Pung pada tahun hadapan kerana bimbang ia gagal mendapat sambutan daripada penonton.
Fauzi, 40, berkata, keputusan itu dibuat kerana pasaran filem tempatan yang agak lembap ketika ini dan tidak mahu mengambil risiko untuk menayangkan...
PETALING JAYA - Pelakon dan pengarah filem Fauzi Nawawi terpaksa menunda tayangan filem pertamanya berjudul Pak Pung pada tahun hadapan kerana bimbang ia gagal mendapat sambutan daripada penonton.
Fauzi, 40, berkata, keputusan itu dibuat kerana pasaran filem tempatan yang agak lembap ketika ini dan tidak mahu mengambil risiko untuk menayangkan filem itu.
"Filem berkenaan telah siap 100 peratus dan sepatutnya ia ditayangkan pada tahun ini tetapi dengan keadaan pasaran filem tempatan yang lembap membuatkan saya tidak berani mengambil risiko kerana bimbang ia tidak akan mendapat sambutan," katanya kepada mStar Online.
Filem yang menelan kos sebanyak RM2 juta terbitan 9 Country Sdn Bhd itu menampilkan barisan pelakon seperti Izreen Azmidar, Siti Saleha, Marsha Milan Londoh, Syawal, Jasmin Hamid, Datuk Eizlan Yusof, Saiful Apek, Lisdawati selain penampilan istimewa model popular, Amber Chia.
Dalam perkembangan sama, Fauzi berkata, dia lebih berhati-hati agar filem berkenaan tidak tersebar di Internet seperti mana berlaku kepada KL Gangster 2 selain memastikan salinan asal filem itu sentiasa ada padanya.
Jelas Fauzi, kejadian yang menimpa karya arahan Syamsul Yusof itu memberikan pengajaran kepada pembikin filem baharu sepertinya untuk lebih berhati-hati.
"Saya sedar jika simpan filem ini terlalu lama ia akan mengundang masalah seperti mana berlaku kepada KL Gangster 2 tetapi buat masa ini salinan asal belum diserahkan kepada mana-mana pihak.
"Ia hanya akan dihantar ke Lembaga Penapisan Filem (LPF) apabila kami sudah bersedia untuk menayangkan filem ini," katanya. - <strong>mStar Online</strong>
Seperti yang anda maklum, malam tadi telah berlangsung majlis pernikahan pelakon Fouziah Gous dengan Md Zhafran di Dewan Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam. Majlis elegan ini dihadiri oleh sanak saudara kedua-dua belah pihak dengan tema warna putih.
Antara selebriti yang kelihatan menghadiri majlis ini ialah Adi Putra dan isteri. Jurugambar rasmi majlis ini ialah CST Production yang turut menyediakan live-streaming majlis untuk peminat-peminat Fouziah mengikuti majlis secara langsung.
'Tarian Sirat' menggambarkan keadaan semasa sambutan Hari Gawai yang disambut oleh masyarakat Iban di Sarawak. Orang lelaki dan perempuan akan memakai pakaian tradisi yang lengkap sebagai tanda menyambut perayaan yang penuh bermakna ini. Pahlawan lelaki akan memakai "Sirat". "Sirat" ini menjadi lambang salah satu kesenian yang menjadi kebanggaan pada masyarakat Iban dan merupakan tenunan kain "pua". Tarian inidipersembahkan oleh Kumpulan Kesenian JKKN Sarawak sempena program Inspitari pada tahun lepas.
Apakah bentuk tari yang akan dipersembahkan oleh mereka untuk Inspitari 2013? Inspitari 2013 bakal berlangsung di Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 5 dan 6 Oktober 2013 (Sabtu dan Ahad), 8.30 malam. Like Facebook kami untuk maklumat lanjut bagi mendapatkan pas masuk terhad percuma!