Nuffnang

Jumaat, 30 Mei 2014

Nur Fathia - Google Blog Search

Nur Fathia - Google Blog Search


Hiasi Muka Depan Majalah, <b>Nur Fathia</b> Nampak Seksi Dan Liar <b>...</b>

Posted: 20 May 2014 05:00 PM PDT


Bukan sekali dua aktres cantik, Nur Fathia menghiasi muka depan majalah-majalah tempatan dan imej seksinya juga bukan baru diperkatakan.

2

Fathia sering kali tampil mengenakan pakaian agak terdedah di bahagian bahu dan dada hingga pernah menampakkan pangkal payudaranya di beberapa sesi bergambar untuk majalah mahupun surat khabar sebelum ini.

Terbaru, keseksian Fathia sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila mereka melihat wajah pelakon itu terpampang di muka depan majalah Cosmopolitan isu Jun 2014.

Tampil dengan gaun ala kemban warna jingga paras peha, Fathia bagaimanapun kelihatan sangat berbeza. Malah, kekasih Aiman Hakim ini juga turut mengakui perkara tersebut.

2


Bagaimanapun, ramai peminat menganggap imej Fathia kali ini nampak liar berbanding karakter semulajadinya yang comel dan kelihatan suci.
2
2

Namun begitu, ada juga yang melihat rupa paras Fathia mirip beberapa artis Hollywood dan Bollywood termasuklah Ashley Tisdale, Katy Perry, Katrina Saif dan ramai lagi.

2
Sekali pandang memang susah nak cam, mujurlah ada nama Fathia tertera pada majalah tersebut. -OhBulan

Neelofa - Google Blog Search

Neelofa - Google Blog Search


<b>Neelofa</b> Tulis Mengenai Sikap Hipokrit Artis, Nur Fazura Terasa Hati? |

Posted: 04 May 2014 08:39 PM PDT


Setiap hari Ahad, Neelofa akan menulis di Harian Metro menerusi ruangan yang diberi nama "Nota Neelofa". Abang Nara memang setiap minggu tidak akan terlepas membaca hasil karya pelakon jelita ini. Secara jujur, Neelofa memang ada bakat menulis. Mungkin satu hari nanti boleh tulis novel. Semalam, topik yang ditulis oleh Neelofa amat menarik iaitu mengenai sikap segelintir manusia yang terlampau lantang menceritakan masalah peribadi menerusi akaun sosial.

neelofa fazura

Menariknya menerusi nukilan kali ini, Neelofa menyentuh mengenai sikap hipokrit sesetengah artis. Abang Nara memang bersetuju dengan pendapat Neelofa. Abang Nara perhatikan memang banyak artis-artis kita terutamanya yang sering dilanda kontroversi bersikap seperti yang ditulis oleh Neelofa. Sedikit nukilan Neelofa untuk tatapan anda.

Lofa juga nak menyentuh sedikit mengenai segelintir artis atau mungkin "public figure" yang suka bersikap hipokrit dalam lama sosial. Perangai macam ini tidak akan ke mana sebab sebagai insan yang diperhati ramai, jangan biar umum "define who you are, you just go to be yourself".

Paling sedih bila ada juga yang suka menggunakan nama Allah untuk menunjukkan diri mereka sentiasa berada di jalan benar dan tersangat baik. Menggunakan kata-kata positif agama atau nama Allah untuk sesuatu perkara dan pada masa yang betul memang Lofa sangat sokong, tetapi jika tiap kali menggunakan taktik sama untuk menunjukkan imej yang kononnya baik, bagi Lofa itu psiko.

Merendah-rendahkan atau memalukan individu lain melalui laman sosial menunjukkan betapa rendahnya IQ seseorang itu. Bagi Lofa senang saja, kalau betul kita sebagai artis tersilap langkah, jangan perbesarkan isu atau mencambahkan isu itu. Malah, yang harus dibuat adalah mohon maaf dan "move on" atau Lofa lebih selesa berdia diri.

Terlalu banyak lagi perkara yang jauh lebih penting dalam hidup ini yang Lofa perlu beri perhatian daripada menjawab atau memberi reaksi kurang matang terhadpa mereka yang ingin menjatuhkan kita. Kadangkal memang terasa seperti ingin balas tetapi bila Lofa fikir balik, ya Allah betapa kecilnya mereka ini dan rendahnya tahap pemikiran mereka untuk Lofa "play their game".

fazura

Apa yang menarik perhatian Abang Nara ialah apabila terbaca "tweet" Nur Fazura yang seolah-olah memberikan reaksi terhadap apa yang ditulis oleh Neeelofa. Adakah Fazura merasakan nukilan Neelofa itu ditujukan kepadanya? Tulis Fazura di akaun Twitternya:-

neelofa fazura

Hmmmm. Diharap Neelofa dan Fazura tidak bergaduh antara satu sama lain. Kedua-duanya ada peminat yang amat besar yang pasti akan menyokong selebriti kegemaran mereka. Bagi Abang Nara, tulisan Neelofa lebih kepada pendapatnya secara umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa. Fazura pun Abang Nara tengok okay je selama ini di akaun sosial. Tak adalah bersikap hipokrit atau sebagainya. Jadi jangan gaduh-gaduh atau terasa hati sesama sendiri ye.

P.S: Ford Focus Sedan kekalkan gelaran model paling laris 2013

Baca Yang Ini Pulak:-

Azlan & The Typewriter - Google Blog Search

Azlan &amp; The Typewriter - Google Blog Search


The Making of <b>Azlan & The Typewriter</b> &#39;Pasar Karat&#39; Official Music <b>...</b>

Posted: 09 Apr 2014 10:23 PM PDT

The Making of Azlan & The Typewriter Official Music Video, Pasar Karat. The shooting has been held on 18 March 2014  nearby the old and abandoned low cost apartment in side skirt of Kuala Lumpur.

THE MAKING OF (TMO) OFFICIAL MUSIC VIDEO PASAR KARAT
Artist : Azlan & The Typewriter

Producer : Darkliquids Music Production
Executive Producer : Clora Studio
Ideas/Director : Nasrulhakeem | Aspherical Studios
Production : Aspherical Studios x Clora Studio
Behind The Scene : Kaio Studio
Crew : Zain Asmawi, Azhar Mustapa, Anwar Abdullah 

Click here for more photos.

Azlan And The Typewriter Azlan And The Typewriter

shahir af - Google Blog Search

shahir af - Google Blog Search


hot !!! erra fazira goda <b>shahir af</b> - Bicara Perjuangan - Blogger

Posted: 26 May 2014 04:00 AM PDT

Shahir AF tidaklah berkata yang mereka rapat namun khabar angin sebelum ini timbul mengatakan hubungan juara Akademi Fantasia 8 ini dengan Erra Fazira memang rapat sehingga ada yang nampak mereka keluar bersama.

Sebuah akhbar tempatan hujung minggu lalu juga ada melaporkan desas desus yang mengatakan Shahir AF & Erra Fazira kerap berhubung melalui telefon selain ada peminat pernah terserempak pasangan ini diluar bersama sama. Haaa.

Bercakap kepada portal Murai, Shahir AF mengakui yang dirinya berkawan dengan Erra Fazira namun beliau tidak pernah menganggap pelakon itu lebih dari seorang senior dalam dunia hiburan yang boleh dijadikan rujukan artis muda sepertinya.

"Antara saya dan Erra kami masih dalam proses mengenali diri masing-masing. Apa pun saya tidak dapat untuk komen dengan lebih lanjut. Saya anggap Erra Fazira sebagai Erra Fazira. Dia seorang artis berpengalaman yang boleh dijadikan sumber rujukan artis-artis baru seperti saya"

Erra Fazira yang turut ditemui di karpet merah Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2013 hujung minggu lalu bagamana pun tidak mahu mengulas lanjut tentang desas desus ini dan menganggap ianya bersifat peribadi.

"Kalau boleh saya tidak mahu memberi komen apa-apa selain dari ABP. Kehidupan peribadi saya, saya tidak mahu komen. Hari ini adalah hari ABP," ujar Erra Fazira. 

Sumber:(rtky/m)

Shaheizy Sam - Google Blog Search

Shaheizy Sam - Google Blog Search


<b>Shaheizy Sam</b> Risau Belum Kahwin | MYNEWSHUB

Posted: 08 May 2014 07:21 PM PDT

KUALA LUMPUR – Pelakon Shaheizy Sam mengakui berasa bimbang dan takut kerana masih belum bertemu jodoh ketika usianya sudah mencecah 32 tahun.

Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, berkata, sebagai lelaki dia mengidamkan sebuah keluarga yang besar selain memiliki ramai cahaya mata.

"Secara jujurnya saya sudah bersedia (kahwin) dan ingin sangat menamatkan zaman bujang. Saya rasa takut kerana pada usia ini saya masih belum berkahwin atau memiliki teman istimewa.

"Saya selalu terfikir apa akan jadi bila kahwin lambat dan anak-anak masih kecil ketika saya sudah tua. Kalau boleh saya ingin sebuah keluarga besar dan anak yang ramai," katanya ketika ditemui pada Majlis Pengumuman Shaheizy Sam sebagai duta produk kicap Mahsuri di Restoran Rebung, Bangsar di sini pada Khamis.

Bagaimanapun, Sam berkata, dia percaya Allah mempunyai perancangan dan jodoh yang sudah ditetapkan buatnya.

Dalam pada itu, kata Sam, dia bersyukur ibunya, pelakon Khaty Fauziah tidak pernah mendesak untuk dia mendirikan rumah tangga.

"Mummy tidak pernah masuk campur tentang teman istimewa saya. Dia juga tidak pernah melarang atau mendesak saya untuk berkahwin.

"Dia seorang ibu yang memahami dan menyokong apa juga keputusan saya," katanya.

Sementara itu, Khaty menyifatkan anak lelakinya itu seorang yang terlalu cerewet dalam hal memilih teman istimewa.

Sebagai ibu, Khaty tidak meletakkan sebarang kriteria siapakah menantunya, namun dia berharap agar pelakon itu memilih isteri bukan daripada kalangan selebriti.

"Sam ini seorang yang selalu menganggap dirinya sentiasa inginkan kesempurnaan. Dia ada bawa beberapa orang wanita bertemu dengan saya tetapi selalunya hubungan itu sekejap sahaja kerana ada sahaja yang tidak kena di mata dia.

"Tetapi dia juga dapat 'baca' jika saya berkenaan atau tidak seseorang wanita yang diperkenalkan kepada saya itu. Kadang-kadang bila saya berkenan dia pula tidak mahu.

"Saya tidak kisah siapa pun yang dia pilih, tetapi kalau boleh biarlah bukan dikalangan artis," katanya.

Sementara itu mengenai pelantikannya sebagai juru cakap kicap Mahsuri Sam berkata, dia sebenarnya penggemar kicap berkenaan sejak daripada zaman kanak-kanak.

Malah dia bersetuju menjadi jurucakap makanan itu selepas merasakan produk berkenaan benar-benar dekat dengan dirinya.

"Saya penggemar kicap sejak kecil. Setiap kali makan nasi, saya pastikan mesti ada kicap. Saya gemar nasi berlauk telur bersama kicap," katanya.

Selain bekerjasama dengan kicap Mahsuri, Sam juga merupakan jurucakap produk minuman Nescafe. – mStar Online

Iqram Dinzly - Google Blog Search

Iqram Dinzly - Google Blog Search


<b>Iqram Dinzly</b> Bengang Dituduh Jalin Hubungan Songsang - RotiKaya

Posted: 26 May 2014 05:31 PM PDT

Semalam, portal hiburan OHBULAN! ada menyiarkan satu gossip mengatakan seorang pelakon lelaki telah pergi ke sebuah kelab untuk golongan gay di London untuk berfoya foya selain ada berbalas mesej lucah dengan seorang pelajar lelaki Malaysia di sana.

BACA: Pelakon Malaysia Keluar Masuk Kelab Gay, Jalan Hubungan Songsang Di London (ext.)

Dan, para peminat mula berspekuali yang pelakon itu adalah Iqram Dinzly. BOOM!

"Ya, saya mengakui saya hanya pergi ke kelab malam tersebut hanya sekadar ingin melihat suasana dan meluangkan masa bersama rakan-rakan. Namun, saya menyangkal dakwaan yang mengatakan saya melakukan hubungan songsang kerana ia tidak mempunyai bukti"

Dalam kenyataan kepada Kosmo! juga, Iqram Dinzly berkata pertukaran mesej yang berlaku antara beliau dan pelajar tersebut hanyalah gurauan biasa antara rakan rakan yang rapat dengan beliau dan bukan bermakna mereka menjalin hubungan songsang.

"Pada saya, ia merupakan perkara biasa kerana saya selalu bergurau dengan rakan-rakan lain dan saya sendiri menganggap ia hanya perkara biasa sahaja. Bukan setakat dia, malah saya turut bergurau dengan rakan-rakan lain perkara yang sama juga," jelasnya lagi.

Jadi di sini Iqram Dinzly tidak menolak yang ianya memang berlaku namun semua ini bukan bukti yang beliau merupakan seorang gay atau menjalinkan hubungan songsang seperti didakwa.

Menerusi Harian Metro, Iqram Dinzly meluahkan rasa kesal beliau dilibatkan sekali dengan kontroversi yang bukan bukan seperti ini dan menurutnya kali ini beliau tidak akan berdiam diri seperti sebelumnya.

"Ini betul-betul dah melampau. Jangan cabar tahap kesabaran saya. Apa yang orang itu cuba buktikan atau nak tunjuk pada semua dengan tuduhan begitu? Saya dah penat berdiam diri selama ini, kali ini saya akan bertindak," katanya. (rtky/m)


Jehan Miskin - Google Blog Search

Jehan Miskin - Google Blog Search


<b>Jehan Miskin</b> Pakai Rantai Salib | sapikpotrait - Busuk.org

Posted: 26 Aug 2013 05:00 PM PDT

Laman Ping.Busuk dibangunkan dan diaturcara oleh pengaturcara kami tersendiri. Sebarang kesulitan, diharap anda dapat menghubungi kami melalui email busuk.org[at]gmail ataupun melalui laman fb kami.

Online user : 1,806
Widget Aktif : 4,019
Banner Aktif : 5,710

Domain Dibenarkan: 9,729
Jumlah Artikel : 751,098