Nuffnang

Ahad, 15 Januari 2012

kumpulan Meet Uncle Hussain - Google Blog Search

kumpulan Meet Uncle Hussain - Google Blog Search


Tupai - Portal Hiburan Terkini: Hazama bakal menjadi bintang filem

Posted: 14 Jan 2012 06:30 PM PST

Sebelum bergerak solo, Hazama atau nama sebenarnya Hazama Bin Mohd Azmi sebelum ini mungkin lebih dikenali di kalangan peminatnya sebagai vokalis kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH). Kini Hazama tampil solo dan terus mengemudi maju perjalanan seninya.

Terkenal dengan lagu "Pokok" gandingan mantap bersama kumpulan MUH, Hazama ketika ditemui sempat berkongsi bahawa beliau bakal membintangi sebuah filem kelak.

"Apa yang saya boleh kongsikan bahawa ada yang menawarkan saya untuk berlakon dan filem mereka dan semuanya masih lagi dalam perbincangan.

"Namun saya mungin menerimanya kerana ia adalah satu peluang yang dinanti-nantikan. Saya gemar mencuba sesuatu yang baru dan ini adalah salah satu daripadanya. Jika diizinkan, saya ingin peminat menilai saya daripada segi lakonan pula," ujar penyanyi berusia 28 tahun ini.

Ditanya tentang watak yang ingin dilakonkan, Hazama memberitahu dia bukanlah seorang yang cerewet dalam pemilihan watak.

"Saya masih belum pernah berlakon sebelum ini. Jika peluang itu tiba, saya tidak kisah asalkan watak dan skrip bersesuaian dan kena dengan jiwa saya," kata Hazama sebelum mengakhiri perbualan.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan