SAIFUL APEK TIDAK BERSETUJU KEWUJUDAN MAHARAJA LAWAK MEGA SEPERTI MERENDAHKAN MARTABAT SEORANG PELAWAK BERPENGALAMAN.

Rindukan Saiful Apek beraksi di'layar perak, filem terbaru beliau Bujang Terlajak bakal ke pawagam bermula 11 Disember.

Berlakon di'samping nama besar lain seperti Nabil & Johan Raja Lawak juga Nur Fazura — pastinya Saiful Apek mengharapkan respons yang positif dari para peminat filem tempatan.

Terlanjur bertemu Saiful Apek di'majlis promosi filem UiTM baru baru ini, kami sempat bertanyakan pendapat otai lawak ini berkaitan pertandingan Maharaja Lawak Mega yang di'anjurkan pihak Astro yang sudah masuk minggu ke 7.

Menurut Saiful Apek, para peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) tidak sepatutnya berada di'atas pentas pertandingan dek kerana pengalaman dan bakat besar mereka yang sudah terbukti.

"Mereka sepatutnya kini sudah bergelar juri & sebahagian mereka sudah pun pernah menjadi juri sebelum ini — dan sekarang mereka di'atas pentas di'kritik oleh juri lain pula," ujar Saiful Apek.

Itu juga adalah antara sebab kenapa Saiful Apek tidak menyertai rakan rakan lain bertanding bakat dalam Maharaja Lawak Mega. – rotikaya.com