Nuffnang

Ahad, 22 Januari 2012

Shila Amzah - Google Blog Search

Shila Amzah - Google Blog Search


Video: <b>Shila Amzah</b> Nyanyikan Single Terbaru &#39;Sedar&#39; & Jejaka <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2012 08:01 AM PST

Dan, Shila Amzah kembali lagi dengan sebuah lagu baru dan sekali lagi ini merupakan sebuah lagu ciptaan sepenuhnya oleh empunya suara.

Lagu bertajuk Sedar merupakan single kedua Shila Amzah yang bakal di'lancarkan sepenuhnya sekitar Mac 2012 — menurut maklumat terakhir yang di'terima.

Walaupun dalam video di'bawah Shila Amzah membawakan lagu ini dalam versi akustik, Sedar ini merupakan sebuah lagu dengan rentak rancak pada asalnya.

Menariknya, pada awal video versi akustik untuk lagu Sedar ini, Shila Amzah ada menyebut nama seorang jejaka iaitu Harris dan penjelasan ringkas melalui Twitter penyanyi ini menjelaskan yang Harris merupakan kisah lama beliau. 

Kalau anda rajin, anda semua boleh ke Youtube sekarang untuk melihat komen para peminat Shila Amzah yang prihatin akan rantai burung hantu yang beliau kenakan dalam video tersebut. Heh.

Full content generated by Get Full RSS.

Telemovie Patah Seribu & <b>Shila Amzah</b> Bakal Cuba Terjun Dunia <b>...</b>

Posted: 15 Dec 2011 03:53 PM PST

Romantis bukan Shila Amzah & Sharnaaz Ahmad dalam gambar di'atas? Itu merupakan gambar petikan dari video muzik rasmi lagu berjudul Patah Seribu.

Kami dengar dari sumber yang boleh di'percayai, lagu ciptaan sepenuhnya Shila Amzah ini bakal di'angkat menjadi sebuah telemovie penuh untuk tayangan umum tidak lama lagi.

Dan, khabarnya juga watak utama telemovie Patah Seribu ini akan di'pegang oleh Shila Amzah sendiri & juga kekasih angkat beliau, Sharnaaz Ahmad. Eh.

Kami sendiri belum pasti akan jalan cerita telemovie Patah Seribu ini namun yang pasti anda boleh saksikan preview video muzik Patah Seribu selepas ini yang kami kira sangat cantik & punya jalan cerita.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan