Nuffnang

Khamis, 23 Februari 2012

Bront Palarae - Google Blog Search

Bront Palarae - Google Blog Search


Tupai - Portal Hiburan Terkini: Tonton OMBAK RINDU secara percuma

Posted: 21 Feb 2012 07:30 PM PST

Program Merakyatkan Filem anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) kembali lagi dengan penayangan filem tempatan pecah panggung, "Ombak Rindu".

Bakal berlangsung pada 25 Februari 2012 (Sabtu) di Panggung Coliseum, Jalan Tuanku Abdul Rahman, tayangan filem arahan Osman Ali ini akan bermula pada jam 12.00 tengahari.

Peminat juga boleh turut serta dalam cabutan bertuah yang dijalankan serta bertemu barisan pelakon "Ombak Rindu" selepas tayangan filem.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Unit Promosi di talian 03-4104 1346/1349.


"Ombak Rindu" yang pernah mencetus fenomena sehingga berjaya mendapat kutipan sebanyak RM10.9 juta mengisahkan Izzah dan Hariz yang datang dari dua dunia berbeza terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan.

Filem yang diadaptasi daripada novel tajuk sama nukilan Fauziah Ashari ini dibarisi oleh Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani, Bront Palarae, Azizah Mahzan, Zaidi Omar dan Normah Damanhuri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan