Nuffnang

Khamis, 2 Februari 2012

Erul af - Google Blog Search

Erul af - Google Blog Search


Gambar Artis | <b>Erul</b> K-POP AF9 Memeluk Perempuan! | Bisnes <b>...</b>

Posted: 18 Jan 2012 09:00 PM PST

Ambo bukan peminat Akademi Fantasia. Tapi kadang-kadang ambo dan Izzah ada peluang berjumpa dengan artis atau bekas peserta Akademi Fantasia.

Biasanya ambo tak kenal dan tak tahu nama artis Akademi Fantasia nih. Tapi ambo mesti dapat teka yang orang itu samada artis baru atau bekas peserta Akademi Fantasia. Macam mana ambo tau? Dari gaya mereka berpakaian lah!

Masa ambo hadiri satu sidang akhbar anjuran Astro, ambo terjumpa seorang mamat yang sangat stylo dengan gaya KPOP dan menegur setiap orang dengan ungkapan "Anyeong Hayeso!".

Waaah! Memang gila K-POP la artis ni. Mula-mula ingat orang Korea mana lah yang sesat tapi rupanya dia adalah Erul AF 9 atau nama penuhnya Hairul Najmuddin Abu Samah.

erul af9 kpop 01 Gambar Artis | Erul K Pop AF9 Memeluk Perempuan!

Dengan gaya baju dan rambut begitu memang menyerlahkah K-POP-an dalam diri Erul AF9 ni lah. Walaupun gigi Erul AF9 ni macam tidak tersusun *jongang* tapi ambo rasa dia ni ramai juga peminatnya ~ terutama budak-budak yang suka K-POP lah.

erul af 9 kpop 02 Gambar Artis | Erul K Pop AF9 Memeluk Perempuan!

Erul AF9 peluk perempuan? Itulah dia….. wpml yes Gambar Artis | Erul K Pop AF9 Memeluk Perempuan!

erul af9 kpop 03 Gambar Artis | Erul K Pop AF9 Memeluk Perempuan!

Gedik kan? wpml wink Gambar Artis | Erul K Pop AF9 Memeluk Perempuan!

dp seal trans 16x16 Gambar Artis | Erul K Pop AF9 Memeluk Perempuan!Copyright secured by Digiprove

Related Posts | Entri Berkaitan Dah Baca?

Tags: , , ,

Full content generated by Get Full RSS.

Jangan Mudah Percaya Laman Blog – Budiey | Donnyien.com

Posted: 22 Jan 2012 12:18 AM PST

Parti ulangtahun budiey.com mendapat sambutan hangat daripada para pembaca – Foto RICKY LAI

KUALA LUMPUR: Penulis blog Sensasi Selebriti, Budiey, menyarankan agar para peminat tidak mudah percaya 100 peratus dengan bahan berita yang dipaparkan bagi sesebuah entri di laman blog kerana ia mungkin boleh mengundang fitnah di kalangan orang yang tidak bersalah.

Budiey berkata, ramai pembaca sekarang yang mudah percaya tentang entri penulisan sesebuah blog tanpa usul periksa, lebih-lebih lagi berkenaan dengan gosip dunia hiburan.

"Di zaman alam maya ini, laman blog juga menjadi perhatian selain medium media cetak dan elektronik. Malah setiap kejadian yang berlaku dalam industri hiburan tempatan seperti berita kematian, penceraian mahupun kelahiran, hal itu begitu pantas tersebar.

"Bagaimanapun, perlu diingat, tak semua laman blog meletakkan entri berita yang sahih kerana terdapat juga golongan yang menulis untuk menghentam.

"Jadi, saya ingin menasihatkan kepada pembaca agar bijak menilai setiap entri yang dibaca," katanya yang ditemui pada majlis ulang tahun ke-5 blog budiey.com di kelab Zouk, di sini, Sabtu.

Adira, Elfira Loy dan Shila Amzah turut memeriahkan acara ulang tahun Budiey.

Tambah Budiey lagi, dia juga berharap agar penulis blog yang tidak bertanggungjawab itu tidak menghentam para selebriti tanpa usul periksa atau mendapatkan bukti yang sahih.

Sementara itu, mengenai majlis ulang tahun Budiey, seramai 150 pembaca terpilih diraikan dengan pelbagai acara yang menarik.

Malah beberapa selebriti yang antaranya seperti Adira AF, Awi Rafael, Erul AF, Amanda Imani, Azri AF, Shila Amzah, Farawahida, Keroz dan Awandband turut memeriahkan majlis dengan menyampaikan sebuah lagu pada majlis tersebut.

Beritahu Budiey, dia gembira kerana laman blognya sudah mencapai hampir 10,000 jumlah pembaca dan mendapati, walaupun tidak memaparkan entri berbaur gosip, laman Sensasi Selebriti masih lagi menjadi tarikan.

"Dalam blog ini, biasanya saya akan memasukkan entri seperti majlis-majlis pelancaran filem, muzik atau apa-apa yang berkaitan dengan selebriti tempatan negara.

"Malah, penulisan mengenai program-program televisyen yang sedang atau bakal disiarkan juga dipaparkan. Alhamdulillah, blog kendalian saya ini mendapat sokongan yang bagus," ujarnya.

Selain itu, acara yang dikendalikan oleh penyampai radio DJ Lin dan Azrul Zaidi itu turut membuatkan para pembaca blog tersebut tertunggu-tunggu untuk mendapatkan cabutan bertuah.

-Mstar

PS.Setuju.kena kaji selidik sesebuah artikel terlebih dahulu.Banyakkan research.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan