Nuffnang

Ahad, 26 Februari 2012

Intan Ladyana - Google Blog Search

Intan Ladyana - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Intan Ladyana</b> Selesa Jadi Minah Rempit! - GUA

Posted: 22 Feb 2012 08:00 AM PST

Siapa sangka pelakon lemah-lembut, Intan Ladyana, tiba-tiba berubah karektor hanya kerana cintakan seorang lelaki. Kalau dulu GUA melihat dia seorang yang tegas dan tidak terlalu mengikut perasaan, tapi kali ini Intan menjadi seorang wanita yang kasar, kebudak-budakan dan leka dengan percintaan. Paling GUA tidak berkenan apabila dia terikut-ikut dengan ragam teman lelakinya. Bukan Kamal Adli, tetapi Adnan, hero filem Adnan Sempit 2 (AS 2).

Apa pula komen Intan tentang perubahan karektornya itu? Jelas pelakon ini, dia tidak ada masalah menjadi Nadia yang manja dan agak mengada-ngada kerana itu adalah kehendak skrip.

"Dalam AS 2 ini saya bukan Nadia yang dulu. Kali ini saya cuba menyelami dunia mat rempit kerana  sedang dilamun cinta dengan Adnan. Nadia dulu adalah seorang wanita korporat yang tegas, tapi kali ini dia menjadi seorang wanita berbeza. Perubahan watak ini dilakukan kerana hendak sesuaikan dengan jalan cerita di mana Nadia dan Adnan berusaha mempelajari dunia pasangan mereka.

Saya tidak ada masalah pun melakonkan watak sebegitu kerana sebagai pelakon, saya perlu mempelbagaikan watak. Kalau boleh saya tidak mahu penonton menganggap lakonan saya sama sahaja setiap kali muncul dengan filem terbaru," ujar Intan.

Ditanya sama ada yakin atau tidak AS 2 boleh menyaingi Adnan Sempit, Intan tanpa ragu-ragu memberitahu dia sebenarnya agak bimbang seandainya filem ini tidak mampu menyaingi kutipan sebelum ini.

"Kalau boleh saya memang mahu filem mendapat kutipan lebih baik daripada dulu. Atau setidak-tidaknya sama. Tapi, saya tidak boleh menjangka penerimaan penonton. Mungkin ramai yang akan suka, dan mungkin juga ramai yang tidak suka. Walau apa pun, ingin saya jelaskan bahawa AS 2 mempunyai kekuatan tersendiri. Kali ini penonton akan disajikan dengan lebih banyak unsur komedi. Jadi, sebelum buat sebarang kesimpulan, lebih baik tonton sendiri hasil garapan pengarah Ismail Bob Hasim ini," ulas Intan lagi.

AS 2 akan menemui penonton di pawagam bermula 23 Februari. Jika anda ingin tahu perubahan yang berlaku kepada Adnan dan Nadia, bolehlah ke pawagam untuk menyaksikan kesudahan sekuel ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan