Nuffnang

Rabu, 8 Februari 2012

Jamal Abdillah - Google Blog Search

Jamal Abdillah - Google Blog Search


<b>Jamal Abdillah</b> Sudah Diundang Tetapi...

Posted: 02 Feb 2012 04:00 AM PST

berita | Tempatan

Teks Oleh: zyzamani
Email: zyzamani22@gmail.com

KUALA LUMPUR, 2 FEBRUARI 2012: Tidak timbul isu penyanyi dan pelakon, Jamal Abdillah tidak diundang ke majlis pratonton Azura 2012, sebaliknya menurut Pengawai Perhubungan Awam filem tersebut, Shawn Amer, jemputan telah pun diberikan dan dimaklumkan kepada pembantu peribadi Jamal Abdillah.

Namun jelas Shawn Amer lagi, penyanyi lagenda itu mengambil keputusan untuk tidak hadir ke majlis berkenaan kerana kesuntukan masa bagi memenuhi tuntutan kerja di luar ibu kota.

"Kami telah menjemput Abang Jamal menerusi syarikat rakamannya Warner Music. Bagaimanapun pihak Warner Music telah memaklumkan undangan tersebut kepada pembantu peribadinya, iaitu Ali.

"Pihak kami diberitahu, Abang Jamal tidak sempat hadir ke majlis pratonton tersebut kerana pada petang ketika majlis pratonton diadakan, Abang Jamal ada urusan di Ipoh.

"Dia tidak sempat untuk hadir pada majlis pratonton berkenaan kerana khabarnya kesuntukan masa.

"Jadi tidak timbul isu dia tidak menerima undangan daripada pihak kami," katanya memberikan penjelasan kepada portal murai.com.my.

Shawn Amir tampil memberikan penjelasan berikutan kenyataan Jamal Abdillah yang tidak mendapat undangan menonton filem Azura 2012 yang disiarkan di murai.com.my, dua hari lalu.

Kata Shawn Amir, bukan sahaja Jamal Abdillah, bahkan heroin Azura, Ogy Ahmad Daud turut diundang namun dia juga tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan lain.

Shawn Amer tampil memberikan kenyataan kepada portal murai.com.my bagi mewakili pihak penerbitan filem Azura 2012 kerana enggan isu tersebut disalah erti.

Filem Azura 2012 menampilkan pelakon Shahrizal dan Neelofa sebagai pelakon utamanya dan akan ditayangkan di pawagam bermula hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan