Nuffnang

Ahad, 19 Februari 2012

Jue Aziz - Google Blog Search

Jue Aziz - Google Blog Search


<b>Jue Aziz</b> Berkahwin Dengan Pemuda Dari &#39;Qelate&#39;? | Berita Semasa <b>...</b>

Posted: 15 Oct 2011 03:08 AM PDT

Kongsi di FB

jue aziz 1 Jue Aziz Berkahwin Dengan Pemuda Dari Qelate?

Ini bukanlah imej terbaru Jue Aziz tetapi kami sengaja meletakkan gambar Jue Aziz bertudung kerana ia tampak manis amat dan comel.

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba pelakon wanita yang comel dan cantik, Jue Aziz dikhabarkan telahpun berkahwin dengan seorang jejaka dari kelantan. Tetapi khabar yang muncul itu masih samar-samar lagi kerana tiada pengakuan dari Jue Aziz sendiri. Setelah ditanya Jue sendiri, Jue menafikan perkara tersebut dan menganggap pekara tersebut adalah gosip. Adakah benar ianya Gosip? Jom baca kata-kata Jue Aziz yang sudah lama tidak menghiasi muka akhbar dan majalah artis.

"Saya pun tidak tahu macamana boleh timbul gosip yang mengatakan saya telah berkahwin dengan pemuda Kelantan. Saya masih solo dan buat masa ini saya tidak menjalinkan hubungan cinta dengan sesiapa. Mungkin gosip ini muncul kerana saya sering berkunjung ke rumah keluarga angkat saya di Terengganu. Mereka memang orang Kelantan, tapi menetap di Terengganu. Saya selalu ke sana sebab saya tidak ada kampung. Agaknya ada orang kampung yang salah faham, ingat saya berkahwin dengan orang sana,"

"Kalau saya ingin berkahwin, tidak mungkin saya tidak maklumkan kepada peminat. Saya mesti umumkan kerana itu adalah hari yang paling bermakna dalam hidup saya. Malah, saya juga akan jemput pihak media untuk sama-sama meraikannya. Macam yang saya katakan tadi, buat masa ini saya masih sendiri. Kesibukan tugas menghalang saya memikirkan soal cinta. Rutin harian saya hanya dipenuhi dengan penggambaran,"

"Tidak dinafikan tahun 2011 ini saya tidak banyak muncul di majalah atau akhbar. Saya bukan sengaja mengelakkan diri daripada media, tapi saya tidak ada cerita menarik yang boleh di kongsi bersama peminat. Pengalaman lalu mengajar saya supaya lebih berhati-hati. Dulu memang saya tidak kisah untuk ceritakan apa sahaja, tapi sekarang saya sudah tahu apa yang boleh dikongsi dan apa yang tidak boleh dikongsi. Saya harap peminat dan pihak media boleh memahami pendirian saya ini,"

Incoming search terms:

lg share en Jue Aziz Berkahwin Dengan Pemuda Dari Qelate?

Post Lain Yang Patut Dibaca

Read Also

Tiada ulasan:

Catat Ulasan