Nuffnang

Selasa, 21 Februari 2012

Stephen Rahman Hughes - Google Blog Search

Stephen Rahman Hughes - Google Blog Search


Qarl: Debut Malay Album <b>Stephen Rahman Hughes</b>

Posted: 06 Feb 2012 03:03 AM PST

Hero "Hikayat Merong Mahawangsa" dan salah seorang pelakon popular dalm siri "The Kitchen Musical", Stephen Rahman Hughes kini muncul dengan debut album sepenuhnya dalam Bahasa Melayu yang menggunakan self-title.  Album edaran Sony Music Malaysia ini sudah mula berada dipasaran sejak Disember 2011 dan dijual pada harga RM29.90. Sebanyak 8 buah lagu dimuatkan dalam album ini dan mendapat sentuhan komposer hebat tanahair dan Indonesia antaranya Azlan Abu Hassan, Kevin Chin dan Irwan Simanjuntak. So here goes my personal review utk each of the songs yang ada dlm album ni. 

Sejuta Rasa - lagu ciptaan sepenuhnya Irwan Simanjuntak, komposer ni sinonim dengan Anuar Zain. Lagu Sejuta Rasa ni susunan muziknya agak happening. Mcm lagu tema filem Tarzan. Lagu sebegini sesuai dengan aura Zainal Abidin actually.

Hati berbisik (feat Jaclyn Victor) - Sebuah big ballad oleh gabungan pencipta Beribu Sesalan, Kevin Chin dan Tinta S. Lagu ni first time dengar i trus suka. Part chorus ada elemen R&B sket dan Jac as usual memberikan impak lebih kepada lagu ini. Patut push jadi single gak.

Di Ribaan Cinta - Satu-satunya lagu pop dalam album ni yg Qarl boleh layan dan not bad. Lagu ciptaan komposer hebat Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Tinta S.

Bertemu Di Syurga - pertama kali Stephen dendangkan semasa konsert West End Stars tahun lalu. Of all 8 songs dalam album ni, i rank lagu ni as no.1 paling best! Lagu-lagu balada mmg sesuai dengan vokal Stephen, mmg forte Stephen la. Even though chorus lagu ni berbaur lagu Anuar Zain 'Ku Berjanji Karna Cinta' tp bedanya lagu ni takdelah terlalu mendayu-dayu sgt. Lepas first chorus, music dah mula progress jd lebih groove sket.

Bawalah Aku - Not one of my fav. Biasa-biasa sahaja.

Cinta Masih Ada - Gubahan muzik Kevin Chin sangat indah, fresh. Lagu cinta yang tidak terlalu meleret-leret dengan lyrics yang straight forward oleh Shahrom Rashid. Spt biasa dalam ramuan lagu balada akan ada part climax tuk showcase ability vocal penyanyi tu kan, dlm lagu ni pun ada. One of my fav.

Ekspresi - Pembukaan lagu ini sahaja sudah tahu lagu ni ciptaan Audi Mok. Lagu ni kedengaran terlalu Faizal Tahir. Sekadar boleh layan.

Ku Lepas - lagu ciptaan Andre Dinuth ini merupakan sebuah balada yang sangat indah. Kelebihan Stephen actually dari segi sebutan, articulation die sgt jelas.Penutup album yang cukup baik.

Undoubtedly, Stephen Rahman Hughes ni antara vokalis lelaki yang mempunyai kebolehan vokal yang sangat baik tambahan pula beliau merupakan broadway punya actor kan? Jika beliau layak dipertandingkan, confirm boleh berada dalam senarai Persembahan Vokal Terbaik Didalam Lagu untuk AIM akan datang. To all fans of Stephen Rahman Hughes, dptkan album ini dengan segera dan nilaikan sendiri! Adios! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan