Nuffnang

Isnin, 20 Februari 2012

Wan Sharmila - Google Blog Search

Wan Sharmila - Google Blog Search


<b>WAN SHARMILA</b> JADI HABUAN MAT REMPIT

Posted: 14 Feb 2012 01:45 PM PST

Pelakon Wan Sharmila menceritakan detik-detik cemasnya  terlibat dengan sekumpulan mat rempit. Lebih membuatkan dia kecut perut, apabila dia yang turut sama menjadi pembonceng mat rempit dalam sebuah perlumbaan. Apatahlagi dia dijadikan habuan buat pemenang. Macam mana dia boleh terlibat dengan grup mat rempit?

Okay, cukup. Sebelum anda berfikir yang bukan-bukan tentang pelakon berusia 31 tahun ni, dijelaskan di sini situasi itu sebetulnya hanyalah gambaran kepada babak dan watak yang dipengang oleh Wan Sharmila dalam drama terbaru lakonanya, Apa Celop.
Wan Sharmila mengintepretasikan watak bernama Marsha. Gadis kampung yang dijadikan taruhan oleh seorang Raja Rempit yang juga ketua samseng kepada mana-mana mat rempit yang menang dalam perlumbaan. Mujur dia 'diselamatkan' oleh Aman. Tapi akibat kemalangan, Marsha telah hilang ingatan. Bagaimanapun tak lama kemudian Marsha kembali pulih. Walaupun berbuat baik terhadap Aman namun jauh di sudut hati Marsha, dia sangat berdendam dengan Aman yang menjadi punca kematian tunangnya, dalam satu perlumbaan haram.


"Ini pertama kali saya berlakon watak yang melibatkan saya dalam babak race. Saya redah jer. Walaupun sebenarnya saya takut dan banyak menjerit sampai takder suara", kata Wan Sharmila ketika di temui di majlis pelancaran drama arahan Ahmad Idham ni di Bandar Utama, One Utama, petang semalam.
"Saya tak biasa sebenarnya dengan suasana bunyi motor. Naik motor pun saya kekok. Tapi kali ni saya dikelilingi mat motor",
"Ada satu babak tu, saya duduk belakang Kamal Adli (memengang watak Aman). Masa tu Tuhan saja yang tahu apa yang saya rasa. Sebelum tu abang Idham ada pesan katanya, apa pun yang terjadi, peluk jer Kamal. Jadi saya peluk kuat-kuat", katanya lagi.


Meskipun  berdepan cabaran yang mendebarkan, dia bersyukur kerana tiada sebarang pekara buruk yang berlaku. Malah dalam masa sama dia dapat menimba satu pengalaman baru dan menyeronokkan. Sementelah sepanjang pengambaran Wan memberitahu, dialah yang selalu dibuli baik dikalangan para pelakon mahupun produksi Apa Celop.
Siri 13 episod arahan Ahmad Idham ni turut di bintangi barisan pelakon seperti  Kamal Adli, Taiyuddin Bakar, Amanda Misbun, Ika Nabella, Azad Jasmin, Fendi Balas dan ramai lagi. Apa Celop bakal menemui anda mulai 20 Februari ini menerusi slot Aksi di TV3.
Dalam perkembangan lain, Wan Sharmila sibuk menjalani pengambaran drama bersiri Seindah Sakura. Selain itu dia juga akan muncul menerusi lakonannya dalam siri di slot Senda Pagi di TV berjudul Naik Lif Turun Tangga di TV3 dan sebagai hos untuk program terbitan RTM, Dialek Kita yang akan di tayangkan tak lama lagi.
- Foto-foto oleh Cipotredz
- mD

Nabil & <b>Wan Sharmila</b> Hos Program Realiti TV Dikir Barat | Sensasi <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2012 02:33 AM PST

Program Realiti TV Dikir Barat : Pentas Dikir Pertama Hanya di RTM

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjadi stesen TV pertama yang membawakan satu-satunya program realiti TV, "Pentas Dikir" yang mencari bakat Juara & Tukang Karut terbaik di negara kita. Bertemakan 1 Rentak 1 Jiwa, program ini telah pun menemui penonton menerusi episod pengenalannya pada 3 Februari lalu dan menerima sambutan baik daripada penonton TVi (Saluran 180 Astro).

Disiarkan setiap Jumaat, jam 9.30 malam mengisi 13 episod siarannya, "Pentas Dikir" meneruskan misi pencarian bakat seni dalam seni budaya iaitu Dikir Barat yang menampilkan pengacara Nabil Raja Lawak yang bergandingan dengan pelakon Wan Sharmila.

Dikir Barat

Ujibakat yang bermula 11 Jun 2011 lalu menyaksikan 12 orang peserta telah terpilih untuk merebut gelaran yang telah dibahagikan kepada 6 orang calon Juara/Tok Jogho dan 6 calon Tukang Karut. Mereka kemudiannya 'dikuarantin' selama 10 hari bagi mengikuti kelas dikir dan persedian ke konsert mingguan.
Saringan meliputi dua pusingan dan 4 orang dari setiap kategori akan ke peringkat separuh akhir dan seterusnya 2 pasangan akan dipilih mara ke Peringkat Akhir bagi merebut hadiah utama yang dijanjikan kepada pemenang.

Setiap episod akan membawa tema yang berlainan seperti anti dadah, keselamatan jalanraya, cuti-cuti Malaysia, idola, integrity, 1 Malaysia dan gaya hidup sihat.

Kategori Juara/Tok Jogho menyaksikan persaingan hebat diterima daripada enam peserta iaitu Sari Bayu (Ahmad Syahrir bin Hj.Aliakbar dari Sabah), Anak Gelama (Muhammad Aliff dari Singapura), Limau Manis (Anas Fariq Bin Mohd Asseri dari Pahang), Seruling Emas (Mohd Azhar Bin Mohd dari Kelantan), Adinira Engku Suhardi Bin Engku Yaacob dari Kuala Lumpur) dan Gergajiwa (Saharudin Bin Mohamad dari Selangor).

Enam peserta yang bertanding dalam Kategori Tukang Karut pula adalah Sina Kencana (Wan Mohd Suhaizi Bin Wan Mohamad dari Kelantan), Sunan Malaya (Zul Afkar Al-Husna Bin Yusoff dari Negeri Sembilan), Putera Saring (Effrizal Molaizi Bin Mohd dari Kelantan), Udang Merah (Aliff Muhaimin Bin Mohamed Kamil dari Pulau Pinang), Sutera Jingga (Noor Idayu Binti Mohammad dari Pahang) dan Cindai Pelangi (Siti Aishah Binti Che Mat Riffin dari Terengganu).

Tenaga pengajar profesional terdiri daripada Megat Nordin (Pengetua/Adiguru), Arjunasukma (Ketua Tenaga Pengajar), Mie Gajah Putih (Tenaga Pengajar Juara) dan Muslih Sang Saka (Tenaga Pengajar Tukang Karut). Manakala persembahan peserta untuk setiap kategori akan diadili oleh Juri Profesional iaitu Cikgu Sulizi dan Juri Jemputan iaitu Mat Over dan Mustafa Kamal.

Menariknya, peserta rancangan ini datangnya dari seluruh pelusuk negara termasuk seorang peserta dari Singapura, 2 orang peserta wanita dan seorang peserta cacat penglihatan.

Saksikan debaran siapakah yang bakal membolot gelaran Juara/Tok Jogho dan Tukang Karut Terbaik hanya dalam program realiti TV, "Pentas Dikir" di TVi (Saluran 180 Astro).

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Rasmi : Pentas Dikir – 1 Realiti 1 Jiwa.

Dikir Barat

Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Wan Sharmila Jatuh Patah Gigi Masa Program Ewah-Ewah
  • PERTANDINGAN AKHIR DIKIR BARAT KEBANGSAAN 2008
  • TVi Perkenal Program Remaja Lebih Segar
  • Video Persembahan Nabil di Final Maharaja Lawak Akhir
  • SRI GEDOMBAK vs TITIH PUSAKA di PERTANDINGAN AKHIR DIKIR BARAT 2010
  • Gambar Wan Sharmila di Anugerah Skrin 2009
  • Gambar Kad Kahwin Nabil Raja Lawak
  • Video Nabil Peluk Irma Hasmie di Anugerah Bintang Popular 2008
  • Kekasih Irma Hasmie, Nabil Jadi Pengacara Pondok-Pondok, Studio Nabil
  • Pelakon Wan Sharmila Bercerai Talak Satu
  • GUA - BERITA ARTIS - <b>Wan Sharmila</b> Korbankan Rambut Untuk <b>...</b>

    Posted: 14 Feb 2012 08:00 AM PST

    Bagi menjayakan watak Marsha dalam drama terbaru 'Apa Celop', Wan Sharmila sanggup mengorbankan rambutnya yang panjang menggurai. Jelas pelakon kecil-molek ini, pihak TV3 telah meminta dia memotong rambut bagi membawa karektor seorang budak kampung yang datang ke bandar dan terlibat dengan dunia rempit.

    "Saya memang sudah lama tidak berambut pendek. Kalau tidak silap, kali terakhir saya berambut pendek ialah kira-kira lima atau enam tahun dahulu. Ketika itu saya belum lagi aktif berlakon. Memang rasa lain sedikit apabila berambut pendek ini, tapi saya tidak kisah kerana saya memang ingin ubah penampilan untuk tahun 2012 ini." ujar Wan Sharmila.

    Bercerita tentang pengalaman berlakon dalam drama arahan Ahmad Idham itu, Wan Sharmila memberitahu ia satu pengalaman yang baru kerana sebelum ini dia tidak pernah melakonkan watak yang melibatkan aksi-aksi lasak atau bahaya. Dalam masa yang sama, dia juga berasa seronok kerana dapat bekerjasama dengan baik dengan semua pelakon dan krew 'Apa Celop'.

    "Memang seronok dapat terlibat dengan drama ini, tapi saya agak gementar apabila terlibat dengan aksi-aksi merempit. Saya rasa takut kerana sebelum ini saya memang tidak pernah mencuba aksi-aksi lasak sebegitu. Maklumlah, saya ini memang tak biasa membonceng motosikal. Apatah lagi hendak menunggangnya. Mujurlah tidak ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Saya rasa setiap kali terlibat dengan adegan motor, saya pasti menahan takut dan cuba mengawal pergerakan kerana tidak mahu kelihatan kekok. Saya cuba buat yang terbaik," ujar Wan Sharmila lagi.

    'Apa Celop' akan bersiaran di Slot Aksi, TV3 menggantikan 'Nilapura' bermula 20 Februari ini. Ia mengisahkan tentang dua pelumba haram, Aman dan Sawi yang bercadang untuk berlumba kali terakhir bagi memenangi duit supaya dapat mengadakan sebuah majlis perkahwinan secara besar-besaran bersama Julia dan Munirah. Kemenangan Aman yang mengalahkan Mako, Raja Rempit dan Ketua Gangster KL turut membawa pulang Marsha sebagai habuan.

    Aman dan Sawi terpaksa berbohong kepada Julia dan Munirah bagi menyembunyikan Marsha. Keadaan menjadi tidak terkawal apabila Marsha telah hilang ingatan selepas kemalangan jalanraya yang turut melibatkan Aman. Mako juga berang dengan Aman kerana gagal menyerahkan kembali Marsha dan mengugut akan mengambil Julia sebagai pengganti.

    'Apa Celop' turut dibintangi oleh Kamal Adli, Taiyuddin Bakar, Amanda Misbun, Ika Nabila, Azad Jasmin dan Zed Zaidi.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan