Nuffnang

Rabu, 7 Mac 2012

Fahrin Ahmad - Google Blog Search

Fahrin Ahmad - Google Blog Search


<b>Fahrin Ahmad</b> Semakin Tenggelam - "Populariti Bukan Keutamaan <b>...</b>

Posted: 27 Jan 2012 11:38 PM PST

vimax

kerja-cash

kerja-cash

jiraiya-sama

erisya-spa

erisya-spa

erisya-spa

perfumeberry

wuuhuuonline

1 step to become a great reader:
1. Take a look one by one ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here!! We swear!!

Hantar ke Twitter! | Bookmark Share

Segak dan bergaya dengan badan sasanya siapa tidak kenal Fahrin Ahmad. Salah seorang selebriti tampan Malaysia yang boleh dibanggakan. Namun begitu bukan semuanya cerah untuk jejaka tampan sepertinya selepas Fahrin 33 tahun, gagal dalam percintaan bersama Linda Onn dan Scha Al-Yahya. Setelah dihambat kontrovesi itu, Fahrin seakan merajuk dan jarang dilihat berlakon.

Sebenarnya bukan begitu. Fahrin sekarang terlalu sibuk. Jadualnya sudah penuh sehingga April. Dia kini terlampau sibuk mengacara dan berlakon.

"Saya berada di landasan yang betul untuk 2012 ini. Bermula Januari sehingga April, jadual saya sudah penuh. Selain sibuk mengacara Misi 12, saya juga sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri 'Seindah Sakura' yang akan bersiaran di Slot Akasia, TV3 dalam sedikit masa lagi. Untuk drama ini saya berlakon sebagai Cikgu Airil di samping Fasha Sandha.

"Baru-baru ini saya juga mencuba satu bidang baru apabila terpilih sebagai hero animasi 'Saladdin' yang akan mula bersiaran 6 Februari ini di TV3. Bakal ditayangkan sempena Maulidur Rasul nanti, suara saya digunakan untuk watak utama animasi tersebut iaitu Saladin."

"Saya tidak pernah menolak sebarang publisiti. Kalau ada pihak yang ingin menemubual, saya sedia bekerjasama. Kalau orang kata populariti saya menurun, saya tidak kisah. Paling penting sekarang ini saya berasa tenang dan gembira dengan kehidupan saya. Malah, rezeki saya juga tidak putus. Populariti bukan keutamaan saya."

Bukan sahaja sibuk dengan mengacara dan berlakon tetapi Fahrin juga telah beranjak ke bidang motivasi. Fahrin mahu meluaskan lagi kariernya sebagai penceramah motivasi. Dia dan rakannya sedang sibuk membina modul dipanggil 'Perisai Buat Wanita' yang bertujuan memberi panduan kepada wanita supaya tidak mudah terpedaya dengan lelaki.

"Salah satu sebab saya mencuba bidang motivasi ini ialah kerana saya memang suka mengajar. Mungkin kerana emak dan ayah saya seorang cikgu. Saya beri motivasi berdasarkan pengalaman diri sendiri. Mudah-mudahan ia boleh menjadi panduan kepada mereka yang mendengar."

Masih single?

"Sekarang saya masih single dan juga available. Masih mencari, tetapi belum bertemu lagi dan kalau boleh mahu cari orang biasa. Lebih senang." Fahrin seperti berjauh hati bunyinya. Yalah, sudah tentu kisah lama memberi pengajaran kepadanya.

Apa itu program Misi 12?

Program Misi 12 ini merupakan program realiti yang lain daripada yang lain. Objektif utama Misi 12 adalah untuk memberikan transformasi dan merubah masa depan kepada 12 orang remaja terpilih. Kesemua mereka diberikan peluang kedua untuk membuktikan mereka juga boleh melakukan sesuatu yang membanggakan sama ada buat diri sendiri, keluarga mahupun masyarakat.

Wah! Menarik.

Mereka akan dilatih dibawah tiga orang mentor dan enam orang tenaga pengajar sepanjang tujuh minggu program ini berlansung. Terdiri daripada tujuh orang pelatih lelaki dan lima orang pelatih perempuanyang berumur diantara 19 hingga24 tahun, mereka bakal mengikuti kelas yang telah disusun khas di bawah seliaan penasihat yang datang dari pelbagai latar belakang.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan rancangan baru terbitan Astro, Misi 12 yang bakal menemui anda di saluran Astro Ria (saluran 104) bermula pada 7 Februari depan.

OH ARTIS : SALAH SEORANG SELEBRITI YANG MENGEKALKAN HIDUP SIHAT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan