Nuffnang

Ahad, 25 Mac 2012

kumpulan Sofaz - Google Blog Search

kumpulan Sofaz - Google Blog Search


Kak Nam Kepohh!!: Aremeer (Sofazr) Akui Kurus Selepas Putus <b>...</b>

Posted: 18 Mar 2012 06:41 PM PDT

KAK NAM- Kumpulan Sofaz semakin meningkat naik nama di persada seni setelah beberapa kali telah masuk dalam Finalis Muzik-Muzik. Apatah lagi dengan suara merdu vokalis kumpulan tersebut,Aremeer membuatkan lagu yang dinyanyikan bertambah popular. Mungkin ramai peminatnya perasan yang badan Aremeer kini semakin kurus disebabkan putus tunang baru-baru ini. Jom kita lihat komennya sendiri yang Kak Nam petik dari mstar.

"Seperti yang pernah saya beritahu, saya memang mengamalkan diet untuk turunkan berat badan daripada 74 kilogram kepada 59 kilogram kini.

"Tapi saya tidak nafikan perasaan kecewa kerana putus tunang turut memberikan kesan pada kehidupan saya," katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.


"Saya masih kekal solo dan belum berpunya sehingga kini. Ibu nasihatkan saya tidak perlu bersusah payah untuk mencari teman wanita, biarkan saja dia datang sendiri.

"Kesibukan dengan urusan kerja membuatkan saya tidak terlalu memikirkan mengenai soal teman wanita," katanya.


"Kami akan muncul dengan lagu 'single' terbaru hasil kolaborasi dengan KRU Studios. Ia berada di dalam peringkat perbincangan dan akan diputarkan pada tahun ini juga.

"Selain itu, filem pertama lakonan dan terbitan syarikat kami berjudul Sofazr The Movie: Jiwa Kacau juga akan ditayangkan pada tahun ini juga," katanya yang bakal terlibat bersama Sofazr dalam program Versus di TV9.


Anda Suka LIKE Je! Kalau Ada Gosip,Gambar Artis Dan Tak Puas Hati Yang Nak Dikongsikan Boleh Emailkan Di emyzetty88@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan