Nuffnang

Sabtu, 3 Mac 2012

Shaheizy Sam - Google Blog Search

Shaheizy Sam - Google Blog Search


<b>Shaheizy Sam</b> Dan Yana Samsudin Berduet

Posted: 27 Feb 2012 07:08 PM PST

KUALA LUMPUR – Pelakon utama filem Adnan Sempit, Shaheizy Sam dan pelakon drama Santau Merasuk, Yana Samsudin, bertindak berani mencuba nasib dalam bidang nyanyian apabila merakamkan sebuah lagu duet bersama yang berjudul Begini Caranya.

Difahamkan bahawa lagu single pasangan duet tersebut boleh didengari peminat menerusi Nasional FM sementara menunggu 'lampu hijau' dari konti-konti radio utama yang lain.

Menurut blog peminat kedua artis tersebut, anisabc.blogspot.com, Shaheizy dan Yana pernah menceburkan diri dalam bidang nyanyian sebelum ini namun beralih kepada dunia lakonan kemudiannya.

"Mmg setahu anis Shaheizy Sam dan Yana Samsudin ni penyanyi suatu ketika dahulu," kata pemilik blog tersebut yang hanya dikenali sebagai 'Anis', semalam.

Berikut adalah lirik lagu berserta rakaman video clip Begini Caranya dendangan duet Shaheizy dan Yana, harap terhibur ;

Begini Caranya
Aku tak bisa menyatakan perasaan
Kelu lidah bila berdepan kamu

Aku percaya pada naluri hatiku
Yang nyata sudah ada depan mata

Tapi aku masih belum mengenal mu
Untuk menikmati rasa sebenar benar cinta

Aku tahu di mana nak cari cinta mu
Di sini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untuk mu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Begini caranya bagi diriku
Caranya bagi diriku

-Mynewshub.my

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan