Nuffnang

Jumaat, 13 April 2012

Altimet - Google Blog Search

Altimet - Google Blog Search


FaizalAnuar ™: SENYAP : <b>Altimet</b> Feat Broframestone

Posted: 12 Apr 2012 08:10 AM PDT

Semalam sempena cuti umum Pertabalan Yang Dipertuan Agong berlangsungnya program SENYAP iaitu Social Enforcement For National Youth Awareness Program di Aras Bawah Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia Precinct 4 Putrajaya.Platform SENYAP untuk memberikan kesedaran IT dan  merapatkan jurang antara blogger dan kementerian.

SENYAP  menampilkan penyanyi rap yang terkenal dengan lagu Syukur iaitu ALTIMET  dimana beliau merupakan salah seorang dari Malaysian Youth Icon  


Satu program yang bagi aku banyak menyedarkan golongan belia iaitu golongan yang berusia di antara 18 - 40 tahun tentang peranan Belia dalam kesinambungan negara di Malaysia ini.Turun naik negara ini bergantung kepada golongan belia seusia ini.Sudah tentu aku tergolong dalam golongan ini.


Dengan menampilkan Altimet,pelbagai kisah hidup beliau sebelum bergelar artis sehingga sekarang menyentuh perasaan para hadirin.Kisah jiran beliau yang banyak menyedarkan beliau tentang erti Syukur dalam kehidupan maka dengan itu terlahirlah lagu Syukur.Sekilas pemerhatian aku hadirin yang hadir semuanya remaja seusia 25 tahun ke bawah.


Perut pun terisi dengan hidangan dari McD diberi Big Mac dan Spicy Chicken Mc Deluxe siap boleh minta tambah lagi macam di restoran McD plak.Best sangat yoo..Sebelum balik apa lagi sesi bergambar le.Ini antara gambar yang sempat diambil.Thank kepada Vyrec (Virtual Youth Resources Center) dan Kementerian Belia Dan Sukan.
Latar Belakang yang menarik
Altimet siap tunduk sikit.Yelah rendah

P/s : Jangan lupa 23 - 27 Mei 2012 ini Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya.Tahun lepas aku masuk Konvoi LC tahun nie masuk Standard Chartered Fun Run 2012.Korang dah daftar ke belum.Malam nie tak dapat pergi Majlis Tayangan Eksklusif Filem BERANI PUNYA BUDAK sebab wife tak sihat loh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan