Nuffnang

Jumaat, 20 April 2012

Iqram Dinzly - Google Blog Search

Iqram Dinzly - Google Blog Search


<b>Iqram Dinzly</b> Amal &#39;Cengkaman Harimau&#39; Untuk Kesihatan Lelaki <b>...</b>

Posted: 20 Mar 2012 07:31 AM PDT



Minggu ini untuk ruangan 12 perkara menarik di disini. Kali ini kami bongkarkan 12 rahsia tentang pelakon drama bersiri 'Ayoub', Iqram Dinzly. Difahamkan, anak muda berusia 31 tahun kelahiran Perak ini pantang menunggu orang yang lambat. Ingin tahu apa lagi yang menarik tentang pemilik nama Muhammad Iqram Dinzly bin Muhammad Saipuddin ini, ikuti senarai yang sempat kami sediakan.
1. Setiap kali bangun pagi, Iqram wajib minum air suam dan makan 3 biji kurma.
2. Iqram sentiasa mengamalkan senaman 'cengkaman harimau' pada setiap hari. Menurut Iqram, senaman tersebut bagus untuk golongan lelaki.
3. Sebelum tidur, Iqram wajib menghadap anak-anak ikannya. Jangan berfikiran negatif, anak ikan yang dimaksudkan memang betul-betul anak ikan yang dibela oleh Iqram di kolah dan juga akuarium di rumahnya. Iqram memberitahu, dia suka tengok anak-anak ikannya itu membesar.
4. Pelakon Cinta Medik ini gemar mengumpul duit syiling 50 sen. Sehingga kini, koleksi beliau sudah menjangkau lebih sebuah balang besar.
5. Iqram mengakui suka mencampak duit lebihannya di dalam sebuah tong sampah khas.
6. Tidak lengkap hari Iqram jika tidak memakan buah-buahan.
7. Jejaka ini mengakui selalu menangis bila menyentuh mengenai kedua ibu bapanya.
8. Iqram selalu kutip kucing yang mati di atas jalanraya dan meletakkan haiwan tersebut di tepi.
9. Pelakon Bella ini juga mudah tersentuh bila tengok orang susah dan golongan cacat.
10. Menurut Iqram, dalam kehidupannya mesti dan wajib ada warna kuning.
11. Iqram seorang yang tidak cerewet namun sudah menetapkan apa yang diinginkan. Contohnya jika ke McDonald's, dia akan memesan Filet-O-Fish, KFC (Ayam Original) dan Pizza Hut (Super Supreme).
12. Sudah menjadi rutin duta Ayamazz ini untuk pergi ke 7-eleven sebanyak dua kali sehari. Di sana, dia wajib membeli air Vitagen, Yakult, Ribena dan 100plus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan