Nuffnang

Sabtu, 19 Mei 2012

Maya Karin - Google Blog Search

Maya Karin - Google Blog Search


BADUT RAKYAT: EKSKLUSIF !!! <b>MAYA KARIN</b> JAWAB <b>...</b>

Posted: 26 Apr 2012 10:00 AM PDT


Pelakon popular masa kini,Maya Karin telah tampil untuk memberi penjelasan mengenai babak yang paling banyak menerima kritikan di dalam filem "Ombak Rindu",iaitu babak Adegan Berahi A.K.A rogol.Di dalam filem ini,Maya memainkan watak seorang gadis kampung yang naif dan lurus yang dikenali sebagai Izzah, yang kemudiannya telah dijual untuk menjadi seorang pelacur. Malah dia telah dirogol oleh pelanggannya yang pertama, yang dilakonkan oleh Aaron Aziz, walaubagaimanapun, lelaki tersebut kemudiannya telah jatuh cinta dengan Izzah.

Filem yang telah diadaptasi dari novel ini sememangnya menerima ulasan yang positif dan menerima sambutan dari orang ramai. Namun begitu, para pengkritik mendapati babak rogol di dalam filem ini telah memuliakan kekejaman dan tidak berperikemanusiaan.Berdasarkan petikan dari the Daily Chili, Maya menyatakan pendapat yang berlainan mengenai isu yang masih hangat diperkatakan sekarang.

"Pembikinan filem meliputi gambaran mengenai keadaan yang sebenar yang kini berlaku di sekeliling kita.Walaupun ada wanita yang tabah dalam menghadapi keadaan ini dan melawan kembali sekiranya ditindas,namun begitu masih ramai lagi wanita di luar sana yang tidak berkemampuan dan kuat untuk berbuat sedemikian.Terdapat juga wanita seperti Izzah yang terperangkap,ditipu dan terjebak dengan dadah.Setiap filem tidak semestinya mengenai wanita yang melawan balik dan berjaya mengatasi keganasan," katanya

Walaupun ramai yang menyoal motif jalan cerita tersebut,Maya cuma berkata bahawa filem itu tidak perlulah terlebih analisa.Di sebalik kejayaan filem itu,yang telah meraih kutipan pecah panggung Malaysia sebanyak RM11 juta,Maya juga kini semakin popular dengan tawaran berlakon yang mencurah-curah.Antara filem-filem baru aktress 32 tahun ini pada tahun ini akan melihatnya berkerjasama kembali dengan direktor Osman Ali dan juga Shuhaimi Baba.

Selain itu,aktres cantik kacukkan German ini yang juga pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang guru berbangsa British Steven David Shorthose namun bercerai pada tahun 2010 turut menyuarakan hasrat untuk kembali berpacaran.

"Saya sudah bersedia untuk berjumpa orang baru dan pergi makan malam," katanya lagi.

JOM !!! KITA LAYAN VIDEO OMBAK RINDU !!!

SIAPA KAH LELAKI BARU DALAM TEMAN HIDUP MAYA KARIN ???

KITA TUNGGU...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan