Nuffnang

Rabu, 27 Jun 2012

Fahrin Ahmad - Google Blog Search

Fahrin Ahmad - Google Blog Search


<b>Fahrin Ahmad</b> & Remy Ishak didakwa hipokrit | Artis.my

Posted: 15 Jun 2012 01:30 PM PDT

Seorang pengarah dan penerbit terkenal tanah air melabelkan pelakon Fahrin Ahmad dan Remy Ishak sebagai hipokrit. Mengikut pengarah tersebut, dirinya jelak dengan sikap kepura-puraan kedua-dua pelakon terkenal itu.

Kencang. Sekali dua aktor terus didakwanya. Dan perkara ini sudahpun sampai kepada tuan empunya badan sendiri. Menjelaskan keadaan sebenar, Remy dan Fahrin tampil memberi penjelasan.

Setakat ini saya tidak ada masalah langsung dengan mana-mana penerbit atau pengarah drama mahupun filem. Bila gosip tersebut keluar, saya sendiri tidak tahu penerbit dan pengarah mana yang dimaksudkan penulis itu

Memang sesuatu yang pelik bagi saya bila dituduh sedemikian rupa. Saya tidak pernah menjalinkan hubungan rapat dengan mana-mana pengarah yang juga merupakan seorang penerbit. Jika ada pun, saya cuma baik dengan beberapa pengarah sahaja. Jadi, saya tidak tahu bagaimana isu bersikap hipokrit boleh timbul.

Saya juga berharap sangat untuk mengetahui identiti pengarah dan penerbit yang dimaksudkan supaya kami boleh menyelesaikan masalah ini dengan cara profesional.Tambahnya, saya tidak ada perbalahan dengan mana-mana penerbit atau pengarah.

Saya pelik kenapa penerbit dan pengarah tersebut boleh cakap saya hipokrit, sedangkan saya bekerja bersungguh-sungguh untuk industri seni. Tanyalah kepada mana-mana pengarah yang pernah bekerjasama dengan saya, macam mana kerja saya. Saya sangat pelik kenapa kenyataan yang mengatakan saya hipokrit boleh timbul.

Saya rasa orang lain tidak boleh tengok saya bahagia. Tidak boleh tengok saya senang. Ada sahaja yang ingin jatuhkan saya. Saya ada keluarga, ada peminat dan ada produk-produk yang bakal keluar. Jadi, saya tidak mahu isu ini menjejaskan segala-galanya. – Remy Ishak.

Itu kata Remy. Sama pada kedudukan tersebut, ini pula kata Fahrin

Pengarah yang juga merangkap penerbit, tidak ramai di Malaysia. Sepanjang penglibatan saya dalam dunia seni, saya tidak pernah ada masalah atau bermuka-muka dengan mana-mana penerbit atau pengarah. Saya baik dengan semua orang.

Saya tidak melenting dan bersangka baik dengan kenyataan dia. Cuma, saya berharap kalau betul ada pengarah dan penerbit yang membuat kenyataan demikian, saya ingin tahu identitinya supaya masalah ini boleh diselesaikan dengan cara yang baik

Saya tidak tahu ia merujuk kepada apa. Ia sangat subjektif. Saya tidak akan melayan provokasi macam ini. Dunia ini kecil, kita boleh buat macam-macam andaian. Saya juga mahu mohon maaf jika saya secara tak sengaja ada menyinggung perasaan mana-mana penerbit atau pengarah sepanjang bekerjasama dengan mereka. – Fahrin Ahmad

Provokasi siapa pengarah juga penerbit ini masih lagi menjadi tanda tanya. Bagaimanapun, dakwaan ini jelas menunjukkan betapa rendahnya tahap professional'nya dalam industri hiburan bagi kami.

Entri ini menggunakan Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , dan dinukil oleh lamanmedia
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan