Nuffnang

Rabu, 13 Jun 2012

Que Haidar - Google Blog Search

Que Haidar - Google Blog Search


Dari Pelakon, <b>Que Haidar</b> Beralih Ke Pengarah

Posted: 09 Jun 2012 08:35 PM PDT

KUALA LUMPUR – Selepas meninggalkan dunia lakonan setahun yang lalu, pelakon dan juga suami kepada pereka penari, Que Haidar kembali semula ke pentas dunia lakonan.

Namun, Que kali ini tidak menjadi pelakon sebaliknya beralih angin menukar kerjayanya dengan menjadi pengarah.

Sebelum ini, Que pernah mencuba untuk menjadi penulis skrip.

Malah, keinginannya untuk mencoret idea satu watak yang diidamkannya di atas kertas juga mendapat sokongan dari teman-temannya.

Bagaimanapun, hasratnya untuk menjadi penulis skrip terpaksa dilupakan memandangkan Que sedar dia tidak mempunyai bakat untuk menulis dan bermain dengan ayat-ayat.

"Kerana tidak dapat watak yang saya inginkan sebagai pelakon, saya cuba menghasilkan skrip bagi mewujudkan jalan cerita dan watak yang sering saya idamkan sebagai pelakon.

"Bagaimanapun gagal kerana saya sebenarnya tiada bakat sebagai penulis," kata Que seperti yang dipetik dari mStar Online.

Selepas menyepikan diri agak lama dari dunia lakonan, Que menyatakan dia akan kembali berlakon tetapi dalam pentas teater.

Que bakal beraksi di pentas teater yang berjudul 'Primadona…Perahu Mimpi' yang akan dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) bermula 22 hingga 26 Jun depan.

Bercerita mengenali perihal keluarganya, Que ketika ini sangat bahagia melayari kehidupan bersama isterinya, Linda Jasmine dan juga dua orang anak mereka termasuklah anak tiri Que.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan