Nuffnang

Rabu, 6 Jun 2012

Shila Amzah - Google Blog Search

Shila Amzah - Google Blog Search


<b>SHILA AMZAH</b> SEMAKIN DEMAND

Posted: 05 Jun 2012 10:20 PM PDT

Shila Amzah Semakin Demand: Shila Amzah semakin demand dengan menaikkan bayaran untuk persembahannya kerana merasa diri semakin popular.

Penyanyi Shila Amzah tampil menjawab isu kontroversi yang dibangkitkan oleh pihak media dan industri hiburan yang mengatakan Shila Amzah semakin demand dengan bayaran yang diberikannya untu setiap persembahannya.

Ketika ditanya adakah isu tersebut benar, Shila Amzah tidak menafikan bahawa beliau telah menaikkan bayaran untuk persembahannya sejak Februari lepas. Namun perkara tersebut adalah perkara biasa untuk seseorang artis yang yang semakin meningkat naik. Jumlah bayaran yang ditetapkan adalah sejajar dengan tahap prestasi persembahannya kini.

"Memang harga bayaran untuk saya mengadakan sesebuah persembahan dah naik sejak penyertaan saya dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) yang berlangsung pada Februari lalu lagi.

"Dan ia merupakan perkara normal bagi setiap penyanyi yang menaikkan harga mereka. Harga petrol pun naik setiap tahun, takkan kami (penyanyi) tidak boleh naikkan harga sedikit?"

Namun begitu, penyanyi lagu Patah Seribu tersebut kecewa dengan sikap segelintir pihak yang menuduhnya tidak mahu berunding dengan harga yang ditawarkann terhadap persembahan beliau. Menurut Shila dia boleh bertolak ansur dalam menentukan bayaran persembahannya mengikut kemampuan syarikat yang menjemputnya.

Ditanya mengenai perkembangannya kini, Shila Amzah bersyukur dengan peningkatannya setelah menyertai Mania Astro yang lepas. Terbaru, Shila sedang menunggu perbincangan dengan pihak Republik Cinta Management (RCM), syarikat milik Ahmad Dhani untuk mengembangkan karier nyanyiannya di Indonesia.

Pihak Forblogger mengucapkan selamat maju jaya kepada Shila Amzah dalam karier seninya.- Shila Amzah Semakin Demand

Rating: 10.0/10 (2 votes cast)
Shila Amzah Semakin Demand , 10.0 out of 10 based on 2 ratings

Respons

10 Artikel Pilihan Ramai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan