Nuffnang

Selasa, 17 Julai 2012

Mia Sara - Google Blog Search

Mia Sara - Google Blog Search


<b>Mia Sara</b> Nasuha Disenarai Dalam Malaysia Book of Record? | Pen <b>...</b>

Posted: 12 Jul 2012 01:09 AM PDT

Salam..

Waahhh kecil – kecil cili padi haaa ni lama pepatah sesuai buat adik Mia Sara Nasuha Mohammad Ridhuan, 7, di atas kejayaannya yang dianugerahkan sebagai pelakon termuda dalam Festival Filem Malaysia (FFM) yang juga disenaraikan dalam Malaysian Book Of Records. Memang patut pun sebab aku rasa Mia antara pelakon muda yang banyak berlakon tak kira drama mahupun filem. Clap lelaju buat adik Mia. hikhik

mia sara Mia Sara Nasuha Disenarai Dalam Malaysia Book of Record?

Bagi Mia, dia berasa terharu dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mengucapkan tahniah kepada dirinya. Pelakon cilik itu sentiasa mengingatkan dirinya untuk tidak mudah lupa diri dan akan berusaha dengan lebih gigih di masa hadapan. Kejayaannya itu banyak dikongsi bersama peminat-peminat di laman sosial Twitternya sendiri.

mia tweet Mia Sara Nasuha Disenarai Dalam Malaysia Book of Record?

"Mia nak ucapkan terima kasih pada yg ucapkan tahniah pada Mia. InsyaAllah Mia tak lupa diri. Mia akan usaha lebih gigih lagi masa depan icon wink Mia Sara Nasuha Disenarai Dalam Malaysia Book of Record? ," tulis Mia dalam Twitternya semalam. Beberapa keping gambarnya juga dimuat naik untuk berkongsi kegembiraannya bersama para peminat yang sentiasa mendoakan kejayaannya.

Selama penglibatan dalam bidang seni, Mia sudah pun dianugerahkan dengan tiga anugerah iaitu Pelakon kanak-kanak terbaik dalam Festival Filem Malaysia 24, Best Kid Actress oleh TV# Kids Awards; dan Youngest Actress Winning Festival Film Malaysia oleh Malaysian Book of Records. Mia juga pernah dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Filem Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular 2011.

P/s: Tahniah buat Mia Sara Nasuha dan aku doakan beliau akan terus aktif dan memberi yang terbuat dalam industri seni. Waaaa kecik – kecik dah berbakat memang bertuah badan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan