Nuffnang

Jumaat, 20 Julai 2012

Ning Baizura - Google Blog Search

Ning Baizura - Google Blog Search


<b>Ning Baizura</b> Kecewa, Kecam PAS Kerana Sebar Fitnah | OHBULAN!

Posted: 18 Jul 2012 10:55 AM PDT

Mungkin bahang pilihanraya sudah mula terasa agaknya. Bukan setakat isu Abby Abadi yang sibuk dibualkan baru-baru ini, lagi terbaru, Ning Baizura telah 'mengamuk' di Twitter apabila dia mengatakan bahawa sebuah parti politik, PAS, telah memfitnahnya.

Ning Baizura dalam akaun Twitternya mendakwa bahawa PAS telah menyebarkan khabar yang dia telah menyertai parti pembangkang itu. Selain itu, Ning Baizura turut menyatakan bahawa pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan gambar dia bertudung, padahal gambar tersebut adalah gambar untuk drama tahun lepas yang disimpan didalam koleksinya.

Ning Baizura dalam akaun Twitternya turut menyuarakan kekecewaannya terhadap perkara yang berlaku.

Berbalik pada punca asal, Ning Baizura juga telah memuat-naik sekeping foto keratan akhbar ke akaun Twitternya. Dalam keratan tersebut ada menyebut bahawa Ning Baizura adalah antara salah seorang artis yang bakal menyertai PAS.

Jika dulu, jarang kita melihat artis-artis terlibat dalam dunia politik. Kini, semakin hari, semakin ramai yang mula berani tampil seperti Abby Abadi. Persoalannya, apakah ini semua ada maksud tersirat disebalik segalanya?

<b>Ning Baizura</b> hentam PAS….Sharifah Aini terkejut – Perak Today

Posted: 19 Jul 2012 10:54 PM PDT

Kantoi habis… pembohongan PAS selama ini mengenai sokongan artis-artis hendak sertai parti itu, siap berani sebut nama lagi terbongkar.Ini berikutan tersebarnya tweet 'amukan' penyanyi terkenal NING BAIZURA balun PAS.Beliau  'angin satu badan' berikutan dakwaan kononnya merupakan sebahagian artis yang berkenaan.

Serentak dengan itu, Ning Baizura turut memberitahu bahawa ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan gambarnya bertudung, padahal gambar tersebut adalah gambar untuk drama tahun lepas yang disimpan didalam koleksinya.

Menerusi akuan twitternya @ning dalton, beliau berkata "PAS sebar fitnah katanya sy Ning Baizura dah masuk parti pembangkang & sebarkn gambar sy bertudung utk drama thn lepas dr koleksi saya!," tulisnya pagi Rabu.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar harian yang memetik kenyataan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub kononnya beliau antara artis yang dijangka menyertai parti tersebut.

Sambil melepaskan paku buah keras kepada PAS, kata Ning, "Orang Islam tak patut sebar fitnah tanpa bukti yg kukuh org Islam x payah menggunakan gambar org tanpa kebenaran itu perangai org Islam ker?"

Menurutnya, beliau suka memakai tudung dan akan memakainya satu hari nanti, tetapi tidak mahu tindakannya itu dijadikan satu bahan untuk meraih keuntungan politik.

Pada 30 Jun lalu, Sinar Harian melaporkan Salahuddin pada program anjuran Persatuan Anak Kelantan PPR Kempas di Tempoi Joho, memberitahu, sokongan terhadap Pas semakin meningkat termasuk daripada golongan artis.

Menurut Salahuddin, selain Bob Lokman dan Hairie Othman, beliau turut menyebut beberapa nama lain yang dikatakan bakal menjadi ahli Pas seperti Abby Abadi, Sharifah Aini dan Ning Baizura, namun beliau tidak mengulas lanjut mengenai pengumumannya itu.

Sementara itu penyanyi terkenal Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar yang turut disebut oleh Salahuddin menafikan beliau hendak menyertai PAS.

"Saya sokong kerajaan dan saya tidak pernah terlintas untuk masuk mana-mana parti pembangkang, baik PKR mahupun PAS.",katanya ketika dihubungi Agendadaily.

Sharifah Aini, 59 yang baru-baru ini mendaftar sebagai pengundi dengan SPR di Pejabat Pos Besar Shah Alam  terkejut namanya disebut sebagai antara artis yang bakal menyertai PAS.

"Saya tidak tahu bagaimana nama saya boleh terbabit. Tapi yang jelas, cerita itu tidak benar," katanya.

Bila ditanya apakah ada pihak dari sebelah "sana"  pernah mempelawanya menyertai mereka melalui telefon atau sebagainya, Sharifah Aini, dengan tegas menjelaskan, "Tidak ada orang telefon. Saya ini bukan jenis macam itu sebab saya tidak suka orang gaduh-gaduh.

"Bagi saya, kita semua ada plihan masing-masing. Jadi, kalau parti itu fikir mereka baik, buatlah yang terbaik. Tak perlulah kutuk-kutuk orang dan gaduh-gaduh. Kita mahu hidup dalam aman," katanya.

-Agenda Daily-

<b>NING BAIZURA</b> KECEWA DIFITNAH SERTAI PAS

Posted: 18 Jul 2012 06:54 PM PDT

Ning Baizura Kecewa Difitnah Sertai PAS: Penyanyi dan pelakon wanita, Ning Baizura kecewa dengan tindakan sebuah parti pembangkang yang memfitnahnya telah menyertai PAS dan menyebar gambarnya bertudung.

Perasaan kecewa Ning Baizura tersebut diluahkan di akaun Twitter miliknya. Menurut Ning Baizura parti pembangkang tersebut telah menyebar gambar bertudung beliau yang diambil semasa penggambaran sebuah drama lakonannya pada tahun lepas.

Eyriqazz Vs Denaihati

Selain itu, Ning Baizura turut memuat naik sekeping gambar yang merupakan keratan akbar yang menuduhnya akan mnyertai PAS tidak lama lagi.

- Ning Baizura Kecewa Difitnah Sertai PAS

Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
Ning Baizura Kecewa Difitnah Sertai PAS, 10.0 out of 10 based on 1 rating

About

Hi Reporter Malaya adalah Graphic Designer dan SEO Warrior di forblogger.net news portal. Reporter Malaya juga adalah salah seorang Reporter dan Writter daripada lainnya. Organisasi kami ditegah menyebelahi mana² organisasi politik dan lainnya, hanya sekadar menyiarkan berita secara neutral dari pelbagai kategori.


Respons

10 Artikel Pilihan Ramai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan