Nuffnang

Jumaat, 13 Julai 2012

rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


<b>Rosyam Nor</b>: Bajet Balistik Mencecah RM3 Juta

Posted: 13 Jul 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 13 JULAI 2012: Selepas 6 tahun tidak menerbitkan filem, pelakon dan penerbit terkenal, Rosyam Nor Shamsuddin atau Rosyam Nor menerusi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd bangkit menerbitkan filem Balistik.

Mendapat kerjasama syarikat produksi Asia Tropical Films (ATF) yang sebelum ini banyak menerbitkan filem dari Hong Kong, produk filem terbaru Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini turut mempertaruhkan bakat seni berwibawa iaitu Adi Putra dan Rita Rudaini sebagai teraju utamanya.

Menyentuh mengenai jumlah bajet yang digunakan, Rosyam Nor berharap soal wang ringgit tidak akan dibahaskan serta dijadikan isu utam, a sebaliknya ia ingin menitik beratkan kerjasama terulung antara produksi Melayu dan Cina.

"Terus-terang, bajet yang disediakan untuk membuat filem ini adalah sebanyak RM3 juta. Sungguhpun begitu, kami akan berusaha mengurangkan bajet tersebut mengikut kesesuaian.

"Pun begitu, saya banyak memberikan kebebasan kepada Silver untuk menentukan sejumlah bajet yang diperlukan dalam filem ini kerana ia banyak mempamerkan babak-babak letupan.

"Menghasilkan babak letupan bukanlah satu perkara yang mudah. Malah, ia terpaksa menggunakan perbelanjaan yang amat besar dan mahal. Sebab itulah kos pembikinan membuat filem ini sangat besar. Setakat ini, sudah lebih 6 hari kami memulakan penggambaran dan ianya bakal berakhir pada 6 Ogos ini," katanya.

Jelas Rosyam lagi, selain mempertaruhkan Adi Putra & Rita Rudaini, filem ini turut menampilkan penglibatan artis Cina tempatan yang paling popular iaitu Jack Lim.

"Malah, kami turut menggunakan khidmat penasihat aksi lagak ngeri dari Hong Kong iaitu Loy Fat," katanya kepada murai.com.my.

Selain penerbit, Rosyam turut menjadi tunjang utama dan memegang watak sebagai Saga iaitu seorang pembunuh upahan. Filem ini turut menampilkan pelakon lain seperti Tania Hudson, Rykarl, Jeff, Marissa Yasmin, Dato' Rahim Razali dan Gan Mei Yan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan