Nuffnang

Ahad, 1 Julai 2012

Saiful Apek - Google Blog Search

Saiful Apek - Google Blog Search


:: MYARTIS.COM ::: <b>SAIFUL APEK</b> BEBAS KES DADAH

Posted: 25 Jun 2012 04:11 PM PDT


Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor semalam atas tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan kira-kira dua tahun lalu.

Keputusan tersebut diberikan oleh Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid yang mengadili perbicaraan yang membabitkan Saiful Apek, 42, dan tiga lagi rakannya iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28.

Dengan keputusan itu, mereka semua di bebas dan dilepaskan tanpa perlu membela diri selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes 'prima facie'.

Untuk info, Saiful dan rakannya dituduh melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya, Selangor pada 12 Jun 2010 kira-kira pukul 11 malam.

Pendakwaan terhadap mereka dilakukan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

"Syukur Alhamdulillahlah semuanya telah selesai dan sedikit sebanyak keputusan yang dibuat oleh Majistret telah membersihkan nama saya yang tercalar sebelum ini. Saya amat terharu dengan sokongan semua pihak terutamanya peminat yang tidak jemu-jemu memberikan kata-kata semangat kepada saya dalam mengharungi kes yang berlanjutan hampir dua tahun ini," ujar Apek dipetik sebagai berkata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan