Nuffnang

Khamis, 9 Ogos 2012

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


Tupai - Portal Hiburan Terkini: <b>Alyah</b> enggan ulas isu adik dipenjara

Posted: 14 Jul 2012 12:41 AM PDT

Pelantun lagu "Kisah Hati", Alyah enggan mengulas lanjut tentang isu kes adik lelakinya, Mohd Faizal Abu Hassan yang dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun atas kesalahan menyamun kerana ia terlalu peribadi.

Dipetik daripada Berita Harian, pengurus Alyah, Shuib memberitahu penyanyi tersebut akur dengan keputusan yang dibuat Mahkamah Sesyen Johor Bahru dan dia tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang proses undang-undang.

Malah Alyah turut meminta semua pihak termasuk peminat agar menghormati perasaannya kerana kes tersebut hanya masalah peribadi keluarga dan tidak berkaitan dengan kerjaya seninya.

"Saya minta maaf bagi pihak Alyah. Dia memohon semua pihak memahami situasi dihadapi," ujar Shuib.

Penyanyi berasal dari Johor Bahru ini juga tidak pernah menghadiri proses perbicaraan sepanjang ia berlangsung kerana sibuk dengan kerjaya seninya.

Walaubagaimanapun Shuib memberitahu Alyah dijangka pulang ke kampung halaman untuk meluangkan masa bersama keluarga selama tiga hari sebelum menjelang Ramadan.

Mohd Faizal yang sudah bercerai dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun didakwa menyamun Rohana Jamal, 30, dengan merampas beg tangannya di hadapan Masjid Taman Tampoi Indah, Johor Bahru kira-kira jam 1.15 petang pada 23 Januari lalu.

Tertuduh yang berusia 29 tahun didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan