Nuffnang

Sabtu, 11 Ogos 2012

awi rafael - Google Blog Search

awi rafael - Google Blog Search


<b>Awi Rafael</b> selesa nyanyi lagu sendiri | Sikit Info

Posted: 04 Aug 2012 02:48 AM PDT

Jika di selusuri portfolio penyanyi dan penulis lagu, Awi Rafael, pasti ramai yang perasan bahawa jejaka ini sering menyanyikan lagu ciptaannya sendiri. Mengambil dua single popularnya, Pulanglah dan Bila Aku Jatuh Cinta, jejaka yang mesra disapa Awi ini mengakui lebih selesa menyanyikan hasil ciptaannya agar penyampaian lagu tersebut dapat dirasai oleh peminat.

Percaya kepada bakat yang dianugerahkan, anak muda berusia 26 tahun ini mahu peminat mengetahui tanda dagang pada setiap karya yang dihasilkan sebelum membawakan lagu daripada komposer lain.

"Sebagai penyanyi baru yang ingin mencipta nama, saya mahukan setiap lagu yang saya bawakan dapat disedari oleh peminat.

"Tambahan pula, sebagai penulis lagu, semestinya saya mahukan karya saya dikenali walaupun bukan saya yang menyanyikan lagu itu. Dengan hanya mendengar muzik dan lagu, saya mahu peminat dapat mengenali inilah hasil ciptaan Awi Rafael," katanya yang ditemui semasa majlis Iftar Astro Shaw dan Tayangan Unggul di Hotel One World, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Bagaimanapun, menurut graduan jurusan Undang-undang dan Psikologi ini, dia tidak menolak sekiranya ditawarkan untuk menyanyikan lagu daripada komposer lain, namun akan melihat dahulu hasil karya tersebut.

Mengakui cerewet dalam memilih lagu, Awi ingin memberikan hasil yang terbaik kepada peminat termasuk untuk kepuasan dirinya sendiri.
"Buat masa ini, saya selesa menyanyikan lagu ciptaan sendiri kerana saya rasakan lebih mudah untuk saya menyampaikan dan menghayati lagu tersebut.

"Namun, jika ada lagu lain yang berkualiti, saya tidak akan menolak kerana sebagai penulis lagu semestinya saya sentiasa mencari lagu yang berkualiti dan sesuai dengan jiwa saya," katanya yang kini sibuk menghasilkan lagu untuk penyanyi lain.
Lagu buat kekasih

Menurut Awi, melihat sambutan peminat terhadap dua single popularnya itu, ramai penyanyi lain yang menyatakan minat untuk mendapatkan hasil ciptaannya.

"Alhamdulillah, kebelakangan ini saya menerima tawaran daripada rakan-rakan artis lain untuk mencipta lagu memandangkan banyak respons positif daripada mereka yang menyukai konsep lagu Pulanglah dan Bila Aku Jatuh Cinta.

"Selain mencipta lagu untuk mereka, saya juga meluangkan masa menulis beberapa lagu bagi simpanan saya sendiri," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Awi bakal muncul dengan album terbarunya yang dijangka dilancarkan selepas raya ini.

Menampilkan konsep muzik catchy dan balada, penyanyi yang mendapat persekolahan di Singapura ini berkata, albumnya itu bakal memuatkan sembilan lagu termasuk sebuah lagu yang dicipta buat kekasihnya, Hanez Suraya berjudul Hari-hariku.

Katanya, album kali ini menampilkan kerjasamanya dengan pemain muzik seperti Taja daripada kumpulan Meet Uncle Hussain dan Hang Dimas daripada kumpulan Hujan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan