Nuffnang

Jumaat, 10 Ogos 2012

Misha Omar - Google Blog Search

Misha Omar - Google Blog Search


<b>Misha Omar</b> bersama Tunangnya

Posted: 09 Aug 2012 08:52 PM PDT


"Saya akui memang tidak suka dengan lelaki bertubuh gempal atau besar. Saya suka lelaki metroseksual"
Penyanyi yang popular dengan lagu Adam dan Hawa ini sekaligus mengakui bahwa tunangnya, Firos Ezzwan Rossly bukanlah lelaki idamannya. Lantaran timbul 'spekulasi nakal', mungkin juga itu puncanya Misha mengambil keputusan menangguhkan perkahwinan bersama juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS) itu.
Bagaimanapun, jelas Misha, dia tertarik dengan keikhlasan dan kebaikan hati-budi Firos.
"Saya pilih dia kerana keikhlasan dan kebaikan hati-budinya. Saya tahu dia menyayangi saya dengan sepenuh hati. Kalau saya dapat lelaki idaman sekali pun, belum tentu dia boleh menyayangi saya seperti Firos lakukan. Kami saling menggagumi dan dia adalah lelaki terbaik untuk dijadikan suami dan ayah kepada anak saya. Dia melengkapi hidup saya.
"Selepas bertunang saya dapat merasakan perbezaan dalam hidup saya. Dahulu orang sering buat spekulasi tentang status perkahwinan saya. Kini cerita-cerita begitu tidak kedengaran lagi. Hati saya rasa lebih tenang dan sudah tentu saya kini bahagia. Macam yang saya katakan tadi, Firos melengkapi hidup saya. Dia sentiasa cuba menggembirakan saya," ujarnya.
Seperti mana pasangan lain, Misha turut mengakui kadang-kala berlaku perselisihan faham di antara mereka, apatah lagi bagi mereka yang dalam fasa alam pertunangan. Walaupun begitu, mereka kami berjaya mengharungi setiap cabaran dan sentiasa berbincang seandainya timbul masalah atau"Orang kata 'darah manis'.
Kalau ada perkara yang menimbulkan rasa kurang senang antara kami berdua, kami akan berbincang dengan baik. Saya bangga dengan pencapaian kami hari ini. Tempoh bertunang ini adalah masa terbaik untuk kami belajar menyesuaikan diri," kata Misha yang kelihatan lebih berseri-seri sejak bergelar tunangan orang ini.
Ditebak dengan tarikh perkahwinan, pemilik nama Samihah Omar ini sekali lagi menjelaskan bahawa sehingga kini dia masih belum memilih tarikh yang diinginkan.
"Kalau boleh hendak selesaikan tahun hadapan. Kami memang hendak langsungkan perkahwinan cepat-cepat. Begitu juga dengan keluarga kedua-dua belah pihak. Tetapi, kami harus berfikir secara rasional. Firos masih dalam latihan kerja. Saya tidak mahu bebankan dia dengan memikirkan persiapan perkahwinan. 
Komitmen kerja lebih penting. Biarlah dia selesaikan latihan penerbangan dahulu sebab sekarang ini dia sering tertekan. Buat persiapan perkahwinan ini bukannya mudah. Banyak perkara yang perlu difikirkan. Saya tak mahu bebankan dia dengan lain-lain tanggungjawab," katanya yang bakal muncul dalam telemovie berjudul "Untung Atas Angin" yang akan ditayangkan di saluran RTM sempena hari raya nanti.

<b>Misha Omar</b> Kahwin Tahun Depan? | OHBULAN!

Posted: 07 Aug 2012 08:49 PM PDT

Selepas menangguhkan perkahwinan bersama tunangnya, Firos Ezzwan Rossly, Misha Omar tampil membuat pengakuan bahawa tunangnya yang juga seorang juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS) itu bukan lelaki idamannya.

Menerusi portal hiburan Gua.com, Misha Omar mengaku bahawa beliau suka lelaki yang bersifat Metroseksual, akan tetapi ciri-ciri tersebut tiada pada tunangnya. Walaupun Firos tidak memiliki ciri-ciri lelaki idaman, Misha Omar tetap memilihnya sebagai tunang kerana Misha melihat dari  segi keikhlasan dan kebaikan hati budi yang dimiliki oleh Firos.

Menurut Misha, kalau  boleh beliau ingin menamatkan zaman bujangnya tahun depan. Oleh kerana Firos terlalu sibuk dengan komitmen kerjanya, membuatkan Misha Omar tidak mahu membuat keputusan tergesa-gesa. Firos dikatakan kini sibuk untuk selesaikan latihan penerbangannya dan dikatakan sering tertekan.

Selain itu, Misha turut mengaku bahawa hidupnya kini bertambah seimbang selepas memegang status sebagai tunang orang. Ini kerana, orang yang dicintai sentiasa berada di sisinya. Misha turut mengaku bahawa beliau merasakan perbezaan yang ketara di dalam dirinya selepas bertunang. Firos juga dikatakan sebagai pelengkap hidupnya dan sentiasa menggembirakan dirinya.

Apabila berlaku perselisihan faham antara Misha dan Firos, mereka akan berbincang dengan baik. Tambahan pula, Misha akui tempoh pertunangan ini merupakan masa yang terbaik untuk mereka belajar menyesuaikan diri antara satu sama lain.

Misha dan Firos telah mengikat tali pertunangan mereka pada 21 Februari 2012 yang lalu. Majlis dijalankan secara sederhana dan tertutup di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Kredit Foto : D Sayang's Photography 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan