Nuffnang

Isnin, 17 September 2012

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


Pengurus Nafi <b>Alyah</b> Bakal Lumpuh

Posted: 15 Sep 2012 07:44 PM PDT

Pengurus Nafi Alyah Bakal Lumpuh : Pengurus Alyah, Syuib Ismail menafikan desas desus penyanyi Alyah yang ditimpa lampu sportlight kelmarin bakal lumpuh.

Pengurus Nafi Alyah Bakal Lumpuh

Pengurus Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan menafikan desas-desus kononnya penyanyi itu bakal lumpuh akibat ditimpa lampu tumpu kelmarin.

Syuib Ismail berkata, ini kerana ujian X-ray ke atas penyanyi itu semasa menjalani rawatan di Hospital Pakar KPJ Damansara di sini mendapati tulang belakang penyanyi berusia 31 tahun itu tidak cedera.

"Jadual nyanyian Alyah juga tidak terganggu kerana doktor mengesahkan keadaannya semakin pulih dan dia dibenarkan keluar dari hospital dalam masa beberapa hari lagi," jelas Syuib kepada para wartawan di hospital berkenaan semalam.

Alyah ditimpa lampu sportlight kelmarin ketika menghadiri satu majlis rumah terbuka anjuran Hot FM di Sri Pentas. Lampu tersebut terjatuh setelah dilanggar secara tidak sengaja oleh seorang tetamu lalu menghempap belakang tubuh Alyah.

Alyah kini dilaporkan menjalani latihan fisioterapi di KPJ Damansara akibat kecederaan tersebut.

"Keadaan saya semakin baik dan stabil, juga beransur pulih walaupun terasa sedikit lemah" jelas Alyah.

INFO ATIS @ forblogger.net

Connect Facebook

5.0

Tiada ulasan:

Catat Ulasan