Nuffnang

Khamis, 13 September 2012

Nubhan - Google Blog Search

Nubhan - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Nubhan</b> Pasang Peguam Demi Hak - Gua.com.my

Posted: 12 Sep 2012 09:10 AM PDT

Empat tahun bergelar penyanyi, Ahmad Nubhan Ahamad atau Nubhan mengakui dia tidak pernah merasai wang royalti hasil daripada lagu-lagu yang dinyanyikan sebelum ini. Jelas Nubhan, dia tidak pasti ke mana perginya wang royalti itu kerana tidak ada pihak yang menghubunginya bagi memberi penjelasan.

"Sepanjang tempoh menjadi artis, saya tidak pernah mendapat duit royalti. Saya berasa agak terkilan dengan situasi ini kerana ada beberapa lagu saya mendapat sambutan memberangsangkan dan sering dimainkan di corong-corong radio. Setelah beberapa lama memikirkan langkah terbaik, saya kini bersedia untuk memperjuangkan hak saya. Saya tidak mahu terus berdiam diri kerana tidak mahu terus menjadi mangsa keadaan. Saya sudah pun berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan lanjut terhadap pihak pengurusan saya sebelum ini, Artistes United Record Sdn Bhd. Terlalu banyak kepincangan yang berlaku ketika saya bersama mereka," jelas Nubhan yang ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri RIM baru-baru ini.

Ditanya mengapa mengambil masa terlalu lama untuk memperjuangkan hak, Nubhan memberitahu sebelum ini  dia teragak-agak kerana tidak pasti sama ada boleh menuntut haknya atau tidak.

"Ketika menyertai  Artistes United Record, saya tidak pernah menandatangani sebarang kontrak. Sebab itu saya tidak tahu tentang royalti dan hak-hak yang lain. Bersama mereka, saya muncul dengan album pertama berjudul 'Langkah Nubhan' yang memuatkan beberapa lagu popular seperti Oh! Juwita dan Seadanya Aku. Bukan saya tidak pernah bertanyakan tentang kontrak, tetapi mereka banyak berdolak-dalih. Sebagai orang baru ketika itu, saya tidak mahu buat kecoh kerana bimbang ia boleh menjejaskan peluang saya dalam industri. Jadi, saya banyak bersabar.

Sebaik meninggalkan syarikat pengurusan itu, saya mula terfikir untuk ambil tindakan. Tetapi, saya tidak mahu terburu-buru kerana perlu kumpul bukti. Lebih sukar syarikat itu sudah tidak  beroperasi sekarang ini. Walau bagaimanapun, saya akan ambil tindakan terhadap individu yang bertangungjawab. Peguam pun sudah jelaskan bahawa kami mempunyai kes terhadap individu itu " ulas Nubhan berterus-terang.

Dalam perkembangan lain, penyanyi berasal dari Negeri Sembilan ini sedang sibuk mempromosikan single terbarunya berjudul Picisan. Lagu yang digubah oleh Taja MUH dan liriknya ditulis oleh Ad Samad ini berkonsep pop dan ia sudah pun dimainkan di beberapa stesen radio tempatan.

"Saya tidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap lagu ini kerana tidak mahu kecewa nanti. Namun, saya tetap berharap peminat boleh menerima lagu ini dengan baik. Saya gunakan wang sendiri untuk hasilkan lagu ini, termasuklah pembikinan muzik videonya," ujar Nubhan.

Bermula 19 September ini, Nubhan akan terbang ke United Kingdom untuk mengadakan beberapa persembahan sempena sambutan Hari Malaysia. Kunjungannya ke sana adalah atas jemputan komuniti rakyat Malaysia di sana dan dia cukup berbangga dengan peluang tersebut.

<b>Nubhan</b> Guna Peguam Tuntut Royalti | OHBULAN!

Posted: 12 Sep 2012 10:40 PM PDT

Menerusi laporan portal hiburan Gua.com hari ini, Nubhan telah melahirkan rasa kecewa kerana sepanjang penglibatannya dalam bidang nyanyian ini, dia tidak pernah mendapat duit royalti. Hal ini telah membuatkan Nubhan bersedia untuk memperjuangkan haknya dan dia telah melantik seorang peguam bagi membicarakan hal ini dengan pihak pengurusan yang terdahulu.

Menerusi laporan yang sama, Nubhan menyatakan sebelum ini dirinya teragak-agak untuk menuntut hak tersebut dan ketika dia menyertai Artistes United Record, dia tidak pernah menandatangani sebarang kontrak. Disebabkan hal itu, Nubhan tidak tahu mengenai royalti dan hak-hak yang lain sebagai seorang artis.

Kata penyanyi ini lagi, terdahulu dia ada mengajukan soalan berkaitan kontrak, akan tetapi pihak pengurusan Artistes United Record berdolak-dalih dan memberikan pelbagai alasan. Sewaktu bersama syarikat pengurusan tersebut, Nubhan telah mencul dengan album pertamanya berjudul "Langkah Nubhan" yang memuatkan beberapa lagu popular seperti Oh! Juwita dan Seadanya.

Merujuk perkembangan terbaru, Nubhan kini sedang mempromosikan single terbarunya berjudul Picisan. Lagu ini digubah oleh Taja, Kumpulan Meet Uncle Hussain, dan liriknya ditulis oleh Ad Samad. Lagu berkonsepkan pop ini sudah mula dimainkan di beberapa stesen radio tempatan.

Bagi menceriakan hari anda, jom layan lagu Picisan ini dulu!

<b>Nubhan</b> Bakal Ke United Kingdom Dengan Adira

Posted: 12 Sep 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 12 SEPTEMBER 2012: Pelantun lagu Ada Untukmu, Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad mengakui bakal berangkat ke United Kingdom (UK) bersama Adira pada 19 September nanti.

Bagaimanapun, Nubhan menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan pelantun lagu Ku Ada Kamu itu. Sebaliknya, Nubhan memberitahu dia ke sana atas urusan kerja yang mana kedua-dua bekas pelajar Akademi Fantasia ini bakal mengadakan persembahan sempena menjayakan Hari Kemerdekaan negara di sana,

"Saya akan berangkat ke UK pada 19 September depan. Saya akan pergi bersama Adira dan rombongan Wealth iaitu orang yang menjemput kami berdua ke sana.

"Undangan berkenaan bersempena sambutan hari Kemerdekaan Malaysia yang diadakan di UK. Selepas itu, saya juga akan mengadakan persembahan di Ireland, Manchester dan London.

"Ini pertama kali saya mengadakan persembahan di sana dan berasa amat teruja sangat. Selain mendendangkan lagu sendiri, saya juga diminta mendendangkan lagu tradisional. Insya-Allah, saya akan menyanyikan lagu dari Allahyarham Dato Ahmad Jais dan lagu-lagu seperti Warisan dan Pantun Budi," katanya kepada murai.com.my.

Bakal berada di UK selama dua minggu dan pulang pada 3 Oktober nanti, Nubhan memberitahu dia akan mengumumkan satu perkara penting selepas 10 September ini. Pun begitu, dia secara rasminya telah m pun menandatangani kontrak selama setahun dengan syarikat rakaman Nova Music.

"Saya bukannya seorang yang banyak songel dan cerewat. Ada sebab yang membuatkan saya keluar dari syarikat rakaman sebelum ini dan bergerak secara sendiri.

"Apapun, selepas cuba bergerak menerusi pengurusan sendiri, hakikatnya ia satu perkara yang sangat sukar.Sepertimana yang saya lakukan terhadap lagu Picisan. Lagu ini adalah hasil ciptaan Taja dan lirik oleh Ad Samad. Saya masih lagi menunggu respon peminat terhadap lagu ini. Bagaimanapun, saya sekarang dalam perancangan untuk muncul dengan sebuah lagu duet tidak lama lagi," jelasnya.

Mengulas mengenai pasangan duetnya itu, Nubhan yang pernah mengadakan persembahan di Indonesia turut menyimpat hasrat untuk menyanyi dengan penyanyi dari seberang.

"Susah betul nak duet dengan artis luar. Susahnya kerana terpaksa menunggu masa yang lama. Oleh itu, mungkin untuk lagu terbaru nanti, saya akan berduet dengan artis tempatan saja.

"Saya tidak kisah siapakah artis itu. Tapi, kalau boleh saya mahu artis yang sudah established dan mempunyai nama besar. Artis baru pun boleh, tapi sebolehnya biarlah penyanyi yang akan berduet dengan saya itu bersesuaian dengan konsep lagu yang saya bawakan nanti.

"Selain menyanyi, selepas pulang dari UK nanti saya akan beraksi dalam sebuah filem. Apapun, saya belum boleh cakap lebih -lebih lagi kerana segalanya belum muktamad. Yang pasti, saya berasa teruja kerana saya adalah teraju utama filem ini," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan