Nuffnang

Khamis, 20 September 2012

Shaheizy Sam - Google Blog Search

Shaheizy Sam - Google Blog Search


<b>Shaheizy Sam</b> Merancang Kahwin Tahun Depan

Posted: 18 Sep 2012 02:12 AM PDT

Pelakon terkenal, Shaheizy Sam yang sejak kebelakangan ini telah jarang muncul di layar perak tidak seperti tahun lepas di mana wajahnya sentiasa menghiasi filem-filem tempatan. Sam menyatakan hasratnya memang dia sengaja mengambil cuti yang panjang bagi merehatkan dirinya buat sementara.


"Saya memang ambil cuti bagi berehat dan kalau terlalu kerap muncul di layar perak pun peminat akan bosan juga,"

Dalam pada itu, pelakon yang pernah meraih Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 ini juga telah sudah menetapkan sasarannya bagi mendirikan rumah tangga, seawal-awalnya dalam tempoh 2 tahun lagi.

Dia ditanya, memandangkan pelakon seangkatan dengannya, Farid Kamil sudah pun mengikat tali pertunangan dengan Diana Danielle awal bulan ini.

"Saya meletak sasar (tarikh) kahwin seawal-awalnya 2 tahun lagi ketika itu, saya berumur 32 tahun atau selewat-lewatnya sehingga ke akhir hayat,"

"Tunggu saja dan doakan yang terbaik buat sam,"

Sam atau nama sebenarnya, Shaheizy Sam Abdul Samad, 30, hanya tersenyum apabila  ditanya wartawan sama ada dia sudah mempunyai kekasih hati ataupun belum.

Dalam diam-diam merehatkan diri, Sam telah pun menubuhkan syarikat produksinya sendiri yang diberi nama Cats and Kids Entertainment.

"Ini merupakan syarikat produksi saya sendiri dan bukan dikongsi bersama kakak saya, Zizie yang juga turut mempunyai syarikat produksinya sendiri, 2121 Vision Pictures.

"Drama pertama menerusi syarikat milik saya itu akan dikeluarkan hujung tahun ini atau awal tahun depan,"

Sam turut menyatakan dia sudah turunkan berat badan sebanyak 10 kilogram sejak bulan Ramadan lalu.

"Berat badan saya kini 62 kilogram dan saya merupakan individu yang cepat naik  serta cepat turun berat badannya,"

Sewaktu ditanya rahsianya, Sam berkata, dia hanya menjaga pemakanannya dengan cara mengurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat. – Info Artis @ forblogger.net

Connect Facebook

5.0

Tiada ulasan:

Catat Ulasan