Nuffnang

Ahad, 7 Oktober 2012

Gambit Saifullah - Google Blog Search

Gambit Saifullah - Google Blog Search


<b>Gambit Saifullah</b> Main Poker Di Australia? Biar Betul? » Wassupz!

Posted: 05 Jun 2012 09:39 PM PDT

06/06/2012 by Staff Wassupz! | Filed under Wassupz! Tempatan.

Kami agak berbelah-bahagi untuk mempercayai gosip ini atau tidak. Walaubagaimana pun, laporan blog hiburan Rotikaya pagi ini mengenai pelakon filem "Karipap-Karipap Cinta" bermain permainan Poker amatlah mengejutkan kami pada awalnya kerana Gambit Saifullah sendiri mengakui bermain di laman Twitternya. Namun apabila kami perhatikan gambar yang dimuat-naik, tiada satu gambar pun memperlihatkan Gambit sedang bermain Poker. #FikairFikirKan!

Menurut laporan blog berkenaan, Gambit telah terbang ke Sydney, Australia pada awal bulan Jun dan semalam pelakon itu berkongsikan saat dia terlibat dengan satu pertandingan poker yang dianjurkan di sana. Dalam salah satu mesejnya, Gambit Saifullah menulis "Wish me luck for my poker tournament people :)" sebelum berkata yang peserta lain di situ menganggap Gambit berasal dari Brazil. Tidak cukup dengan itu, apabila seorang peminatnya bertanya sama ada pelakon itu memang serius bermain poker di Australia, Gambit Saifullah menjawab yang dia sememangnya professional dalam permainan kad tersebut.

Walaupun terdapat pengakuan Gambit, kami tetap yakin pelakon itu hanya bergurau kerana jika anda amati nama Gambit itu sendiri merupakan nama adiwira komik Marvel yang mahir bermain kad terup. Apatah lagi jika berada di lokasi permainan terup dijalankan. Mungkin Gambit meminati adiwira tersebut dan ingin menjadi sepertinya. #BersangkaBaik



   

Tags: , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan