Nuffnang

Selasa, 23 Oktober 2012

Iqram Dinzly - Google Blog Search

Iqram Dinzly - Google Blog Search


Berubah bukan sebab sertai parti – <b>Iqram Dinzly</b>

Posted: 26 Aug 2012 08:11 PM PDT

Berubah bukan sebab sertai parti - Iqram Dinzly

KUALA LUMPUR – Macam menjadi trend ketika ini apabila ramai artis tempatan negara melakukan hijrah ke arah kebaikan tidak kiralah bagi artis lelaki mahu pun artis wanita.

Pelakon lelaki berbakat, Iqram Dinzly turut tidak terlepas dari niat melakukan hijrah diri. Iqram mengakui semakin tenang selepas keputusan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Ramai di kalangan peminat-peminat yang mengatakan barisan artis yang berhijrah ke jalan Allah S.W.T adalah kerana ingin menyertai parti politik,namun sebaliknya Iqram pula tidak mahu niat dan erti hijrah seseorang itu disalah ertikan.

Bagi Iqram, dia merasa kurang senang dengan dakwaan seperti itu dari segelintir pihak.

Iqram dengan jelas menyatakan banyak cara yang boleh dilakukan untuk mendalami ilmu agama islam selain dengan menyertai parti politik.

"Saya kurang senang dengan kenyataan setengah pihak yang mahu mendalami Islam dengan menyertai parti politik. Kalau betul nak pelajari Islam, pergilah ke sekolah pondok atau pun mengikuti majlis-majlis ilmu yang disediakan.

"Terus-terang, saya tidaklah berubah sepenuhnya. Iqram yang sekarang ini adalah lelaki yang masih mencari jawapan apa dan kenapa yang sering berbangkit mengenai Islam," kata Iqram yang dipetik dari portal Murai.com.

Iqram menyatakan hatinya terbuka untuk mendekati Tuhan dan agama semuanya bermula dari ajakan rakan-rakannya.

Iqram juga mengakui dirinya semakin tenang dan jelas menampakkan perubahan diri yang lebih positif selepas menyertai rakan-rakannya dalam mencari ilmu dan hukum Islam.

"Sudah banyak kali saya diajak rakan-rakan artis lain untuk menyertai kumpulan ini. Alhamdulillah, saya merasakan perubahan pada diri saya selepas  menyertainya.

"Saya mengaku sebelum ini saya seorang yang degil. Tetapi selepas mendalami ilmu Islam bersama ahli kumpulan ini, saya perasan diri saya mula berubah. Saya pun merasa seronok apabila dapat berjumpa ustaz-ustaz di sini.

"Mereka semua sempoi. Terus-terang, persatuan ini tidak sama seperti tabligh," katanya.

Iqram Dinzly kini telah pun menyertai kumpulan Fitrah yang ditubuhkan oleh beberapa orang artis lain yang bertujuan untuk belajar dan mendalami ilmu agama dengan lebih luas.

Irma Hasmie, Yatt Hamzah, Siti Nurdiana dan Natasha Hudson yang telah melakukan penghijrahan diri baru-baru ini adalah antara artis yang terlibat dalam penubuhan kumpulan Fitrah ini. - Hiburan @ forblogger.net

Connect Facebook

5.0

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan