Nuffnang

Sabtu, 27 Oktober 2012

Shila Amzah - Google Blog Search

Shila Amzah - Google Blog Search


Kemenangan <b>Shila Amzah</b> Dipertikaikan Segelintir Pihak

Posted: 27 Sep 2012 10:52 PM PDT

KUALA LUMPUR - Meskipun telah  menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 di Shanghai, namun kredibiliti penyanyi, Nur Shahila Amir Amzah atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah, 22, masih lagi dipertikaikan segelintir pihak yang berasakan bahawa juara Mania, Hafiz Suip sepatutnya yang layak ke sana bagi memenangi pertandingan tersebut.

Begitupun, Shila Amzah yang dihubungi wartawan berkata, pertikaian itu tidak sepatutnya berlaku kerana Shila memberitahu beliau dan Hafiz mempunyai tahap pengalaman serta cara nyanyian yang berbeza.

"Bagus ataupun tidak itu bukan yang dinilai dari penjurian atau pengundian sahaja, kemenangan tersebut adalah ketentuan serta rezeki daripada-Nya. Saya rasa saya dan Hafiz tidak patut dibandingkan.

"Kalau orang hendak bandingkan saya dengan seseorang , biarlah kami mempunyai persamaan. Malangnya saya dan Hafiz tidak mempunyai sebarang persamaan pun serta hanya usia kami sahaja yang sama.

"Jika saya merupakan juara program realiti Akademi Fantasia sama dengannya, berkemungkinan boleh juga dibandingkan. Kami mempunyai tahap yang berbeza kerana saya sudah 12 tahun berada dalam industri, manakala dia hanya beberapa tahun dalam industri tetapi sudah mendapat kejayaannya tersendiri.

"Dari segi pengalaman malah cara nyanyian serta jantina kami juga berbeza dan saya tidak rasa kami perlu dibandingkan kerana masing-masing punya keistimewaan tersendiri,".

Shila yang baru sahaja pulang ke Malaysia pada 26 September lalu (semalam), dengan membawa bersama trofi kemenangan serta wang dana yang masih belum dapat dipastikan jumlahnya.

Anak kepada peyanyi ND Lala ini telah berjaya mengharumkan nama negara serta menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 yang telah pun berlangsung di Shanghai, China pada 20 September lalu. – Info Artis @ forblogger.net

5.0

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

Bio | <b>Shila Amzah</b> #Lirik @lagubestbest

Posted: 31 Mar 2012 11:59 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]SHILA AMZAH Diandra Binti Arjunaidi Lahir Tahun 1993 (20 tahun 2012) Kuala Lumpur Facebook: http://www.facebook.com/shilaamzah. Twitter: https://twitter.com/Shilaamzah Youtube: http://www.youtube.com/user/ShyllaAmzah ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan