Nuffnang

Selasa, 2 Oktober 2012

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


<b>Zizan Razak</b> Dapat Tawaran Jadi Penyampai Era FM | Sensasi <b>...</b>

Posted: 12 Sep 2012 05:52 AM PDT

Pelawak dan pelakon Zizan Abdul Razak memberitahu masih mempertimbangkan tawaran untuk menjadi penyampai radio Era FM yang dibuat oleh pihak pengurusan stesen itu.

Zizan, 28, berkata, banyak perkara yang perlu diberi perhatian sebelum bersetuju menyertai stesen radio itu. Dia juga akan bertemu dengan Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran bagi membincangkan tawaran tersebut.

Zizan Razak

"Jika saya bersetuju untuk menyertai Era FM itu bermakna saya sudah bersedia untuk terikat dengan satu lagi komitmen yang besar. Sebab itu saya perlu berfikir dan melihat jadual tugas saya sebelum memberi apa-apa keputusan. Bagaimanapun saya akan berjumpa dengan pihak pengurusan Era FM terlebih dahulu sebelum berbincang mengenai perkara berkenaan sebelum memberi apa-apa keputusan," ujarnya selepas ditemui pada majlis pelancaran Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya di sini, pada Selasa.

Zizan turut memberitahu dia telah dihubungi oleh pihak Era FM bulan lalu untuk tugas tersebut secara sambilan selama sekali seminggu.

Zizan berkata, dia ditawarkan untuk bergandingan dengan Aznil Nawawi menerusi slot Carta Era 40 Bersama Aznil pada setiap Sabtu yang ke udara bermula pukul 12 tengah hari.

"Adalah satu penghormatan jika dapat bergandingan dengan seseorang yang cukup berpengalaman dan saya hormati namun seperti yang saya katakan tadi saya perlu melihat pelbagai aspek sebelum berkata 'ya'. Tambahan pula saya ada sedikit keraguan sama ada dapat menjadi seorang penyampai radio yang baik seperti Pak Nil dan Johan ataupun tidak," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Zizan memberitahu dia dan Johan akan tampil dengan idea dan persembahan segar untuk pementasan Lawak Ke Der 2 yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 28 September sehingga 3 Oktober depan.

Zizan menjelaskan mereka terharu dengan sambutan penonton yang hadir pada musim pertama telah memberikan mereka semangat untuk memeriahkan edisi terbaru ini.

"Alhamdulilah nasib baik jadual saya dan Johan tidak terikat dengan apa-apa projek pada tarikh tersebut dan boleh kami menghiburkan peminat," katanya. Sumber Mstar Online

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan