Nuffnang

Isnin, 12 November 2012

Azhar Sulaiman - Google Blog Search

Azhar Sulaiman - Google Blog Search


<b>Azhar Sulaiman</b> Anggap Diri Sudah &#39;Senja&#39; | MyNewsHub

Posted: 12 Nov 2012 05:34 PM PST

PETALING JAYA – Aktor terkenal, Azhar Sulaiman menganggap dirinya sebagai pelakon 'senja' dan tidak layak untuk memilih watak hebat daripada pihak produksi.

Azhar, 41, berkata, persaingan yang semakin hebat dikalangan bakat-bakat baru telah menyebabkan dia perlu berpijak dibumi nyata dan tidak mahu bersikap 'demand' tentang tawaran yang diberikan.

"Pada usia ini saya masih dapat berlakon adalah sesuatu luar biasa dan saya gembira kerana masih diberikan peluang untuk muncul dalam drama atau filem.

"Tambahan pula saya perlu sedar diri bahawa saya bukan lagi muda untuk memegang peranan yang tidak sesuai dengan saya," ujarnya kepada mStar Online.

Azhar pernah terkenal menerusi lakonan hebatnya dalam filem seperti Mira Edora, Abang 92, Sayang Salmah, Bisikan Cinta, Impian dan Jimi Asmara.

Dalam pada itu, Azhar memberitahu, dia juga terbuka mengenai realiti dunia hiburan yang mempunyai pasang surut dan mengakui telah bersedia sejak dahulu lagi mengenai perkara itu.

Malah kata Azhar, dia menganggap ia adalah perkara biasa dan sebagai artis dia perlu sedar diri tentang hakikat itu.

"Sejak dahulu lagi saya tahu bahawa saya tidak akan berada di atas buat selamanya dan sebab itu saya menyambung pelajaran dan membuka perniagaan sendiri sebagai persediaan masa hadapan.

"Jika pasal populariti saya dah merasa tempias dan perhatian diberikan oleh peminat dan media kepada saya dahulu. Biarlah yang muda-muda pula merasainya," jelas bapa kepada tiga cahaya mata itu.

Sementara itu, Azhar bersyukur apabila khidmatnya sebagai seorang pelakon masih diperlukan dan memberitahu akan terus berlakon walaupun telah mempunyai pekerjaan tetap dalam bidang seni bina.

Malah kata Azhar, rezekinya dalam bidang lakonan pada tahun ini sangat memberangsangkan dengan pelbagai tawaran diterima.

"Tahun ini sangat baik untuk saya dan berharap 2013 akan menjanjikan perkara-perkara yang lebih teruja," katanya.

Azhar bakal muncul dengan drama bersiri terbaru berjudul Persona Sukma arahan Hazali Ramli di samping pelakon seperti Ruzana Ibrahim, Julia Zigler, Erry Putra dan Amanda Misbun.

Drama bersiri 26 episod itu terbitan Bright Networks Sdn. Bhd.

Ia sedang disiarkan pada setiap Sabtu dan Ahad pada pukul 7 malam di TV1. – mStar Online

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan