Nuffnang

Sabtu, 3 November 2012

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


:: MYARTIS.COM ::: RANDY PANGALILA NAFI CINTAI <b>ELFIRA LOY</b>

Posted: 08 Oct 2012 04:05 PM PDT


Isu permit tidak timbul sama sekali kerana semua keperluan itu sudah dipenuhi sejak awal lagi. Oleh yang demikian, pelakon Indonesia, Randy Pangalila, 22, meminta agar isu tersebut tidak dipanjangkan kerana ia hanya akan memburukkan keadaan.

"Isu itu timbul kerana salah faham dan komunikasi pihak tertentu. Saya tidak mahu bercerita lanjut kerana ia akan memburukkan keadaan sahaja.

Klik untuk imej besar...

"Sebagai pelakon asing, saya begitu menekankan aspek permit dan peraturan untuk berlakon di sini. Sebelum memulakan penggambaran lagi, saya sudah memenuhi semua keperluan itu," katanya kepada media.

Selanjutnya, Randy menafikan gosip kosong yang dia jatuh hati dengan pelakon Malaysia Elfira Loy. Katanya, dia sudah memiliki kekasih sejati iaitu Michella Puteri yang sama-sama terlibat dalam sinetron 'Nada Cinta' yang sudah selesai tayangannya di Astro Ria baru-baru ini.

"Saya sudah ada kekasih iaitu Michella Puteri. Hubungan kami berada dalam keadaan baik walaupun masing-masing sibuk dengan lakonan.

"Gosip yang mengaitkan saya dengan pelakon Malaysia iaitu Elfira Loy tidak menggugat hubungan saya dengan kekasih kerana ia hanya cerita kosong dan bukan perkara serius," ujarnya yang berpasangan sekali lagi dengan Elfira untuk drama bersiri Dalam Hati Ada Taman.

Untuk info, isu pelakon asing timbul apabila Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi mempertikaikan kehadiran Randy dalam program khas pada Hari Raya lalu. Tambah Zed, Randy bukan ahli Seniman, jadi dia tidak layak menyertai sebarang produksi di Malaysia kerana ia hanya akan menutup periuk nasi pelakon tempatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan